Pages

Sunday, February 16, 2014

Marble Math & Making Caterpillar



Agak cabaran nak meneruskan aktiviti home school sejak Aiman dah masuk tahun 1. Pagi petang sekolah, balik rumah dah pukul 6. Biasanya aku akan biar Aiman turun main kat playground. Masa ni je dia nak jumpa kawan-kawan, pecahkan lemak dan keluarkan peluh. Bila malam kena siapkan homework, nak mengaji lagi jadi terbatas nak buat aktiviti. Paling lewat Aiman akan tidur sebelum pukul 10. Apa pun ibu buat setakat yang termampu untuk Aiman. 

Sejak ink dah habis ni ibu manualkan semua latihan untuk Aiman. Bukan kedekut nak melabur, tapi namanya isteri solehah kena la meringankan bebanan en suami.haha..Ink pulak mahal..Dah tu cepat benar habisnya. 


Marble Math. Tambah tolak yang mudah saja. Aiman cuma kena lukis smiley tu senyum bila jawapan dia sama. Kalau tak sama lukis muka smiley tu masam. 


Untuk latihan ibu dera Aiman lukis bulatan guna duit syiling 50 sen pastu gunting. Nak buat caterpillar dengan kertas warna bulat ni.


Baru siap dua ekor caterpillar. Aiman pilih no enam dan tujuh pastu guna kemahiran yang ada untuk tambah dan tolak supaya jawapan tambah dan tolak tu sama macam nombor yang dipilih. Contohnya kalau nombor 6, satu bulatan boleh tulis dengan 3 +3, kemudian 2+4,1+5 dan seterusnya. Dah siap tulis, gam bulatan tu macam dalam gambar dan buat lagi sehingga sejauh mana caterpillar Aiman boleh membesar.hehe

Bersambung lain hari dengan nombor 1,2,3,4,5,8,9,10 pulak nanti. Bukan boleh pressure sangat, penat kata Aiman. Gambar caterpillar lupa nak snap. Maybe nextime. Boleh guna idea ni untuk latihan matematik bersama anak korang juga!





15 comments:

  1. Salam Puna Kutu..Masa anak2 K.atie kecik dulu pon k.atie buat sendiri latihan utk anak2,masa tu xmampu nak beli buku2 latihan kat kedai2 tu.Alhamdulilahhhh...seusia 5 tahun anak2 k.atie dah pandai membaca.

    ReplyDelete
  2. wah..bagus Aiman ni..nmpk mudah nak ajak dia buat benda2 ni..

    ReplyDelete
  3. rajinnya PK... saya masih lagi kena berkejaran kalau nak buat aktiviti macam ni dgn faris... sabar je la...

    * thanks join mini GA :)

    ReplyDelete
  4. Kreati la pk ajar anak.....bertuah aiman...

    ReplyDelete
  5. bagus ni.. tapi catrepillar tu x berapa faham lagi konsep nya csmna?

    ReplyDelete
  6. dulu masa Qayyum dulu memang akak rajin dik kutu tapi sekarang mama beli je buku latihan... lepas tu pantau... sekarang senang sikit sebab Qayyum akan ajar adik dia...

    ReplyDelete
  7. kdg kesiankan tgk dia org ni x cukup masa utk belajar, mlm mesti penant... tp itu jgklah yg kt lalui dulu.. skrg anak² pulak lalui

    ReplyDelete
  8. Mendidik anak kecil yg cepat jemu ibu pun kena kreatif. Cara ini anak suka belajar dan dapat bermain sama. Good!! kakak sokong.

    ReplyDelete
  9. Salutelah PK ni. Dalam pada sibuk, ada masa mengajar anak. Untung Aiman dapat ibu macam nih.

    ReplyDelete
  10. aiman rajinlah...nk jgk dia belajar dan wat keje seme..berusaha sungguh2 dia..

    ReplyDelete
  11. Rajin mmg patut dipuji Aiman ni. Teruskan rajin macam ni tau

    ReplyDelete
  12. nmpk iman sorg budak yg baik sentiasa munurut ape jee mak nye suruh..bgus aiman..jadi anak yg soleh n belaja leklok ;)

    ReplyDelete
  13. wahhh menarik pulak part carterpillar tu! buleh la apply utk anak buah nti hehe

    ReplyDelete

Komen tanpa nampak kejanggalan ok!