Hampir enam tahun lamanya kami tak ke Bukit Bendera, sejak train baru mula beroperasi lagi. Aiman sorang je dah rasmi train baru tu pun ikut Wan dan Maktok masa baru- baru kami pindah SP dulu. Kami pergi dan balik naik feri. Harga feri dengan kereta RM 7.70, bayar masa pergi sahaja, balik free ye kawan-kawan, sekadar info buat yang tak pernah sampai Penang. Masa pergi dalam feri Afia tidur sepanjang berlayar. So aku tak keluar pun dari dari kereta.
Walau tak expert jalan area penang, perjalanan lancar guna map. Sekarang dah ada bangunan khas untuk park kereta rupanya. Punya lama tak pi baru ni tau.hehe..Parking kereta bukan free, kena bayar tapi consider murah la. Sejam pertama RM 2, jam seterusnya RM1 if i'm not mistaken.haha
Harga sebenar tiket sorang RM 30. Pandai la korang google sendiri kalau nak pi. Kat kaunter dia tulis kena tunjuk ID Card tapi en suami tak tunjuk pun. Kata en suami pada bininya, takkan tak faham kot, tengok muka je dah tau bukan foreigner. Kami ambik family package untuk harga yang terlajak murah. 2 dewasa sorang kanak- kanak RM 17 plus sorang lagi dewasa RM10. Jimat banyak! Abaikan tangan buruk laki aku ni.
Sebelum masuk wajib posing dulu dimuka pintu. Ni je gambar berjenis sikit yang ada. Masing-masing comot. Aku dah macam bibik je dressing. Tak sempat tukar baju dah.haha..Nak pulun ambik gambar susah sikit dengan si bambam. Terima je la apa yang en suami snap. Macam skill photographer aku hebat sangat bunyinya.huhu
Train baru ni punya laju baq hang. Tak sempat nak tengok keindahan alam dah sampai atas. Pun begitu bagus juga buat yang ada anak kecik macam aku. Kalau lama-lama dalam train, style sangat si bambam mengaruk tak sudah, especially masa turun. Punya berlagak nak berdiri dalam train tak bagi kita pegang. Pastu dok selak tudung nak nenen. Adoilah anak, orang penuh train itu yang awak mintak.hakhak..
Sampai atas kami di offer naik kereta apa benda namanya ntah, lebih kurang macam kereta golf tu tapi boleh muat maximun 7org satu famili. Dia bawak pusing 4km pergi balik dengan harga RM 30. En suami tanya aku nak naik ke tak, ikutkan nafsu kemut aku memang fikir tak mau naik mulanya.haha Tapi fikir dah sampai, walau dekat tak senang juga nak sampai sini lagi, kami naik jugak. Dulu- dulu memang takda servis kereta macam ni tau.
Kereta ni pakai bateri, boleh tahan laju. Masa patah balik bateri jadi slow, terkemut-kemut dia jalan sampai turun bukit dengan sendirinya jadi laju balik. Driver bawa kami ada bagi sikit info pasal benda-benda yang ada dekat atas bukit bendera pastu cerita tentang banglo kat Penang Hill dan sebagainya. Kalau nak explain satu-satu tak habis jugak satu entry. Lets wefie!haha
Tak ada apa sangat pun naik benda ni cuma kalau kita nak ambik gambar, driver tu akan bentikan kita pastu boleh la snap keindahan Penang dari atas bukit bendera.
Sebelum turun kita snap lagi gambar ye. Mujur ada model ibu si chubby Aiman yang tak payah paksa berposing. Si bambam Afia langsung tak sporting, asal tala hand phone nak snap gambar terus dia jerit. Buat muka tak menarik langsung untuk tatapan dihari muka.
Kudaku lari gagah berani..kuda hitam..kuda hitam...ewah!
Pakwa pun tak payah dipaksa jadi model periuk kera dengan Aiman.huhu eh betul ke periuk kera namanya? Hentam sajalah labu!
Tengok tu bambam langsung tak bagi kerjasama. Ibu pujuk suruh tengok depan pun tak jalan juga. En suami perut macam pregnant 7bulan.kahkah
Sekeping gambar Afia yang tak mesra kamera. Seksi yaw walaupun dengan angin sepoi-sepoi dari atas bukit.haha..
Banyak dah perubahan kat sini. Kedai jual cenderamata dan port makan-makan pun dah berubah tempat, semuanya satu bangunan dengan Owl Museum. Nanti aku sambung story pasal Owl Museum.
errkk, macam gayat je naik tren ke atas bukit tu (maapkan diriku yang mmg spesis gayat tempat tinggi huhu)..
ReplyDeletemmg terserlah ke-7 bulan-an perot suamimu itteww (ya ampunn) *biar suami buncit, jangan kita yg buncit (lemak) haha*
wah best juga kan boleh la nanti pergi naik sana
ReplyDeleteCerialah satu famili ni pi naik Penang Hill. Orang dekat rasa ceria, kalau orang KL ni lagilah penuh keceriaan rasanya *tetibacemburumelanda*
ReplyDeleteGunakan Aiman sepuas-puasnya PK jadi model sampailah kontrak tamat. Nanti dah besar sikit, jangan haraplah dia pun nak posing sama!
Macam-macam rupanya boleh buat kat atas Penang Hill ni. Ada buggy car lagi yek. Ni boleh tunjuk semua gambar kat HD manalah tahu terbuka hatinya nak bagi approval :)
Hehehe....perut en asben PK tu kalau sekali tengok macam ada twin *_*
hahaha kesian laki mu wei ... notty la ko ni
ReplyDeletetu la ri tu pi mmg byk berubah dah ....
Aiman dah besar dah pandailah posing. Tunggulah tak lama lagi Afia laaaagi pandai posing - anak dara tahu ajelah:)
ReplyDeleteAkak pun lima tahun yg lalu naik PK... memang banyak yg berubah diatas tu :)
ReplyDeletetengok periuk kera teringat time raya.. pasti akan ada hidangan pulut periuk kera.. ai is suka.. ;)
ReplyDeleteOohhhhh..dah ada parking kereta ya? Dulu main letak aja tepi jalan, tu pun kaki2 parking sibuk suruh bayar parking....hahahhaa..
ReplyDeleteBulan Sept 2014 lepas, kami ke Penang, nak naik...tapi penuh gila dgn umat manusia beratur ( kebetulan kena dgn public holiday kalau tak silap)....kesian jugak tgk muka anak yg sedih...tapi Insya Allah, nak try jugak la naik...hahaha
Kali terakhir kami pergi masa train tu tgh renovate...
ReplyDeleteIya lah kan, masa tu Danish pun xde lagi... hehhe, kalau ke Penang nanti boleh lah naik ke Penang HIll... tak sabar pulak rasanya...
Jalan2... Seronoknya.
ReplyDeletePakwa tu sapa PK? Ingatkan pak we si Bambam haha...
ReplyDeleteEh? mana ada orang pakai tudung tu macam bibik. Cantik sangat dah tu, comey!
Aiman tu mmg sebijik ayah dia yek PK. Nak naik atas bukit kenal cekci cekci kan Fia....
Pakwa tu siapa plak? Pakcik BamBam dan aiman kot?
ReplyDeleteAri tu gi penang tapi tak sempat nak gi tempat2 ni semua. Sebabnya anak aku demam. Huhu. Kena balik Kl terus.
Ai ini macam lawatan keluarga ke penang tahun ni saya nak wajibkan ke bukit bendera ni la. Dua kali last tak de ke sini. Naim dan nazif kiranya tak pernah try ni. Dah ada tambahan macam2 la ya.. makin la anak2 sukakan. Ala, PK ni kemut2 dia naik juga. Mesti kat akaun bank tu belambak duit simpanan dia ni..
ReplyDeleteHaha.. aiman.. mmg suka posing.. Afia sikit masa lg boleh lawan abg la..
ReplyDeletebestnyer..pnh sampai msa tahun 90an dulu2.. hihi...
ReplyDelete