Tiga hari di Lumut takde rezeki nak jalan-jalan cari pasal. Planning nak mandi manda ke Pangkor tak jadi. Backup plan nak ke Teluk Batik pun punah. Petang yang dirancang, semua tertidur baik punya secara berjemaah. Tak kisahlah, lagipun baru je kesana kan. Next time pun boleh pergi, yang penting famili dapat berkumpul. Bukan selalu Aiman Afia nak jumpa cousins depa macam ni. Main sama-sama, makan sama-sama, tidur sama-sama, cari gaduh sama-sama.
Perjalanan pergi Afia behave. Si chubby ni tidur je dalam kereta. Waktu balik dia buat hal sikit dok merengek tak selesa nak tidur agaknya. Lagipun Afia masih selsema, dengan cuaca panas dan sempit (kereta kecik katakan). Mak abah tumpang kami balik sekali. Puas merengek Afia akhirnya tidur dalam pelukan Maktok.
Oh ye pasal operation MIL tu Alhamdulillah lancar semuanya. Berkali-kali en suami pesan suruh tangkap gambar benda ketumbuhan mak yang dalam botol pastu snap sekali jahitan ditelinga mak sampai ke sudah aku lupa. Semangat nak pegang kamera tak berapa ada. Almaklum melepak je kat rumah takde aktiviti. Kalau ada aktiviti jalan-jalan semangat lebih la sikit kan.kehkeh
Dari kiri Aiman, Irshad dan Afi. Tiga hero ni bila berjumpa riuh rendah satu rumah. Siang malam main tak reti penat. Masa ni memasing dok melangut depan TV tengok kartun. Aku letak Afia meniarap disebelah Afi tapi si bambam tak nak bagi kerjasama pulakk. Setakat ni baru 4 cucu Wan Mat dan Maktok Udah. Ni pun dah bikin Tok Mat Kopi pening.
Kebetulan Birthday MIL 30hb, ngam-ngam pada hari mak keluar hospital. En suami belanja KFC dan belikan suprised kek untuk mak. Sedap pulak kek ni. Kiranya tiga hari di rumah SIL penuh dengan aktiviti melantak sajalah. Menu makan-makan pun tak kuasa nak snap. Alasannya sama seperti diatas.haha
Last day masa nak balik Afia menayang skill duduk. Kalau cuti boleh sambung en suami dok ajak balik Johor. Dari Lumut ke SP pun Afia dok buat hal dalam kereta, tak boleh bayang kalau balik Johor camna. Sejak dua menjak ni anak dara ni banyak songeh sikit tau.hehe..
Aku dah selamat tiba SP sejak Jumaat lepas tapi sampai sekarang takde masa nak online pun. Entry-entry sebelum ni semuanya autopublish. Aku akan perlahan-lahan melawat kawasan ye! Mau makan masa berminggu gak ni nak balas jejak. Sekarang ni tak terkejar rasanya dek masa yang sangat pantas berjalan. Tak menang tangan nak buat semua benda.
Afia meragam?? sama la dgn pun.. meragam aje..
ReplyDeleteBestla dapat balik kampung. Fiza anak-beranak duk kat sekolah jelah. Baru semalam keluar ke bandar jalan-jalan. Harini balik semula ke sekolah. Sedihnya CNY lansung tak boleh online. bill telefon boleh pulak over limits. Sabo jelah :)
ReplyDeleteDah pandai nk perhatian lebih Afia tu..
ReplyDeleterindu dekat afia..lame xtgk die..hehe..fia da kurus err
ReplyDeletecantiknya kek tuu...
ReplyDeleteapasal muka Aiman masam jer...ada yg tak kena ke?
kaksura cam perasan dagu Afia ni semakin runcing..comey jer..:)
Syukur MIL dah keluar.....
ReplyDeleteCucu MIL baru sikit yeh PK....tak delah ribut sangat tu hehe...msih terkawal lagi gayanya tu...
Dah semakin besar mestilah dah bertambah songehkan Afia
Hari tu Plan nak gi Lumut Gak Tak jadi ;ast2 Pi Penang....Happy Birthday untuk Mil PK...Moga Mil Cepat sembuh Yek..
ReplyDeleteololo tomeynyer afia nih...
Kalau balik kg mmg lepas segala2nya...nk mengadap tenet pn xde mood....
ReplyDeletePK, Afi tu ank buah yg ada masalh mata tu ke? camne keadaan dia skrg?Maksud akak penglihatan dia....
Seronok jugakkan lepak2 kat rumah bila dpt kumpul ramai2..Tak pelah..ada rezeki lain kali boleh pergi jalan2 ya dik..
ReplyDeleteSykur pmbdhan MIL berjln dgn lancar..
wieee afia dah menduduk. Dia penat la tu kot tu yg merengek otw balik, ker tak nak tinggalkan kampung?
ReplyDeletesalam kenal ... dah follow cik puan kutu ;) pls follow me back
ReplyDeleterindu le aunty mama dengan afia ... aunty mama pun tak boleh bergojeng sangat sebab line internet belum masuk... celcom pulak alahai buat marah...
ReplyDeletetapi soalan pertama...
Kenapa afia kurus... ibu kutu tak kasi makan ek...
@Fizalinolie
ReplyDeleteLumut ni rumah SIL fiza,bkn kmpg kami..:)
@NzA
ReplyDeleteAlhamdulillah afi nmpk,tp tak tau la cmna cara dia nmpk tu,tggu bear sikit nti baru dia boleh explain..skang ni baru nak belajar ckp..
seronokkan sekali2 berkumpul ramai2....selera pun bertambah...
ReplyDeletecantik kek surprised tu...
Haipppp! Apa ni suruh Afia landing2 kat boboi semua? Ni yang nak marah ni! Jangan rapat-rapat dengan kazen2 lelaki ya, Afia. Risau Mommy kalau Afia beralih arah. Kesian Adik Cute...
ReplyDeleteNi birthday napa tak buat kek labu, PK? Dah penat dah ya melabu. Kalau gi melawat kawasan tu, jangan dilupa pada besan yang satu nih! Eh, besan you satu aje kan buat masa nih?
cuti2 CNY ni tak larat nk pi mana2 jalan sesak giler !
ReplyDeleteWah...meriah masa cuti raya tu... boleh jumpa sedara mara seronokla ya..terutama anak2.. tumpang gembira MIL PK dah sihat...
ReplyDeleteketumbuhan?.. jhitan kat telinga?.. saya ketinggalan psl ni.. adehhh
ReplyDeletekdg mmg xde mood nak amik gambar, mujurlah semuanya dah selesai...
ReplyDeletekek itu mengiurkan.....
adehhh dua tiga kali scroll hahahaha
samalah kalau tak berjalantu kurang aktifler pegang kamera... yang penting perjumpaan bermakna dengan adik beradik.. makan makan dan makan lagi...
ReplyDeletealamak kalau anak banyak hal bila jalanni memang rasa malasjer...lebih baik duk rumahkan..
alhamdulillah...operation berjalan lancar...
ReplyDeletepandai Afia tengok kamera yer...comel nyer...
Aiman tu pun comel jugak...kusyuk sngguh tengok kartun
wah berderet atur cucu lelaki..semua nampak ganaz tuu hahaha.. afia je xnak joint yer.. comel je dia..dah pandai bt ragam ye..biasalah..anak pompuan kan... manja skit..ehe
ReplyDeletewah balik kg..banyak aktiviti makan..makan ramai ramai tu yg best tu..yg tak berapa sedap pong habis...
xpela sgala y dirancang x mjadi..apa y pting bkumpul dgn family tu dh ckp best kan..
ReplyDeletelya cuti CNY sibuk k majlis org kawen je..
Afia makin comel :D
ReplyDeletebalik kampung ke Puan? Tima kasih ye singgah blog saya.
ReplyDeleteAktiviti tidur berjemaah tu, mmg tak dpt nak elak kalo dah penat sgt bila pegi bercuti. Plak tu ruang tidur yg selesa kat hotel, lagi la.
apapun yg best dpt berkumpul satu family..kek tuh best ar..tingin pulak chek tgk...afia..dh besar..besalah byk la peel skit kn..hehe
ReplyDeletesyoknya dapat balik kampung. sure aiman happy jumpa sepupu sepapatnya.
ReplyDeleteafia dah pandai duduk ye! kejap je dah besar.