Pages

Monday, February 09, 2015

Aiman & Buku Latihan Tahun 2



" Bila Aiman nak mula buat buku latihan yang ibu beli tu?"

" Nanti bila Aiman cuti panjang"

" Ehh nanti tahun 2016 baru Aiman buat.."

Dia punya loyar buruk tu berbulu je aku dengar.haha.. Nak tunggu cuti panjang memang hujung tahun la nak oi. 2016 dah darjah 3. Sabar je la!

Sekarang nak buat aktiviti home schooling sungguh terikat dengan masa. Dengan ibu kerja tak menentu, Aiman dengan sekolah, hari-hari berlalu begitu sahaja tidak terisi. Wah!



Aksi Aiman bila dapat buku ni..

” uii susah..semua pun susah..cuma matematik je senang!"

Maknanya dia dah screen sikit-sikit isi kandungan buku. Kira ada tunjuk minat la kan. Harapnya dapat sama-sama pantau Aiman siapkan buku worksheet dia. Yelah kalau aku tak ketuk, macam dia nak buat sendiri sangat tanpa disuruh.hehe

Aku pilih dalam keadaan nak cepat, tak tau la bagus ke tak bukunya. Nanti dah finish yang ni kita beli lagi yang baru.








10 comments:

  1. wahhh bagus2 betui ...
    loyar buruk tu kelakar 2016 hahhaha

    ReplyDelete
  2. MUlut je kata susah tu. Sebenarnya dia tahu buat tu nanti insyaAllah.

    ReplyDelete
  3. aiman bole geng dgn anak sy, zarif. bila diajak buat latihan, 1001 alasan dia bagi. adehh (camno ni? maknya excited belikan buku, nak kasik abis cecepat ni, nak beli buku baru plak hahaha)

    ReplyDelete
  4. hihi.. aiman-aiman.. pndai dia .. haha..

    ok la tu, dia belek2... maknanya ada minatnya.. blh la dia buat time2 free.. msuk jugak ilmunya kan.. kdg2 dia tgk je kata susah.. sbb x cuba buat lg kan.. bila buat ok je blh jawab

    ReplyDelete
  5. Anak lelaki mmg menang dengan alasan... saja jer nak menyakat ibu padahal dah tgk isii kandungan :)

    ReplyDelete
  6. wahhhh!!! aiman dah nak mula ye. bagus2. adam belum lagi. tatau nk curi masa time bila... weekdays dah sibuk. weekend nak rilex. insya allah kami start juga sebelum 2016

    ReplyDelete
  7. hahaha..jawapan dia.. agaknya nanti aniq mcm ni juga ke yek.. anak lelaki ni...

    ReplyDelete
  8. Boleh tahan loyar buruk si Aiman ya! Hari tu Abang ada tanya kat saya nak confirmkan betul ke lelaki lagi pandai dari perempuan. Kalau tak belajar pun pandai. Saya jawablah, kalau pandai tak belajar memanglah jadi bodoh juga akhirnya. Memang lelaki pandai tapi perempuan ni rajin sebab itulah perempuan pun cemerlang dalam pelajaran. Pelajaran anak-anak ni memang kena pantau especially anak lelaki. Kalau tidak, sakit kepala nanti bila tengok report book. Saya kata kat Abang kalau nak pandai senang je, rajin buat bukukerja yang Mommy beli banyak-banyak. Memang semua soal keluar dalam exam balik-balik gitu juga gayanya. Pengalaman saya sendirilah dulu-dulu yang 'kaya' sungguh dengan bukukerja beli sendiri!

    ReplyDelete
  9. Haha..
    Bila nak main pandai je bagi jawapan ya Aiman..
    Tapi kalau dgr cara jawap tu tak risaula..aiman ni nampak cekap je.. kalau dia fokus membuatnya, rasanya kejap je tu.. budak lelaki kan?

    ReplyDelete

Komen tanpa nampak kejanggalan ok!