Pages

Friday, February 27, 2015

Afia & Alergi Aiskrim



Dah puas tawaf tengok horse dekat rumah jiran, Pak Ndak dan Pak Njang dah pergi kerja, setelah ibu mandi dan susukan, tertidur terus Afia kepenatan. Sementara Afia masih tidur, masak untuk lunch pun dah setel, ibu update blog kejap.hehe..

Afia sejak baby memang kulit jenis sensitif. Pantang panas dan berpeluh mesti naik ruam. Dah besar sikit ni Alhamdulillah ok. Sepanjang dia membesar, aku perasan yang dia ada alergi kepada sesetengah jenis makanan. Dia tak boleh makan susu, coklat, sosej dan sejujurnya aku sendiri tak berapa pasti nak senaraikan apa benda yang boleh menyebabkan kulit dia merah dan gatal.

Yang peliknya, kadang dia makan benda yang sama tak jadi gatal. Kebiasaannya alergi makan dia tu jadi sekejap sangat, tak sampai sejam boleh hilang terus. Gatal dan merah akan jadi disekitar pelipat tangan dan leher. Pun begitu benda merah dan gatal ni semakin hilang dan pergi setelah dia meningkat besar.

Sekarang ni cuma aiskrim sahaja yang masih menjadi alahan pada si bambam. Lepas makan aiskrim sikit atau banyak mesti akan ada aksi menggaru dari Afia. Pernah sekali dia makan aiskrim dalam jumlah yang agak banyak pastu mula merah gatal satu badan complete dengan nangis merengek. Lebih kurang sejam bintik-bintik dikulit terus beransur hilang.

Nak kata alergi susu, fresh milk dia minum dua tiga gelas takda apa pun. Sejak dari kejadian bintik teruk tu, abang Aiman nak makan aiskrim pun kena sorok dari adik. Tunggu Afia tidur dulu baru boleh menikmati aiskrim dengan riang!


Sesekali tu ibu bagi jugak Afia makan aiskrim. Susah nak haramkan terus sebab dia dah pandai bukak peti ais sendiri pastu terjumpa kon. Budak dengan aiskrim mana boleh dipisahkan. Bila dia dah ternampak kon, ibu isi la sesudu dua aiskrim buat lepas gian.hehe...





4 comments:

  1. budak dan aiskrim mmg takleh dipisahkan, pantang jumpa! kann..
    untungglah abg aiman, leh enjoy makan aiskrim sorang2, sementara adik afia 'berpantang'..aunty doakan afia cepat2 membesar dgn sihat dan semua alahan2 makin berkurangan dan teruss hilang..amiin

    ReplyDelete
  2. Danish pun mcm tu masa kecil... Bila makin besar, allergic tu makin hilang...
    Alahai, eskrim pula tu yg allergic... benda paling sedap dalam dunia... hahhaa

    ReplyDelete
  3. alahai sian afia.sian nngok bila dormg menengek tu kan.
    xpa skadar ambil rasa eskerim kan afia

    ReplyDelete
  4. Alahai, susahnya kalau alergi aiskrim. Tapi kandungan aiskrim tu yang buat Afia alergi ya. Susu okey pulak tu.

    Setakat ni anak-anak saya memang takda seorang pun yang alergi. Makanya semua makanan pun dibantai sambil memilih-milih mana yang best masuk perut!

    ReplyDelete

Komen tanpa nampak kejanggalan ok!