April tahun lepas aku mula pakai set percubaan Nour Ain Skincare. Aku kata kalau ok nak review produknya tapi sampai kesudah tak up entry. Ikutkan muka aku ni takda problem apa sangat. Pakai apa produk pun sama je. Kulit muka pun macam faham je la kan yang tuan dia ni kemut orangnya.hakhak..
Aku pakai Nour Ain sebab nak cerahkan sikit kulit muka aku yang senang sangat sunburn. Selama aku pakai Nour Ain aku rasa impian aku tu dah terlaksana. Yang bestnya tentang produk ni aku sendiri tak nampak perubahan kulit muka aku, tapi orang sekeliling pulak menegur.
Jujurnya sekali sahaja aku beli Nour Ain tahun lepas, pastu lepas krim siang dan malam habis aku cuma pakai sabun pencuci muka yang aku potong kecik-kecik tahan sampai 9 bulan. Tu dia terserlah sungguh aku punya kemut.hehe..Pun begitu kawan dekat office dok puji kata muka aku elok. Yang tak boleh blah seorang kawan office lelaki siap tanya dekat kawan office perempuan aku pakai produk apa. Kembang sat kena puji muka lawa.muahaha..
Lepas tu seorang rakan office perempuan yang dah terpengaruh dengan Nour Ain telah pergi beli sabun pencuci muka. Untuk permulaan sebelum beli krim dia kata ok produk ni. Dia yang ada sedikit masalah jerawat pun kecut kering jerawatnya bila guna.
Set macam ni RM 50 je, someplace below than this.
Benda bagus aku promote. Lagipun lulus KKM, produk bumiputera, harga mampu milik dan semakin dipercayai ramai sekarang ni. Bila pakai nampak natural takdalah macam sesetengah produk cekang muka nampak plastik. Tapi jangan kecewa la aku tak tempek muka lawa aku kat sini. Kalau nak tengok boleh gali je la mana entry ada wajah pemalu aku, semuanya pun natural beauty tanpa mekap.haha..
Amaran : Bukan entry nak memuji diri sendiri, tapi memuji Nour Ain ok!
amboiiii... amaran tu yang tak tahan tuuuu. kikikiki
ReplyDeletelaa PK..apsal x up gmbo muka lawaa..kecewa ai :p
ReplyDeletebagus tips potong sabun muka kecik2 tu, sesuai juga utk sy yg geng kemut. hehe
lya pkai dnars je skarang...
ReplyDeletehihi
ReplyDeletebukan snng nak cari yg serasi kan pk
hahahha.sama la saya sejak tukar pakai sabun ephyra saya pon potong kecil supaya tak tahan lama.hikhik
dulu guna pencuci st main picit j
Alahai, janganlah promote-promote produk, PK. Kita ni tak tahan godaan. Hari tu baca kat blog kengkawan pasal satu produk ni, terus laju je pi cari link. Dah terbeli pun. Nasib baik sesuai dengan kulit muka! Produk ni pernah ke PK warwar sikit hari dulu? Macam pernah baca tapi memang tak pernah nampak pun kat sini. Mungkin adalah tapi saya yang tak nampak di mana jualnya!
ReplyDeleteThanks for review.Saya sekeluarga ambil yg haq sahaja.lain lain tiada.Dulu kini Dan selamanya..
ReplyDelete