Pages

Saturday, July 20, 2013

Alahai Pengasuh



Hari Khamis terima SMS dari bakal pengasuh Afia, dia kata baru test pregnant, dia mengandung dan takut alahan teruk, jadi tak dapat nak jaga Afia.  Ok fine, entah kenapa aku jadi lega bukannya serabut. Lagi pulak mak dengan adik ipar semua macam tak yakin dia boleh jaga Afia dengan baik. Anak dia lingkungan umur 2 tahun kan ke tengah lasak. Kalau leka sikit macam-macam boleh jadi. 

Sebab susah nak cari pengasuh sekarang ni aku fikir positif je, cuba dulu. Mana tau ok dan Afia serasi dengan dia. Tup-tup kata tak boleh jaga. Isnin ni aku start kerja baru kau nak test pregnant? Aku agak benda ni mungkin akan berlaku nanti tapi mungkin ada hikmah sebelum jaga kau dah pregnant. Nanti kalau Afia dah serasi nak cari pengasuh lain kan ke susah tu.

Mana nak cari pengasuh dalam masa 3 hari? Dia kata sementara aku nak cari pengasuh lain dia nak jaga anak aku dulu, tapi aku dah malas kot nak hantar. En suami dok cari juga pengasuh di kalangan kenalan beliau. Setakat ni masih blur dan tak dapat nak cari. 

Kalau terpaksa en suami kena cuti la kot dalam masa dua minggu ni. Tu pun aku tak yakin sangat beliau boleh pujuk Afia hisap puting botol. 6 jam kerja tiga kali la aku kena ulang alik balik rumah nampaknya. Bulan-bulan puasa ni jangan pengsan kat tengah jalan sudah.haha

Masalah puting belum selesai timbul masalah lain.huhu. Kita hanya merancang, Insyaallah mungkin ada yang lebih baik untuk Afia.


Buat gaya menyampah ibu tak habis-habis tangkap gambar masuk blog!




12 comments:

  1. huhu.

    comel muka afia...

    sabar ye akak kutu, semua ada hikmahnya...

    ReplyDelete
  2. As salam murni,

    Alahai... skrg ni mmg susahkan nak cari pengasuh... nak hantar ke nursery mesti rasa ragu2 dgn mcm2 kes kan... tp bg kita yg bekerja ni kena byk2 tawakal & redha... eh, rasa mcm dah masuk kerja balik pulak dah...ehehehe... take care Murni, moga dipermudahkan semua urusan... Selamat berpuasa! Cubit sikit pipi Afia yg gebu tu... :)

    ReplyDelete
  3. Alahai pengasuh pulak test pregnant. Sian Afia. Tu lah... Susah jugak nak carik pengasuh kan.

    ReplyDelete
  4. moga dipermudahkan...ada hikmah disebalik kejadian tu PK.....

    ReplyDelete
  5. Semoga dipermudahkan urusan mencari pengasuh utk si cantik.. :-)

    ReplyDelete
  6. masalah jugak yer... ada hikmat tu murni

    ReplyDelete
  7. hai Puan Kutu, lamanyaa Ayu x blogwalking...buzy...hahah baru skang kendur sikit waktunya..apa khabar?

    ReplyDelete
  8. Yang try bagi puting nuk color kuning...mane tau baby nak...

    ReplyDelete
  9. ala comelnya afia buat muka cute cmagitu..pipinya ishh geram aihh nengoknya..tembam.. dhia br je nk tembam pipi..hehe.. sabar yer..mmg nk cr pengasuh susah..nk cr kenalah yg blh jaga dan blh dipercayai kan.. semoga dipermudahkan..

    ReplyDelete
  10. mmg mungkin ada hikmahnya
    mg cepat jumpa pengasuh baru
    afia buat muka tak puas hati
    hihhi

    ReplyDelete
  11. ala kesiannya..afia still xnk puting botol ke?

    ReplyDelete

Komen tanpa nampak kejanggalan ok!