Pages

Friday, January 17, 2014

Tamat Transisi



Aiman dah berjaya tempuh Transisi Tahun 1 selama tiga minggu. Aku pesan pada Aiman, tak kisah Aiman masuk kelas B atau C, yang penting Aiman belajar rajin-rajin nanti boleh naik kelas. Alhamdulillah Aiman kekal di Kelas A. Abah pesan jangan bersembang bila cikgu cakap kat depan. Kalau sekali abah buat spotcheck pergi kelas tengok Aiman dok menyembang, depan orang ramai abah lempang. Sure Aiman takut. Berkerut je muka tengok en suami bila abah dia warning camtu.hehe..


Buku sekolah Kafa semua abah yang tulis nama. Almaklum tulisan abah lawa. Abah dulu sekolah agama. Yang sekolah kebangsaan baru tadi ibu tulis nama dan balutkan buku. Aiman kata Isnin ni cikgu suruh bawak buku. Kalau cikgu tak kata liat lagi la ibu nak tulis nama.hehe..Masa transisi Aiman berlenggang kankung (trending kan) je ke sekolah. Buku teks belum terima sampai sekarang. Jadual waktu pun cikgu tak bagi lagi.

Sepanjang Transisi Aiman pernah cerita ada kawan ajak gaduh, ada kawan tolak Aiman. Tapi Aiman lawan. Badan besar macam Aiman siapa berani silakan.haha. Yang ni tak menahan ada juga kawan tulis surat cinta. Safiya namanya satu tadika dengan Aiman dulu. Dulu Aiman pernah kata yang Safiya ni awek dia. Kata Aiman, Safiya tulis surat cinta bagi kat Aiman, kat kawan Aiman, ajak jumpa kat rumah.huhu 

Saja je nak test Aiman, 

" Kat kelas Aiman ada tak budak perempuan cantik?"

"Takde, semua pelik je.." (sambil geleng kepala dan mencebik)

"Safiya tu tak cantik ke Aiman?"

"Safiya tu dulu Aiman suke la. Sekarang dah takde gigi.."

Takde gigi tak cantik ye.muahaha..






17 comments:

  1. haha... budak2 eaa. mmg macam2 ragam.. cumel jeeee :)

    ReplyDelete
  2. Haha..kelakat gelagat budak tahun 1 ni ya.. di fasa ni ke naik gigi kekal? Sian saffiya tu, jatuh saham..
    eh, untung juga kalau jadi Aiman ya, tak dalah kena jadi mangsa buli..

    garangnya abah dia.. haha.. ok juga tu kan, tak dalah Aiman bak main2 masa belajar nanti..

    ReplyDelete
  3. Takpe... Kelas mana pun duduk. Yang penting belajar dan dpt result gempak. Hehe... Semoga Aiman berjaya yer :)

    ReplyDelete
  4. Takpe... Kelas mana pun duduk. Yang penting belajar dan dpt result gempak. Hehe... Semoga Aiman berjaya yer :)

    ReplyDelete
  5. Amboi2 Aiman, kemain lg memilih awek erk..

    ReplyDelete
  6. hihi..aiman aiman.. belajar rajin rajin yer...bijak tu dok kelas A

    ReplyDelete
  7. hahaha...kecik2 dah tulis surat cinta ye..ok la aiman dah ada peminat...hehe

    ReplyDelete
  8. Hehe.. Aiman sntiasa tak kisah...

    ReplyDelete
  9. ahahha...takde gigi pun lawa lah Aiman..nti dah tumbuh gigi mstilawa..haha..takut dgr abah pesan mcm tu kan...:)

    ReplyDelete
  10. seronok dengar cerita anak2 kat skolah..macam2 cerita..:)

    ReplyDelete
  11. Bermulalh kssr ye aiman. Belajar rajin2.
    Wah, ada peminat ye aiman....he3x.

    ReplyDelete
  12. hehe.. kecik2 dah pandai.. sian sofia dah xde gigi.. :P

    ReplyDelete
  13. Ngeh2..wah aiman..hehehe..rindu tgk buku2 sekolah..nk sekolah blik la ni.. :)

    ReplyDelete
  14. Tahniah Aiman dapat kekal kelas A :)
    wah, Aiman kecil2 pun dah ada peminat.... tapi peminat takde gigi pulak... Safiya kena tunggu gigi tumbuh baru boleh takle Aiman lagi... hahaha

    ReplyDelete
  15. Matang je bunyinya abg Aiman ni :) garang juga abah Aiman tu ya.. ;) nampak sgt nk ank dia berjaya. Safiya2.. :)

    ReplyDelete
  16. Aduh, Aiman! Kelakar gilos ler. Garangnya abah nak main lempang aje kalau borak dalam kelas. Memanglah seram Aiman mendengarnya. Aiman melampau tau, baru masuk tahun 1 dah lupakan teman tapi mesra masa kat tadika.

    ReplyDelete
  17. Amboi Aiman memilih rupanya hehe...tak de gigi tak mo yeh...sian Safiya hehe... Awak tu dah patah lum gigi?

    ReplyDelete

Komen tanpa nampak kejanggalan ok!