Pages

Monday, January 26, 2015

Balik Kampung Lagi!



Tujuan utama balik Nibong Tebal sebab nak attend kenduri jiran. Kendurinya hari Sabtu, alang-alang dah cuti fikir nak isi masa cuti dengan aktiviti jalan-jalan. Hari Jumaat, niat nak bertolak balik kampung awal pagi jadi lewat dek en driver mengantuk tahap tak bley blah. 

Masih lagi merancang nak ke Lost World, tapi bertolaknya dah lewat. Mood nak kesana pun tak berapa nak ada lepas kejadian sadis tertinggal beg haritu. Tanpa planning en suami ajak pergi Penang Hill. Aku ok je..Dah lama kot tak kesana. Pun begitu kami tak terus ke Penang, singgah rumah dulu ambil abang aku. Adik - adik aku yang tiga orang tu semua kerja.



Kami berhenti lunch dekat Hentian Juru. Memang sini je port wajib singgah setiap kali balik kampung. Aiman as usual makan nasi ayam, en suami nasi campur, aku menu tak mau nasi, so order mee kuah. Yang sebenarnya Afia makan banyak meenya, tinggal sampah je untuk ibu. Berselera dia makan sama naik dengan lasaknya tak kira tempat.


Sampai kampung orang tengah solat Jumaat. Sempat aku masak bubur untuk si bambam bawak bekal. Lepas solat Zohor, mandikan Afia, tukar baju dia, terus bertolak ke Penang. Kami yang lain tak sempat tukar baju dah, pakai baju comot dari rumah.huhu

Dalam kereta suapkan Afia makan, dah kenyang terus dia tertidur. Tak dapat la nak tengok macam mana reaksi bambam naik feri pertama kali.









11 comments:

  1. seronok bila anak mau makan kan PK..suap..nganga je mulut..acik 3 anak..yang bongsu je macam tu..yang dua lagi cukup susah nak bagi makan..

    ReplyDelete
  2. Wahhhh!!! Afia naik feri!!!! Seronok nya. Tido pun tido la afia. Janji mama ada ambik gambar. Besar nanti boleh la afia tengok!

    ReplyDelete
  3. wahhhh kenyang senang hati kan diorg tido ....
    selalu jg singgah mkn kat hentian jurutu ,mee sup ke kuah die sesap jg kan

    ReplyDelete
  4. bes la balik kg...nampak suka je abg aiman tu dapat nasi ayam

    ReplyDelete
  5. alahai afia tido.. masa balik dpt kot.

    ReplyDelete
  6. Mi kuah 'sampahnya' banyak, PK. Haruslah kenyang walaupun dapat sampah jerk :)

    Oh, rajin sungguh balik kampung sekarang tak macam sesetengah orang tu. Hahaha!

    Saya tak pernah lagi naik feri pi Penang. Boleh ya rupanya angkut dengan kereta sekali....

    ReplyDelete
  7. Lain kali leh singgah kat juru ni. Selama ni tak singgah pun. Asyik straight je dari kl ke penang.. PK duk SP kan? Ai..rasanya SP ke Penang taklah jauh mana..sempat mandikan Afia lagi? Haha..

    ReplyDelete
  8. Lepas ni kena order dua mangkuk mee la PK... Anak dara makin berselera dan nak membesar....

    ReplyDelete
  9. Seronoknya blk kg. Dh lm x blk.

    ReplyDelete
  10. Baru tau cerita yg pakwa tu abang mak wa haha.....

    Sampai kg terus berjalan tak marah ke orang tua PK? Kalau OKje dah bising mak tu...

    Wah PK ni mmg betul betul diet nasi sungguh ni

    ReplyDelete

Komen tanpa nampak kejanggalan ok!