Apa orang panggil kek keju meleleh. Aku saja nak omputih sikit.ngehngeh. Pertama kali buat padahal dah lama jadi fenomena. Lebih baik lambat dari tak buat langsung. Sebab nak senang, aku beli kek span yang dah siap. Cheddar cheese pun aku beli yang dah siap parut. Katanya suka modified resepi, aku gantikan whipping cream dengan yogurt. Abaikan comot, baru teringat nak snap gambar yogurt lepas dah selamat tuang.
Sini aku bagi resepi paling mudah. Bahan yang diperlukan cuma cream cheese, fresh milk, susu pekat manis, kek span dan yogurt perisa pilihan serta cheddar cheese parut untuk hiasan. Tak payah nak pening sukat sangat bahan, belasah je banyak mana cream cheese dan fresh milk yang korang suka. Susu pekat pun pepandai adjust ikut kemanisan yang menjadi idaman kalbu. Macam aku tak suka manis sangat, 500gm cream cheese aku guna dalam 1/2 tin saja susu pekat.
Cara-caranya : Putar cream cheese dan susu pekat hingga kembang. Kalau agak pekat sangat, masukkan sedikit fresh milk. Potong kek kepada dua atau tiga bahagian. Aku potong dua je. Kek ni kan lembut, dengan takde pisau pemotong kek, serabut sikit rupa kek yang dah dipotong. Kalau potong tiga kompem berkecai. Tak payah risau rupa kek pun sebenarnya, nanti dah salut cream mesti lawa. Back to receipe, masukkan lapisan kek pertama dalam bekas pastu tuang cream. Letak lapisan kek kedua kemudian tuang cream. Lebihan cream tadi dicampurkan dengan yogurt dan fresh milk, gaul sebati dan tuang cream sehingga habis. Adunan ni memang cair ye. Akhir sekali tabur cheddar cheese parut. Masukkan dalam peti ais semalaman sebelum ngap.
Tada..manis masam lemak bergabung. Sedap gila! Tak sempat tunggu semalaman satu adunan besar tu kami tiga beranak hadap. Macam mana la tak gemuk..
Bijak! kakak nak ikutlah buat cara ini. Senang dah tak payah membaking dulu...
ReplyDeletesimple je pun rupanya.... boleh try...sebab tak perlu bakar kek bagai...
ReplyDeletewhoa! thank you...ni boleh jadi kan resepi express birthday cake nih..
ReplyDeleteArghh.. sedap ni, sedap nih... Nak cuba gak. Semua bahan penting kita suka apatah lagi cheese, memanglah tak ingat dunia masa nak ngap sayot nanti.
ReplyDeleteJap nak kopipes. Nanti nak buat. Eh, lupa PK, resepi awak sebelum ni semua pun kita kopipes tapi tak masuk blog takut tuan empunya tanah rasa bangga menguasai diri sebab besan kopipes resepi dia...Huahaha.
chedaaaaaaaapp ni. nati nak cuba buat jugak hehehe
ReplyDeleteassalam PK..memang sah sedap sangat tu
ReplyDeletetak pernah terfikir nak letak yoghurt.. pernah juga buat cheese cake meleleh ni... tapi tak cukup meleleh... yg PK punya, nampak menggoda sgt2..
ReplyDeleteowhhh the pandan flavor, rasanya kalau beli kek pandan ni, tak sempat nak potong 2 or 3 hatta letak any cheese, pasti akan dingap begitu sahaja oleh tok laki ambe, dia penggemar tegar perisa pandan ngalahkan melayu asli hohoho.
ReplyDeletemeleleh air liur dah ni... huhu
ReplyDeleteX payah nak beli kek bagai. Buat je. Terlebih lekeh dah.
ReplyDeletekreatipnya...
ReplyDeleteoohh,, pandan.. saya suka sgt. dulu paling benci perisa pandan.skrg dah jatuh suka plak.
ReplyDeletemenarik la idea ni. saya pun penah terfikir nak beli kek yg dah siap, pastu deco sendiri sbb konon2 suka mendeko.
waduhhh... terliurr tengok..haha
ReplyDeleteWah! sedapnyer...tengok jer pun dah meleleh air liur....
ReplyDeletemak ai...menguji iman betul
ReplyDeleteTERBAIK.. TP PANDAN X MUAK KER???
ReplyDeletemeleleh haa..:p
ReplyDeletegulppp telan air liur saya tgk mlm2 ni.. ahhah.... mcm sedap letak yogurt.. lenkali nak try gak la... ahhah
ReplyDeleteSaya dah cuba buat ni malam ni.. haha.. tapi comotla hasilnya.. taknampak lawa mcm kek PK ni
ReplyDeletesemudah ABC j kan..
ReplyDeletethanks pk berkongsi ;)