Pages

Saturday, March 14, 2015

Roti Sardin Goreng Celup Tepung



Khamis sebelum Elly datang, aku singgah nak beli pisang goreng tepi jalan. Masa tu belum pukul 1, penjual baru mula operasi, pisang belum goreng, cuma ada dua jenis kuih, roti sardin dan popia. Aku borong habis sebab sikit sangat kuihnya. Dalam kereta laki bini dok pelahap makan, bendanya tak banyak mana, at last kuih tak jadi jamu ke tetamu, kita beli lain.haha..

Roti sardin goreng yang kami makan tu sedap juga. Esoknya awal pagi semangat aku angkut Afia merempit pergi kedai semata beli roti. Teringat roti sardin semalam punya pasal. Kalau tak jangan harap ok chek nak sesaja keluar ke kedai! Nampak tak tahap gelojoh tinggi disitu? Kalau bab makan je la..

Aku buat sebijik sama macam kedai. Potong roti segitiga kepada dua, pastu sumbat sardin. Sardin ni pun lebihan kuah gnocchi sebenarnya.



Resepi Kuah Sardin : Tumis bahan rempah (cili kering+bawang merah+bawang putih+halia) hingga pecah minyak kemudian tuang sardin dan kuahnya + sedikit sos cili. Pecahkan isi ikan, masak hingga kuah kering, perasakan dengan garam dan gula secukup rasa. Siap! Kalau suka hirisan bawang besar dan cili padi boleh letak. Aku buat kosong je.

Resepi tepung untuk celup roti : tepung gandum + tepung jagung + garam + serbuk kunyit + air, kacau sebati semuanya. Adunan ni cair je ok!




Resepi Roti Sardin Goreng : Roti yang dah siap dikepit sardin dicelup kedalam adunan tepung kemudian goreng dalam minyak yang banyak. Pastikan roti masak garing betul dan bertukar warna baru angkat dan toskan.

Adunan ni tanpa telur sebab aku tak suka roti menyerap minyak. Kalau banyak minyak muak makan. Tak bagus juga untuk tumbesaran. Versi ni tak berminyak dan garing, rilex ja kunyah tak sedar lemak dalam badan. Tepung jagung tu pun penyumbang kepada garing tanpa minyak juga. Aku punya formula la, tak tahu betul ke tidak.muahaha..


Boleh juga makan bersama cheese kalau jenis tekak mek saleha macam aku!









9 comments:

  1. yg ni best.hehe. suka laa..pk suka bg resepi simple mcm ni. teruja nk buat tp sudahnya xjuga buat2...but i love the ideas.hehhehe

    ReplyDelete
  2. Menarik sgt PK... Nak cuba jugakkk... Nanti lah nak cari roti.... Sardin dah mmg selalu ada stok kat rumah... hehehhe

    ReplyDelete
  3. Wah.. sedapnya.. saya suka ni. Kalau kata kering tak sedar lemak masuk tu yang syoknya.. makan makan makan, tgk2 dah habis sepinggan..

    ReplyDelete
  4. Selalu dok buat yg gulung je salut telur. Nanti nak try la yg macam ni letak bancuhan tepung

    ReplyDelete
  5. Lama nya x mkn roti sardin.. dapnya.. agknya klo ltk cheese kt dlm pom sdp kan

    ReplyDelete
  6. salut tepung blm pernah buat sendiri.lagi
    selalu nya buat roti bakar tak pon roti.gulung sosej tu
    thanks pk

    ReplyDelete
  7. ye sy pun selalu wat yg gulung ja..yg kapit mcm ni xpnh buat lagi..yg pntg tetap rasa sardin kan hehehe

    ReplyDelete
  8. So, nama resepi ni roti sardin bercheese salut tepunglah ya. Saya pun suka cheese, maklumlah tekak Pan Asia katanya ^_^

    Dah lama tak makan roti sardin. Kalau pepagi hari tu selalu je takda idea nak makan apa. Bila buka blog PK ni tetiba idea membuak-buak keluar. Tutup je blog, terus lupa balik!

    ReplyDelete
  9. Macam sedap kalau dapàt buat sarapan esok..

    ReplyDelete

Komen tanpa nampak kejanggalan ok!