Kemain kan buat tajuk je mesti nak letak sedap kat belakang. Nampak sangat kuat makan.hahaha..Baru nak cuba kurangkan aktiviti memasak, gnocchi pulak melambai-lambai. Nampak kentang teringat nak buat pasta sedap ni. Peminat kentanglah katakan. Macam biasalah ye, gaya PK memasak pasti tak pernah cantik lahiriah, tapi sedap itu pasti.hakhak..
Resepi Homemade Gnocchi : Kentang yang direbus dan lecek + tepung gandum + sebiji telur + garam + sedikit soda bikarbonat. Gaul sebati semuanya, bentukkan gnocchi pastu rebus dalam air mendidih. Letak sedikit minyak supaya gnocchi tak melekat antara satu sama lain. Dah timbul maknanya gnocchi dah masak. Cara nak buat kat SINI.
Ni kali kedua aku buat gnocchi. Yang pertama dulu tak letak telur dan soda. Ni saja je nak gnocchi gebu sikit. Dua-dua resepi pun sedap. Yang guna telur ni makan macam tu saja dah sedap. Afia pun suka, boleh repeat buat lagi nampaknya. Lain kali buat macam malas dah aku nak bergarpu bagai. Buat je la apa bentuk makhluk asing pun, rasa sama je!
Konon nak buat kuah bolognese, tomato puri pulak takda. Aku guna fresh tomato tak berapa umphh sangat kuah dia.
PK, tak sia2 gnocchi melambai-lambai. hehe
ReplyDeletesy peminat kentang juga..suka masak pasta juga tapi ni 1st time dgr psl gnocchi (huhu ketinggalan)..next time buleh la sy try ber-gnocchi juga..tapi beli siap la kot, belum rajin nak menguli bagai :p
First time tengok makanan ni. Nanti nak cuba.
ReplyDeleteRos pertama kali dengar ni. Hihi.. Macam menarik !
ReplyDeleteRajinnya buat gnochi home made...
ReplyDeleteSaya pernah sekali beli gnochi ni...
tapi anak2 pandang jer, sentuh lah sekeping dua..
Selebihnya tu mak dia kena habiskan....
Tapi bagus utk diet menda alah ni, mudah kenyang...
Makan beberapa keping dah kenyang...
tak pernah makan pon .tima ksih pk berkongsi
ReplyDeleteWah..... Pasti sedap...
ReplyDeleteTerbelit lidah nk sebut..1st time dgr nama ni
ReplyDeleteNasib baik ada mention potato kat ayat terakhir tu. Tetiba saya teruja nak buat juga. Kentang baru je beli 5kg. Tak berusik lagi. Wah, nak buat jugalah. Tapi bentuk gnocchi tu kalau kita belasah je apa bentuk, okeykan? Masuk perut juga akhirnya, hilang bentuk!
ReplyDeleteassalam akak, akak time guna 1 biji telur tuh untuk berapa biji kentang ehhh? mohon reply hehehhe thanks akak! <3
ReplyDeleteAduh tak ingat dh dik lama dah buat ni..biasa akak klu masak memang takda sukatan belasah je.sory ye.hehe..
Deletealamak ye ke kakkkk? hahahha nak anggaran pun okay dah.. thanks kak sebab replyyy! heheh
ReplyDelete