Pages

Wednesday, April 01, 2015

Kisah Jumaat & Sabtu Lepas



Jumaat. Mak abah adik ipar dan anak sedara datang tidur dua malam kat rumah. Aku macam biasalah tugas bibik kerjanya mengemas rumah yang tak selesai-selesai. Bila ada tetamu datang semua pun faham kot macam mana. Dengan komitmen lain, memang makan tiga empat hari bab polish rumah saja. Kalau takda orang datang tunggang terbalik lantak pi! Laki tak berani sound punya, cakap banyak buat sendiri. Dah la tak bayar gaji bibik kan.haha..

Aku memang jarang masak bila mertua datang. Kebiasaannya en suami dan Abah akan tapau makanan dari kedai sama yang menjadi peberet Abah. Abah kalau datang sini memang ada kedai yang beliau aim nak makan, so baik kita beli ja. Lagipun selera orang tua tak pandai aku, kang aku yang jadi tukang perabis. Sendiri masak sendiri makan kekdahnya. Alasan yang cukup kukuh kot.haha..

Kali ni kebetulan bahan memang dah ada, aku buat laksa dan roti sardin goreng. Gambar tak ingat nak snap, yang ni lebihan sardin aku repeat buat lagi untuk dinner dengan Aiman.



Tak agak buat laksa sampai dua bungkus. Sebelum sampai rumah depa semuanya dah singgah makan kedai mamak. Dah tu laksa aku luak sikit saja. Sayang nak buang kot. Kuah laksa lagi lama lagi tambah umpph..Tiga hari aku dok ulang makan. Nyum!



Sabtu. Attend kenduri sepupu en suami dekat Kuala Ketil. Panas gila cuaca sekarang. Dapat makan jeli kelapa dekat rumah kenduri sedapnya la hai. Pasembur bihun sup pun sedap. Sungguh aku suddenly nak cepat habiskan entry ni. Layan je la gambar yang ada. Tak payah dok komen aku makin gemuk, tengah diet la ni ( sambil kunyah biskut) muahaha..









14 comments:

  1. acik pun macam tu la pk..kalau ada sedara mara atau kawan nak datang baru la sibuk mengemas menyental bagai..lagi satu kalau nak raya..kot tak..sekadar sapu je

    ReplyDelete
  2. saya kalau buat laksa sendiri makan sendiri je sampailah 2-3 hari. suami hari pertama je makan. kuah laksa makin lama makin sedap.

    ReplyDelete
  3. wah sedap tu laksa tu, kaknoor pun sama gak orang lain tak suka laksa kaknoor yg dok ulang berhari2 sampai habis haha

    ReplyDelete
  4. ya Allah my fav tu laksa tu ....s edapnye ..... lama tak masak laksa ....

    ReplyDelete
  5. Emmmm sedapnya laksa.. dah lama tak buat sendiri.. kekadang beli tak ada yg kenan kat tekak sendiri ..

    Makin lama perangat kan kuah tu lagi sedap PK :)

    ReplyDelete
  6. laksa pk nampak tempting ler..kuah pekat..sedap tuuu..

    ReplyDelete
  7. Oh, laksa! Kalau lagi lama, lagi pekat, lagi sedap. Gemuk tak gemuk peduli apa! Rezeki ada depan mata.

    Yalah, yalah, bila makpak mertua nak datang memang gelabah macam apa. Padahal buka depa datang dan komplen pun. Nak komplen pun depa fikir, takut pulak bergaduh lakibini kang lepas depa balik. Hahaha!

    Eh, takdalah gemuk sangat PK *_* Yang dalam gambar last sebelah kanan tu lagi berisi dari awak. Makanya, silalah masak dan makan lagi tolong perabih ^_^

    ReplyDelete
  8. Lebih kurang sama dengan ai.. bila ada tetamu nak datang masa tu lah baru nak bersilat bagai.. hehehe.. tapi kalau tetiba datang mengejut.. redha jelah dengan keadaan rumah.. tapi takdelah sampai macam tongkang pecah.. huhuhu..

    ReplyDelete
  9. Assalamualaikum..lama tak jenguk sini..
    senyum akak baca perenggan pertama tu..sebijik cam akak..kita geng!
    ala berisi sikit je tu..belum boleh lwn akak lagi..hihi..

    ReplyDelete
  10. pergh laksa tu, bikin hatiku gundah! (sebab dapat tengok je) haha

    ReplyDelete
  11. rajin menantu ni masak laksa..saya suka laksa..makan ulang-ulang pon takpe

    ReplyDelete
  12. comey afia pakai jubah,..

    haha..biasalah..bila org dtg kna lah lyn baik2..lg2 y punya hubungan rapat dgn kita..bru berasap sikit dapur..haha

    ReplyDelete
  13. ooohhh laksa.
    tahan mata jap hihi
    laki saya hari mula ja makn dua tiga lps tu tukng masak la tlg perabis. mmg btul lg dok perangat lg ummpphh kuah tu..

    comelnya afia ddk atas riba sapa tu. tukang riba tenggelam.. hihi

    ok la.dah aim kedai.my mil jrg nk makan kedai.dtg umh saya sama ada saya kja ke tak mmg masak juga.

    ReplyDelete

Komen tanpa nampak kejanggalan ok!