Pukul 6 pagi baru baru ibu sibuk jahit tanda nama Aiman. Tali leher tu pertama kali juga Aiman pakai setelah hampir dua bulan sekolah.haha.. Dah kena berdiri kat perhimpunan sebab tak pakai tie baru abah kalut beli. Nasib la nak, abahmu sekarang memanjang je busy. Kalau tak busy kerja, busy dengan bola.kehkeh
Susah juga jadi ketua kelas kata Aiman. Cikgu asyik minta Aiman hantar itu hantar ini, pergi fotostat la hantar kedatangan dan sebagainya. Dah la jauh. Tapi Aiman tak kisah. Tugas hakiki tentulah kena tulis nama orang bising. Yang ni kes bergaduh dalam kelas. Tak bley blah tulis sampai dua kali, dah tu N pun terbalik.haha..
Tak senang juga nak snap gambar dua beradik ni. Memasing sibuk dengan hal sendiri. Adik fia hobi membelek apa benda kat lantai dia kutip. Tapi nasiblah dia suka explore je so far belum mengutip masuk mulut lagi. Aiman sibuk dengan tv la kan. PS dilarang main pada hari sekolah berkuatkuasa 2014. Hari cuti pun kena siapakan homework dulu baru boleh main. Gian la dia tak dapat main game macam selalu.hehe
Nabi pun suruh didik anak solat masa umur 7 tahun kan. Aiman tak lama lagi nak masuk 7 tahun tapi masih banyak bacaan dalam solat dia belum hafal. Aku tengah gigih ajar Aiman solat sekarang. Kalau rajin nanti aku buat special entry. Aku dah lama cari buku dan cd solat untuk Aiman. Jumpa kat Tesco ada yang untuk perempuan je. Yang lelaki dah habis pulak. Cari online jumpa buku solat upin ipin tu. Cakap kat en suami beliau beli buku yang ni. Buka panduan solat lama wey, aku pun ada satu sama macam ni masa kecik dulu.
Ustazah Kafa minta Aiman bawak buku Iqra, dia bawak ke sekolah ustazah terus simpan dan tak pulangkan. Dah la ada satu je pun. Lama dah suruh en suami beli yang baru. Sekali beli ambik kau sekali tiga. Muqaddam tu aku memang request, nak ajar Aiman Muqaddam pulak since ustazah dah ambik alih ajar iqra. Aiman kata "Ibu garang, ustazah baik.." Sabaq je la kan!
Mengaji aktiviti wajib setiap malam sebelum tidur. Sebab berdepan macam-macam masalah untuk hantar Aiman mengaji ke Tok Guru, ibu kena la jadi ustazah. Agak terlambat Aiman mulakan Muqaddam tapi Alhamdulilah dia cepat catch up. Selama ni dok baca Iqra, Aiman tak berapa kenal sangat pun huruf. Bagus sebenarnya ajar guna Muqaddam macam kita dulu-dulu.
Sesekali buat entri menjurus ke treadmark lieyalatif best jugak ekk.haha..
baguslah didik anak2 sedari kecil ni !
ReplyDeleteaduh blog awak buat hal lagi di bloglist akak sebab tak dapat post baru.. hehehe...
ReplyDeleteaiman kena kuat semangat jadi anak sulung selalu kami para ibu mahukan yang terbaik
Insya-Allah kalau penjaga bersungguh dan ada inisiatif anak akan jadi sebagaimana dikehendaki. Lentur buluh biar dari rebung kan...
ReplyDeleteda besa da aiman,makin sihat ;)
ReplyDeleteWah, aiman ketua kelas ye. Handsome aiman dgn uniform sekolah.. :D
ReplyDeleteketua kelas memang banyak tugas...aiman pandai tu yang dia jadi ketua kelas...manjer 2 beradik ni bergambo..bagus ibu jadi ustazah cepat la aiman pandai baca muqaddam...
ReplyDeletebgus kalau mampu ajar anak sendiri mengaji.
ReplyDeletebesar tu tanggung jawab sebagai ketua kelas kan aiman..nasib baik aiman anak murid yg bertanggung jawab..rajin sebab tu cikgu pilih aiman kann..god boy :)
ReplyDeleteanak2 saya mengaji bermulakan dengan iqra, alhamdulilah kini semua dah membaca alquran...:)
besar tu tanggung jawab sebagai ketua kelas kan aiman..nasib baik aiman anak murid yg bertanggung jawab..rajin sebab tu cikgu pilih aiman kann..god boy :)
ReplyDeleteanak2 saya mengaji bermulakan dengan iqra, alhamdulilah kini semua dah membaca alquran...:)
bagus..dari kecil dah didik bab2 solat ni...bab ajar anak ni...standard kalau mak sendiri lagi garang dari cikgu atau ustazah... :)
ReplyDeleteWow, Aiman makin hensem aunty tengok sejak bersekolah ni! Aiman ni berat sebelahlah. Nama pompuan takda ke masuk dalam buku report tu?
ReplyDeleteAfia ni kan, nak rabun mata Mommy tengok cara dia berpakaian. Seksi habis nampak paha ala-ala drumstick tu.
Saya pun mengajar anak guna muqaddam, PK. Abang lagi best, ikut suka hati dia ajelah pukul berapa nak start. Kalau lama sikit aje duduk bersila, mulalah kakinya nak membengkak, terseliuh, urat tegang dll.
Banyak gambar hari ni yek!
aiman mmg cepat catch up... nak nak dia dgr kata ibu dia... kalau faris... saya kena bergaduh dulu dengan dia... hahahhaha
ReplyDeleteHehe... Ketua kelas mesti byk tugas Aiman. Tapi N tu terbalik la. Macam mana tu. Hehe... Teringat masa zaman sekolah dulu. Kekadang ada jugak tulis terbalik gitu :)
ReplyDeleteHaii ketua kelas, haaa extra la sikti kan tanggungjawap tu lebih, tapi itu makes him more in control, syabas aiman, nnt depa bising tulis banyak2 kali lagi tau hahahaa.
ReplyDeleteGeram tengok dua2 ni, nak cubit2 tarik2 pipi gebus berdua. Fia nyer peha tak menahan nak geget jer rasa.
Hensen Aiman dgn tie baru... Tak pakai tie pun kena berdiri kat perhimpunan ek? kesian kat Aiman...
ReplyDeleteBagus Aiman jadi head yg dedikasi :)
Hahaha, ibu lagi garang dari istazah yek Aiman? Standard la tu... mak mana tak garang bila ajar anak.. ekekkek
amboi aiman jadi ketua kelas cayalah..tgk body la kan mantap..sapa berani lawan..pepun tahniah dr aunty fyzz..keep it up..
ReplyDeleteterbaik.. amboi aiman ni sama cam amir.. suke ckp ibu garang dr cikgu dia tau.. geram jer...
ReplyDeleteSaya mula terfikir bila nak mula ajar Naim mengaji. Mamanya asyik sibuk je. Alahai..ni yang jeles dengan PK yang banyak komitmen untuk anak2.. syukur anak2 Pk ada mak penyayang macam ni..
ReplyDeletewahwah aiman kemain lg tulis nama org bising sampai 2 kali ye? bertanggungjawab betol ketua kelas ni hehehe
ReplyDeletebagus jugak kan kak dpt ajar sendiri anak ngaji ni..
modah2an la ana nti kalo ada anak,, nk ajar sndiri gak :)
hihii biasalah kan,kalau parent sendiri yg ajar mesti rasa garang dari tok guru.. sama cam saya masa kecik2 dulu
ReplyDeleteIngat ....ingat....jadi ketua kelas, tugas utama mmg kena tulis nama budak bising.....mmg suka betul jadi ketua kelas dulu dulu....tp malangnya tak pernah jadi pun!!!
ReplyDelete