Pages
▼
Sunday, November 24, 2013
Resepi Kek Kukus Jagung
Nak gak tempek resepi nanti senang aku refer mana tau buku resepi aku tiba-tiba tak nampak bayang. Aku ni pun dasar suka letak benda merata-rata pastu cari tak jumpa. Sory arr yang dah potong aku lupa snap. Sebenarnya aku malas dah nak convert gambar masuk netbook. Yang ni masih panas baru lepas keluar pengukus (macam ada yang kisah ye tak.hakhak)
Kek ni boleh tahan sajalah. Buat penggemar jagung macam aku ni layan je. Pertama kali aku buat, resepi adjust ikut suka hati. Mula makan ok je dah lama-lama rasa macam manis sikit. Aku plak jenis tak kuat manis, dalam tak kuat pun aku makan banyak. Ye la kalau aku tak makan siapa lagi nak makan. Macam la ada ramai umat kat rumah aku ni kan. Layan je resepi mudah Kek Jagung Kukus.
Bahan-Bahan
2 biji jagung manis ( potong isi jagung dan kukus hingga masak)
1 cawan mentega (aku kurangkan sikit)
3/4 cawan gula kastor (aku guna gula pasir jadi pandai-pandai la kurangkan)
3 biji telur
1/4 cawan susu pekat
1 1/4 cawan tepung gandum
1 sk serbuk penaik
Cara-cara
Pukul mentega dan gula hinga kembang. Masukkan telur satu persatu kemudian jagung kukus dan susu pekat. Masukkan tepung gandum+serbuk penaik sedikit demi sedikit pastu kacau rata. Panaskan pengukus dan kukus 45 minit atau hingga masak.
jagungpn boleh dibuat kek ya? len kali boleh cuba
ReplyDeleteOrg zaman sekarang buku resepi dlm blog.senang nk cri bila perlu tu..hehe.
ReplyDeletewaaahhh....best ni...aku nak pakai jagung dlm tin boleh kot..hihi
ReplyDeleteMakchaq sangat jarang buat kek, pasai kalau buat jenuh nak perabih. tukang makan ada 2 orang ja...
ReplyDeleteala..nak la tengok paras rupa sisi tepi dia. I jagungan ni sekali sekala boleh ler layan. oh I sedih my resepi dalam notebook asus sumer gone gitu ajer. huhu pasni mmg resepi bodoh ker cerdik ker asal favorite wajib tepek blog.
ReplyDeleteguna jagung dalam tin boleh tak?
ReplyDeletebila nak buat lagi? nak pergi makan sma.. hihi, mmg orang malas saya ni.. hihi, bukan apa, takut kalau buat sendiri tk jadi sedap..
ReplyDeleteboleh kukus jgk ehh kek jagung nie...sy xpernah mkn lg kek jagung nie..dan kali pertama sy dgr nie..
ReplyDeletetak pernah pulak rasa..dan baru tahu ada kek jagung kukus..PK memang kreatif!!
ReplyDeleteboleh la buat bila ade jagung murah2. haha
ReplyDeleterajin betoi muni ni yer.. saya suka jagung tapi lps tu kene tahan sakit perut la...
ReplyDeleteterbaik.. sy suka bubu jagung jer.. letak sagu.. yg lain² menu jagung ikut mod hahahahaha...
ReplyDeleteSaya suka jagung tapi tak pernah pulak dengar kek kukus jagung. Senanglah ikut resepi you ni PK tapi tak tahulah bila I nak buat. Next time kalau buat, lebihlah sikit pastu leh pos to me :D
ReplyDeletenyum nyumss. haritu dah try muffin jagung, boleh la nak try kek jagung ni plak. tq for sharing!!
ReplyDelete