Pages

Friday, May 09, 2014

Aktiviti Mewarna Aiman



Rasa macam dah lama tak cerita pasal aktiviti anak bujang ibu. Sibuk melayan si bambam yang tengah aktif sampai takde masa dengan home schooling. Ahad, Isnin dan Selasa dah tentu jadual Aiman penuh sampai petang. Balik Kafa terus main dekat taman. Malam hanya sempat mengaji sebelum tidur. Hari-hari seterusnya kalau ibu kerja mana ada masa sangat. 


Sehari dua ni entah buang tebiat apa rajin bebenor anak bujang mewarna. Tak payah disuruh-suruh. Sebelum ni jangan kata nak melukis, mewarna pun ibu kena join sekali, kalau tak memang PS dan TV saja yang dihadapnya. Balik sekolah tak makan tak mandi terus capai colouring book ultraman dia. Gigih tau mewarna punya lama pastu tak habis-habis sebut,

" Aiman suke mewarna.."

"Best tau mewarna ni ibu.."

"Nanti kita beli buku mewarna baru..Aiman suka buku Ultraman..."

"Boleh tak Aiman bawak buku mewarna ni pegi sekolah? Nanti kalau teacher suruh buat kerja sendiri boleh Aiman mewarna dengan kawan-kawan.."


Yang ni Aiman suruh snap. Punya warna warni. Aiman perasan cantik sangat dah dia kaler.haha..Boy mewarna asal boleh je. Takdenya tekun macam girl. 


"Selamat Hari Ibu..ni hadiah untuk ibu.."

Balik dari Kafa Aiman hulur gambar Goku. Aku kadang-kadang tak boleh hadam apa ustazah mengajar anak aku dekat Kafa. Selalu bagi kertas gambar suruh budak kaler. Pernah sekali Aiman bagitau ustazah tidur dalam kelas. Bila cerita dekat en suami beliau kata fikir positif agaknya dia jaga anak sakit malam tadi. Ini macam pun ada ke...





16 comments:

  1. hahahaha..tergelak zee tengok kad selamat hari ubu aiman...penumbuk si goku tu bagi PK..adoiiii la..
    pelik gak tu sekolah agama mewarna gitu..kalo sek rendah tu mungkin la jugak..

    ReplyDelete
  2. Cantik sudah Aiman tu mewarna tu PK..
    Memanglah kena fikir positif tapi kalau dah hari2 tido susah jugakan..
    Itulah terjadi pada anak akak pada tahun sudah PK.. anak2 mengadu ustaz tido.. lepas tu saya tertinggal nak bawa baju sekolah petang, so pukul 10 pergi lah hantar.. tengok betul ustaznya tengah tido.. lepas tu saya maklumkan pada pengetua.. anak akak cakap ada lah sehari dua ustaz tu tak tido.. lepas tu tido balik.. adoiiii
    Jalan penyelesaian akak, tahun tukar sekolah ugama lain..

    ReplyDelete
  3. Ustajahh terlebih baca komik kot kak...huhu..

    ReplyDelete
  4. haha.. dapat hadiah hari ibu dah..bagus Aiman. tak kisahlah apa motof nya, yang penting ada hadiah dr anak ya.. haha.. dah besar sikit hadiahkan ibu shawl ya, Aiman..

    MAsa bagi ibu ada nak kecil mcm kita ni macam asyik tak cukup je kan PK. alahai, rasa terkejar2 sepanjang masa.. tak kena juga kalau penat balik tak nak buat kerja rumah yg ada, gagahkan buat jugalah

    ReplyDelete
  5. assalam PK..mungkin betul kata suami PK tu..ada sebabnya..ingatkan cite
    "cik gu tidur..hari hari cik gu tidur

    ReplyDelete
  6. Rajin abg Aiman mewarna..nampak dah sekata tu... hihi siap bagi lukisan utk Ibu..so sweet...:)

    ReplyDelete
  7. kemas hasil kaler'an dia. cantik aiman tangan berseni ikut siapa ni.

    ReplyDelete
  8. Rajin aiman...baguslaboleh dijadikan hobi...cantik lak tu dia warna...

    ReplyDelete
  9. pandai nya dia mewarna...mmm biasanya sekolah tadika je cikgu2 kasi kertas tuk mewarna ni...

    ReplyDelete
  10. cantik dah tu Aiman kaler.. Haruslah tempek hasilnya kat blog ibu kan Aiman? hihihi
    Adoi, ada juga ustazah lagu tu... Tapi kalau berkesempatan dan selalu juga Aiman mengadu, ada eloknya kita selidik...

    ReplyDelete
  11. Cantik aiman melukis.....kemas kalau cerahkan kaler dia mesti menyerlah... Dah katanya anak lelaki yek....hadia tuk ibu pun gambo Naruto hehe...
    Tu kartun faveret bujang okje dulu dulu tu

    ReplyDelete
  12. Cantik aiman mewarna. Kdg2 budak lelaki ni sembrono je kecuali dia minat.

    ReplyDelete
  13. Eh, cantiklah tu Aiman mewarna! Kira ada nilai tersendirilah tu. Simpan PK, segala lukisan dan aktiviti mewarna si Aiman ni. Mana tau dah besar jadi pelukis terkenal. Kita gak yang senang bila ultraman yang Aiman kaler dengan signature kat bawah lukisan tu berharga ribuan ringgit. Huahahaha...kaya mak in a split second gitu :)

    ReplyDelete
  14. Eh, jap, jap, jap! Terlupa komen. Cikgu KAFA tidur dalam kelas? Bagi lukisan suruh color? Itu subjek apa tu ek? Syllabus mana cikgu tu ikut agaknya? Memanglah kena think positif tapi cam eh tak leh terima aje 'pengajaran' cikgu ni!

    ReplyDelete
  15. erkkk dah kenapa cikgu aiman tdo pulak adehh... mcm mana nak pandai baca jawi kalau mcm tu..

    oklah ni aiman warna warni hihihihi.. hadiah x menahan

    ReplyDelete

Komen tanpa nampak kejanggalan ok!