Afia turns 1 today. Ohh kenapa si bambam cepat sangat membesar. Aktiviti sekarang lebih kepada menyepah dan memunggah. Semua perabot berpintu memang jadi kegilaan si anak dara. Pantang kita tutup laju dia pergi bukak semula. Tak serik pulak tu dah beberapa kali terkepit jari dan muka.haha
Usia setahun Afia masih belum boleh jalan, hanya ligat merangkak dan jalan berpaut. Kalau didirikan dia dah boleh melangkah beberapa tapak. Agaknya tahap confident belum tinggi nak berjalan sendiri. Dia cuma expert berdiri, kekal comel dan wangi bergusi tanpa gigi.
Bila ibu panggil Afia akan meluru datang. Semalam bila abah sebut nak remote, Afia hulur remote astro yang dia pegang. En suami sebenarnya nak remote TV dari Aiman. Banyak lagi contoh yang membuktikan Afia dah boleh faham dan ikut arahan. Kadang-kadang je bila kita cakap dia cuma sengih.hehe
Biasanya bila ibu marah si bambam akan senyum buat muka tak bersalah. Kalau abah tinggi suara sikit tau takut, terus nangis. Sama macam abang Aiman, garang ibu tak laku langsung. Paling comel bila dia geleng-geleng kepala time ibu mula suap makan. Auta je lebih padahal makan banyak gila. Lainlah kalau dah banyak makan memang dia akan geleng sambil tutup mulut tanda kenyang. Alhamdulillah Afia masih menyusu sepenuhnya dari ibu.
Semoga Afia terus diberi kesihatan yang baik, sejahtera sepanjang masa, sentiasa disayangi dan disenangi semua orang, jadi anak solehah yang sentiasa mendoakan ibu dan abah, dilindungi dan dipelihara Allah atas rahmat dan kasih sayangNYA, cemerlang, gemilang, terbilang, jangan temberang.hehe
Allah selamatkan anak ibu, Afia Imanina!
Happy birthday Afia... mujur anti sibuk ni ternampak entry ibu ni ya.. Taklah lewat anti ucapkan selamat membesar dengan sihat, ceria dan bijak buat Afia yang comel ni ya.....
ReplyDeleteBest wishes to u my dear.... cepatnya setahun kan, PK..
Happy Birthday afia yang comel.semoga jadi anak yang solehah
ReplyDeleteAlhamdulillah
ReplyDeletedah setahun
moga membesar dengan sihat :)
Happy birthday afia bam bam aunty mama... semoga membesar menjadi muslimah yg berjaya duniawi dan ukhrawi
ReplyDeleteHaippp, cemerlang, gemilang, terbilang tu macam pernah dengar aje :)
ReplyDeleteWah, Afia... bibirmu sungguh seksi sekarang ni walaupun tanpa sebatang gigi terlihat di pandangan mata Auntie yang rabun nih!
Happy 1st birthday, Afia! Semoga segala doa ibu menjadi kenyataan. Rajin-rajin tolong ibu kemas lemari yek, jangan bagi ibu landing atas katil lama sangat. Tak bagus untuk kesihatan dan kelenturan tubuh badan.
Psssttt... semalam nampak kasut Afia comel gila tapi saiz pulak tak tahu. Maklumlah kaki kembang macam bakal mak mentua ni, susah sikit cari kasut. Beli abuk rokok ajelah senang cerita. Huahaha....
whoa whoaaa slow down u pretty lady, awat laju sangat ni baru semalam rasanya baca u diberanakkan huhu. Apapun, happy birthday Cik Pia sayang. May Allah bless u.
ReplyDeleterasa kejap pulak...dah setahun rupanya..selamat harijadi si manis Afia..semoga jadi anak yg solehah..dan kebanggaan keluarga..:)
ReplyDeletealo.lo.lo..dah setahun Afia.. tak sedar masa berlalu.. terasa melihat perkembangan Afia depan mata...hehe..so sweet & cute!
ReplyDeleteHappy birthday Afia..moga membesar dgn sihat & jadi anak solehah...amin! :)
seronoknya dah setahun!!!!
ReplyDeleterasanya macam baru je keluar kan!
tak pe la setahun belum boleh jalan pun. asalkan sihat. Aleesya dah 7 bulan, merangkak pun belum. hihihi
aloloo..kalau sengih tu ada gigi lagi comel dik pia ooi..>_<
ReplyDeleteselamat ulang tahun yg pertama afia imanina..:)
Slm kenal
ReplyDeleteAlahai comelnya..Happy 1st Befday Afia..semoga jd ank yg solehah..aamiin....
http://rencahkehidupan-maamieiqi.blogspot.com/
Salam ziarah dari bunda...
ReplyDeleteanak2 bunda yang lain berjalan umur 1 tahun 1/2...cuma yang no 2 tu berjalan umur 11 bulan...
hepy besday afia semuga sehat2 selalu ye sayang...
Happy first birthday to Afia... Moga terus membesar dengan sihat dan pintar..
ReplyDeleteMcm tiga2 anak saya la.. sambiut first birthday tanpa gigi... hihihi, tapi untungnya gigi lambat rosak :)
cepat sungguh masa berlalu...tup2 afia dh 1 thn.....Hepi besday afia.
ReplyDeleteHappy birthday sweet girl...:-)
ReplyDeletecomelnya dia...dah makin besar anak dara ni...
ReplyDeleteAda budak mmg jenis jalan lambat....bulan depan tererlah tu ...hehe .....
ReplyDeleteAmin atas doanya...
happy birthday afia..!!
ReplyDeletelambat jln takpa, cepat nanti penat ibu nak melayan.. hahah...
mcm saya alisha 10bulan ++ n aqilah 9 bln ++ dah pandai jln... bila dah cepat pandai jln.. makin pnjng lgkah dorg berdua... 2 2 beradik tu kaki memanjat... tp aqilah paling hebat la... hahha
happy birthday sayang :)
ReplyDeletemoga membesar menjadi anak yang pintar :)
happy bufday afia...moga trus membesar sbg anak yg solehah menyenangkan ibu n ayah..
ReplyDeleteaamiin..
ReplyDeletehappy belated besday afia !