Pages

Friday, February 20, 2015

Belanja Jajan



Rabu lepas hari terakhir sekolah sebelum cuti CNY,  balik dari ambik Aiman terus ke kedai beli barang sikit. Biasalah budak-budak kalau sampai kedai memang ada je yang dimintaknya. Aiman request key chain bola dekat kedai dua ringgit tapi benda yang dia nak tak ada. Pergi kedai sebelah memang tak sah kalau tak terjah tempat mainan. Aku memang jarang la nak layan kehendak toy dia, biasanya abah dia yang selalu lembut hati belikan.

Tak dapat mainan askar mintak set millionaire pulak, macam dia pandai main, dah tu takkan nak main sensorang. Dah tau dah kalau beli pun bukan dia main, nak seronok je lebih. Request kena reject, at last dia mintak Jojo. Yang ni ibu approved. Haha..Puas hati dah la janji mesti dapat jugak sesuatu.



Adik Fia pun pandai, nampak nyum-nyum sendiri dia ambik bawak ke kaunter. Bukan dia makan sangat pun. Sampai rumah disepahkannya biskut. Perut ibu jugak jadi bandaran, mana tak gemuk.hehe..



Aku memang kalau boleh tak nak biasakan anak dengan jajan. Sesekali tu bolehlah. Tu pun jajan terpilih, bukan semua boleh dapat. Macam Afia before umur dia setahun memang aku tak bagi langsung benda pelik-pelik. Dah besar sikit ni tengok kita makan takkan nak bagi dia telan air liur saja. Nak didik anak makan benda sihat tapi kita sendiri tak tunjuk teladan buat apa. 

Katanya jajan tak bagus untuk otak, tapi seingat aku aruah pak dulu setiap hari balik dari kedai mesti akan belikan kami adik beradik sorang sebungkus jajan keropok. Dari kecik hari-hari makan jajan penuh MSG pandai jugak, cuma tak genius je la.haha...






10 comments:

  1. kecik kecik boleh lah makan jajan tapi brainwash jangan selalu... kalau dia buat kerja bagus hadiah jajan.... baru menjadi

    ReplyDelete
  2. bagus tu. makanan akan pengaruhi kecerdasan otak. dari pemakanan boleh bezakan pemikiran.

    adam dulu, kami jaga betul pemakanannya. lama juga.... umur dekat 4 tahun baru bagi rasa air mili. cuma dengan aleesya... kesian juga. semua benda di bedal. tak ada dah nak kawal pemakanan sesangat

    ReplyDelete
  3. haha..pandai je.tak genius kan. bijak sikit. bukan utk otak tp utk kesihatan.errr..agak je la.haha..

    ReplyDelete
  4. betul la PK, kita kcik2 dulu pun salu makan jajan huhu jajan mmg sedapp, banyak msg kann..apapun, anak2 xleh la ikut mcm kita dulu..bior sesekali je berjajan..skrang ni, memacam dah penyakit timbul sbb makan bnyk msg huhu

    ReplyDelete
  5. betul la PK, kita kcik2 dulu pun salu makan jajan huhu jajan mmg sedapp, banyak msg kann..apapun, anak2 xleh la ikut mcm kita dulu..bior sesekali je berjajan..skrang ni, memacam dah penyakit timbul sbb makan bnyk msg huhu

    ReplyDelete
  6. Tahu xelok bendanya ni. Tapi kalau ada depan mata tu kenala juga bagi depa ni kalau tak menangis beriya. Tapi kalau xda tahu pula diorang berdua ni makan je apa yang ada.. ai.. pendek kata jgn singgah petrol pump.. baru naim x ada peluang beli jajan..

    ReplyDelete
  7. hehe.. pandai tapi tak genius.. :)

    saya suka dengan cara didik anak mcm tu, beri jajan sekali sekala dan sebagai reward atas usaha dia.. :)

    ReplyDelete
  8. fasya suka jugak beli mainan kotak2 tu

    ReplyDelete
  9. tak menahan dengan ayat perut ibu juga jadi bandaran hihi

    ReplyDelete
  10. Ya tak ya juga, PK. Saya pun sama. Kalau dulu-dulu abah pergi kedai, mesti belikan jajan. Chickadees pun puas merasa :)

    Kadang-kadang memang niat tak mahu belikan tapi kesian bila tengok anak terkebil-kebil macam tak cukup makan. Bila dah beli sekali, jadi sedap pulak mereka meminta.

    ReplyDelete

Komen tanpa nampak kejanggalan ok!