Semalam terima WhatsApp gambar Aiman dan Abah. Lebor muka sengih. Suka la tu!hehe..
Kali ketiga Aiman ikut abah ke stadium. Kedah menang semalam, game pun cantik, berbaloi la Aiman ikut. Kata en abah, Aiman makan banyak. Dua bijik burger, nugget fishball pun dia bantai sorang. Habis bola makan nasik pun sampai sengkak perut. Memang dia lapar sebab semalam skip breakfast, lunch terus. Sekali je makan sebelum ke stadium petangnya. Aiman kata
" jersi nombor empat puluh sembilan pemain hebat. Pandang lain bagi bola kot lain" (siap tunjuk gaya bermain bola merujuk kepada skill pemain)
pastu Aiman kata lagi..
"Aiman makan ciku.."
Bukan ciku la Aiman, kuaci!hahaha.
Salam. Hee mak cakap dgn aiman kalo nak jadi pemain bola yg hebat kena kurangkan makan kuaci ;p
ReplyDeleteHaha.. mana best makan ciku dalam stadium, Aiman.. haha.. kuaci dengan ciku boleh tertukar ya.. apa pun best sangat pengalaman Aiman ni, dah sempat ke stadium 3 kali.. bekal pun sedap belaka tu, memang syokla la man..
ReplyDeleteCiku?!! aiman memang funny
ReplyDeleteaunty dh 30 thn pun blom pernh tengok bola kt stadium..aiman dh pergi 3x..hebat
Hahaha.. comel jer Aiman senyum..senyum menang ler tu ya.. ciku dah ter tukar dgn kuaci dahh..hihi
ReplyDeletebestnya..tak pernah lagi masuk stadium untuk tengok bola ni..
ReplyDeletehahaha lawak pula boleh tertukar kuaci dengan ciku
hahaha..comel Aiman ni.Auntie Sal jugak yang dah lama x gi stadium.
ReplyDeleteanak dah besar dah boleh ikut ayah tgk bola..seronoklah ayahnya dah ada kawan hehe
ReplyDeleteAiman terujalah tu Kedah menang sampai terlupa kuaci jadi ciku. Eh, lebih kurang je pun bunyi *_*
ReplyDeleteAbah Aiman tu beria-ialah nak beritahu kat isteri tersayang apa Aiman makan. Dia tak habaq ke apa yang dia makan? Jangan-jangan lebih lagi daripada Aiman kot :)
kuaci? ciku? hahahaha comel!
ReplyDeletebagus aiman dpt peluang camni...
ReplyDeletemmg suka bola ye
Banyak aiman makan.. Best Sgt game tu sampai mkn byk kan. Biasa lah kan,bukan selalu dpt p stadium kan aiman?
ReplyDeleteseronok aiman ye ikut abah.
ReplyDeletekedah plak mng
Aiman ni mmg comel la...kuaci katanya ciku..
ReplyDelete