Pages

Thursday, February 19, 2015

Memperkenalkan Anak Dengan Huruf



Tajuk ilmiah sangat kan! Sementara angin homeschool bertiup rajin, mai aku nak share apa yang aku dapat melalui pembacaan dan apa yang aku praktis dekat Afia. Sekarang pun tengah kumpul maklumat dan material untuk homeschool si bambam. Sesekali boleh juga buat aktiviti Afia yang melibatkan Aiman, selain tu rutin Aiman memang kena siapkan worksheet book dia la bila weekend. Hari sekolah sibuk dengan homework semua, tak sempat dah nak buat apa-apa.



Lebih kurang 3 bulan lagi genap 2 tahun umur Afia. Setakat ni baru pandai sebut beberapa huruf je pun. Walaupun anak tak pandai cakap, jangan ingat depa ni tak reti dan tak pandai. Kadang-kadang macam spongebob serap semua benda tanpa kita ajar, kalau kita ajar mesti lebih lagi. Sebelum mengajar huruf, kena mula kenalkan dan biasakan anak dengan huruf dulu la kan.

Nyanyi lagu ABC antara cara paling happy memperkenalkan anak dengan sebutan huruf.  Mana tempat je boleh praktis, waktu singkat dalam kereta masa hantar dan ambil Afia antara quality time yang kami ada bersama. Lepas ni wajib buat!

Selain alphabet books, kena selalu membaca bersama anak. Read Aloud setiap hari, tunjukkan gambar dan huruf pada anak. Barulah depa boleh connect diantara huruf dan buku. Yang ni tak selalu aku buat, so kena cuba praktis setiap hari nampaknya. Harap aku rajin. Ayat macam tak yakin je.haha..

Beli mainan yang sesuai. Macam kita tau, anak kecil belajar secara efektif dengan bermain. Contohnya Alphabet blocks dan fridge Magnet huruf, nampak macam old fashioned, tapi benda ni antara paling murah dan senang kita jumpa dimana-mana. Waktu bermain tu la masanya kita boleh kenalkan sebutan huruf tanpa tekanan. Yes! Bermain sambil belajar antara part paling Afia suka.

Last sekali menggunakan teknologi boleh je download ABC song, perisian alphabet dan sebagainya dekat iPad, tab dan telefon pintar. Walaupun kita tak digalakkan dedahkan anak dengan benda ni semua, tak dapat dinafikan anak millenium sekarang cepat belajar melalui medium tersebut. Pun begitu dengan pemantauan kitalah kan. Afia dia jenis cepat bosan, tengok sekejap-sekejap je pastu tinggal tab main buat hal sendiri.huhu

Aku yakin ramai antara korang dah tahu dan biasa dengan cara yang aku share ni. Nanti aku sambung step by step ajar anak huruf pulak ye!




11 comments:

  1. Semoga Aifa jadi anak yang solehah dan sis dapat mengajar Aifa seperti yang diidamkan :)

    ReplyDelete
  2. good entry, though..lagipun Fae nak cuba apply kerja jadi kindergarten teacher..

    ReplyDelete
  3. Bagus....bagus...mak mak budak anak sorang boleh praktis ni...tp mak yg anak dah besar, mampu senyum je le....hihi

    Tak ingat dah okje ngajar budak ni dulu camne....rasanya guna jugak CD, flash card, buku, mainan ABC....huh dah namanya emak nak pandaikan anak....sama jer kekdahnya

    ReplyDelete
  4. rajinnya PK....untukla afia ..mama dia rajin

    ReplyDelete
  5. ahaaaa!!! ini jenis entri yang saya suka. syokkk masa anak masih kecil. semua kita ajar main2. betul.... kadang macam tak paham, macam blur aje... tapi... memang sponge yang menyerap. tetiba... semua dia pandai!

    bagus pk dah start. saya aritu start kejap ngan aleesya. pastu dah ter stop. apa daaaaa... insya allah akan start balik. kikikiki. doakan saya juga!

    sebenarnya bagi saya, gajet memang bagus. asalkan kita guna sebaiknya. betul kan? dengan adanya youtube, semuanya jadi mudah. download sahaja!

    dannn... saya mmg jenis old school punnnnn... suka sangat dengan alphabet block. bukan setakat senang dapat dan murah, bileh main seronok-seronok. kata belajar sambil bermain....

    benda2 simple ni, kadang-kadang kita ingat semua orang dah tau. tapi... share la. sebab, selalu je otak kita tak terpk benda simple akan membantu. semua dok fikir cara canggih... padahal ada cara mudah yang lebih berkesan :)

    ReplyDelete
  6. PK, sy ada 2 orang anak buah gegirl sebaya afia..agak2nya kalu kumpulkan dorang2 ni sekali, sure kecoh! hehe

    sy doakan angin homeschool bertiup rajin selalu.amiin!

    ReplyDelete
  7. Antara nak dan tak nak je kan.. bahan ada mudah cari mudah buat.. tapi kalau masa kerja memang payah la nak cari masa nak sekolahkan anak di rumah ni.. dugaan lain pun banyak..

    ReplyDelete
  8. alhamdulillah..
    usaha gigih seorg ibu..
    insyallah..pasti mdpt keberkatannya

    ReplyDelete
  9. Suka entry ni. Yg alphabets fridge magnet tu awal2 dulu dah beli, skrg ni dah tinggal berapa ketul je, yg lain ntah hilang ke mana. Read Aloud tu dulu rajin gak, skrg makin suam2 kuku.

    ReplyDelete
  10. menarik
    skrg sy dh mula kenalkan dekat rania..
    bgn pepagi dh bg nengok cd alif ba ta, flash card abc
    harap harap istiqamah

    ReplyDelete
  11. Simple pun kena share juga. Bukan semua orang tahu. Saya dengan anak-anak memang ambil jalan mudah je.. Nak bagi alasan tak cukup masa, sibuk orang lain pun sama juga ya tak. Nasiblah anak-anak saya cepat pick up, kalau tidak mahu meruntun hati Mommy nak jadi cikgu tadika!

    ReplyDelete

Komen tanpa nampak kejanggalan ok!