Pages
▼
Tuesday, March 03, 2015
Hari Malang
Hari tak selalu indah. Bagai jatuh ditimpa tangga, timpa lagi tangga! Triple malang hari ni.
Kerja office hour kelam kabut pagi tadi mana baju belum iron, bento Afia belum fikir, beg ke rumah pengasuh pun malas nak siapakan sejak malam. Baju sekolah Aiman pun pagi tadi baru sidai. Kan dah cakap semalam hari malas sedunia!
Bila semua pun kau nak buat waktu pagi, bangun pulak tak berapa awal, mencari nahas namanya! Tengah kelam kabut nak masukkan icepack dalam cooler bag, macam mana entah belakang badan boleh terkena pintu peti ais, nah empat lima sentimeter calar aku dapat! Walau tak luka, pedih tu boleh tahan jugak la.
Tengah siap kan sup Afia, si bambam tu terjaga dari tidur. Biasanya kalau dia jaga sebelum aku siap pakai baju, memang aku akan mandikan dulu sebelum hantar pengasuh. Selesai mandi aku minta Afia tunggu dekat ruang tamu, ibu nak mandi kejap! Namanya pun budak notty, tak pasai la dia nak duduk diam. Kesana sini dengan towel di badan.
Selesai mandi tengah kalut keluar masuk bilik macam mana boleh terlupuk jatuh atas lantai. Kejadian tragis berlaku tak jauh dari pintu bilik air. Sah Afia kencing atas lantai! Patut pun basah dan licin. Apalah nasib! Sebab dah terlambat sangat en suami offer hantarkan Afia ke pengasuh sementara aku terus drift ke tempat kerja.
Habis bab dapat sakit, lunch break sebelum balik pergi ATM machine keluarkan duit, kad pulak kena telan! Dah satu kerja nak kena buat kad baru. Solat zohor tadi rasa sakit- sikit kaki aku. Dok fikir la pasal apa. Oh baru teringat kejadian pagi tadi. Pinggang pun dah mula sengal ni.
Nak mengenang nasib sekejap. OK bye!
lahaiiii nasib kurang baik hari ni, biasa lah tu kdg2 kita dpt musibah kecil2 ni berturut2, kena bwa bersabar lah PK bnda dah nak jadi kan kena redo lah, selamat berehat ya, jgn pikir macam2 heehe
ReplyDeletesungguh, bila tengah rush camtu
ReplyDeletemacam2 bleh terjadi
take care yea
Alahai, memang bertimpa-timpa...
ReplyDeleteSemoga hari esok lebih memberi keceriaan....
Jaga diri..
Salam. Hee semoga bertabahlah mak kutu.
ReplyDeletealahaiiii kesian sungguh yer... terbayag plak muni jatuh... mesti sakit, adeh
ReplyDeletealahai...sabar ye PK..ujian2 penghapus dosa tu insyaAllah...take care :)
ReplyDeletetersa kekalutan Pn Kutu... semoga diberi kekuatan dan kelapangan selepas ni....hidup macam roda....
ReplyDeleteAlahai, kesian pulak kat PK! Ni kira macam jatuh eskalator bergolek-golek sampai bawahlah ya. Bertimpa-timpa malang sampai tak terkesian lagi dah. Oppsss... sorrylah! Saya ni semua pun buat lawak. Kena kat muka sendiri padan triple kali!
ReplyDeleteKalau dah panik memang macam nilah, PK. Banyak adegan tak ingin dilihat terjadi. Saya pun sejak dua menjak ni letih cepat datang. Tertidur awal. Lepas tu bangun tengah malam sambung buat kerja. Adakalanya datang juga malas, pagi-pagi fikir semua boleh siap. Dah kalau jam bunyi 18kali baru nak bangun, memang lintang-pukanglah! Line dah clear barulah terasa semput!
Isnin memang selalu huru-hara kan? Akak pun sama ada je yang tak kena walaupun anak2 dah besar.
ReplyDeleteni memang sudah jatuh ditimpa escalator la kak..semoga cepat sembuh ye
ReplyDeleteKalau kita terkocoh kocoh gitu memang ada jer benda malang berlakukan PK...Semput mak kalau cenggit tau....
ReplyDeleteDapat bayangkan awak tu PK...Tetiba teringat masa OKje kerja dulu dulu...gitulah huhu....duk dlm kereta baru rehat
Alahai..malang berkali2 nampaknya tu.. moga hari PK seterusnya tak berulang lagi kejadian yang tak dijangka ni.. bila kita dlm kelam kabut tu mcm2 boleh jadi ya.. babyakkan baca doa ya.. kalut2 mmg xdapat elak bg kita ni, mak2 yg ada anak2 kecil..adoi.. saya pun selalu gak alami..
ReplyDeletealahai sian pk
ReplyDeleteacaner dah hilang ke rasa sengal sengal badan tu.. hope xda apa apa yg serius la kan..
Sabar je la cik pia gi kencing plak kat situ. heheh. Awalnya mandikan cik Pia. Pukul berapa tu kejadian tu semua? PK mandikan dia dgn air suam ke atau air sejuk biasa? Saya htr luth pagi2 tak pernah mandikan dia terus. Hehehe. Nnt kalo nak skolah cemana le agaknya.
ReplyDelete