Muzium burung hantu antara tarikan baru kalau ke Bukit Bendera. Tersenarai dalam Guiness Books Of Records, rasanya muzium burung hantu pertama di Malaysia ke yang pertama di Asia, entah. Aku sebenarnya tak minat pun nak masuk. En suami beriya sangat ajak. Aiman pulak masa tu demand nak ke toilet, padahal toilet dekat deretan kedai makan, tak masuk Owl Museum pun takda hal.
Apa pun alang-alang dah datang, bukannya selalu, pertama kali pulak kan, masuk tetap masuk. Harga masuk muzium dewasa RM 10, kanak-kanak percuma. Pun begitu laju je adik dekat kaunter tiket bagi promosi RM20 saja even kami ada 3 dewasa. Nampak sangat macam tak laku.muahaha..
Main entrances, It's owlsome u all.hehe..
Kat dalam lebih kurang macam gini je gayanya. Namanya muzium burung hantu, memang semua benda berkisar pasal owls la. Aku tengok tak bagi konsentrasi langsung, so jangan nak tanya pasal habitat atau ciri-ciri burung hantu memang aku tak tau. Pada yang minat owl boleh explore tempat ni. Nampak kecik tapi banyak info boleh dapat.
Model muzium sila ambil tempat!
Ni muka depan untuk masuk owl museum. Turun tangga nampak kan yang sebelah kiri port makan. Muzium terletak dibangunan yang sama.
Aku membayangkan at least ada bagai sekor burung hantu real, rupanya muzium penuh dengan replika dan hiasan owl saja. Kata abang aku ada owl yang diawet, serius aku tak perasan. Masuk dengan tak berjiwa pastu menonong je keluar. Aku cuma minat snap gambar untuk modal masuk blog.hehe..
agaknye tak mendapat sambutan kot kan...lieya dok gugle tempat menarik kat penang jarang naik muzium burung hantu nieh....
ReplyDeletelaaaa PK..acik ingatkan pun penuh la dengan burung hantu..anak2 burung telur burung..tak de ye..
ReplyDeletesama tak spesisnya yang di bela disawah untuk tangkap tikus tu..tapi tak panggil burung hantu ada naka
glamor nya burung pungguk jelapang
pergi dulu xmasuk pon dlm ni..
ReplyDeleteKalau ada sekorlah burung hantu yang hidup dalam muzium tu, haruslah merana:) Yalah, sepi sendirian ditemani replika dan frame gambar semata. Hahaha!
ReplyDeleteTakda sambutan ke tempat ni? Yalah dok tempek gambar je nak watpa. Orang nak juga pegang-pegang sambil posing untuk masuk blog dengan real owl, kan!
Wp saya minat gak muzium, tapi buat masa skrg belum sesuai nak pegi sebab kalo pegi pun tugas kami hanya mengejar budak kenit je secara bergilir-gilir. Cemana nak fokus baca info.
ReplyDeleteayat last tu yang menarik.. ;)
ReplyDeletememang utk masukkan dalam blog jelah..
kalau ai.. en. suami akan bagi kerjasama kalau melibatkan makanan.. hehehe..
Kalau nak yg hidup punya kenalah ke zoo:)
ReplyDeletelaaaaaa...takde sekor pun owl hidup?
ReplyDeletepatut kena ada sorang jadi maskot burung antu tu sbg tarikan org nak pi.sambil bagi belon kat budak2..hahahaaa
ReplyDeleteishhh takleh masuk muzium lah kalau macam ni... kami masuk sini dulu kami belek satu satu sebab suka tengok seni dia... bertapa rajinnya diorang buat lukisan dan ukiran tu... tapi tu kalau pegi ngan orang satu kepala lah... kalau tak adussss....
ReplyDeleteowl museum tapi cuma ada replika & hiasan owl saja..ishishhh tak patut, tak patut..patutlah hang masuk dalam tu, tak berjiwa hahaha (takpelah, dpt gak bahan untuk blog ;p)
ReplyDeleteAisyah pernah belajar tentang owl ni satu semester...
ReplyDeleteMasa tu mcm2 fakta owl dia duk cerita...
Kalau dia tahu pasal muzium ni, mesti dia ajak pegi sana...
Haha.. rasanya kalau saya ke sini, saya pun macam PK.. hihi.. jenis tak minat bensa macam ni. Tapi ok jugala tu tambah pengetahuan tentang burung hantu ni. Ai..orang sekarang ni makin canngih macam boleh dijadikan muzium..
ReplyDeleteIman suka burung.. tgk gambar je pun dia seronok hihi. Bagusla dpt diskaun. Ok juga tu
ReplyDeleteRuginya kak x suka owl.. Sya suka.. Owl comel apa... hehe
ReplyDeleteserius baru tahu kewujudan muzium ni..
ReplyDelete