Pages

Sunday, July 28, 2013

Afia Berperang Dengan Pigeon



Tiga hari ni adalah Ramadhan yang paling sukar aku lalui. Benda ni mungkin akan berlarutan lagi. Aku bukan suka membuatkan aku terluka. Ini saja pilihan terakhir yang aku ada. Aku lancarkan boikot direct breastfeeding di siang hari. So far baru tiga hari. Ibu bukan suka-suka buat ni sayang, semuanya untuk kebaikan Afia.

Hari pertama aku tekad. Entah dari mana datang kering hati. Terakhir aku direct bf pukul 6.30 pagi. Aku belajar sabar pujuk Afia. Entah berapa puluh kali aku sua puting masuk mulut si bambam. Mula Afia buat asah gusi tak menunjukkan mau hisap langsung. Dah lapar sangat diteguknya sekali dua. 

Aku bukan tabah mana. Tak sanggup sangat nak tengok dia lapar. Paling aku takut dia sakit perut kembung je. Lain yang aku takutkan, lain pulak yang jadi nanti. Aku ambik sudu dan cuba suapkan, dia telan juga susu dalam 1/2 aunz. Sebab dah mengantuk sangat Afia tertidur lepas mandi. Botol aku bagi langsung dia tak hirau. 

Aku sayu setiap kali tengok ni

Tengaharinya aku sua botol lagi langsung Afia tak mau hisap. Bagi pakai sudu pun dia meradang. Mujur merengeknya tu bila pujuk-pujuk dia diam. Nangis pun takde la berlarutan. Aku masukkan dalam buai tertidur lagi dalam kelaparan. Sanggup tu dia tahan lapar.

Sampai pukul 4 lebih Afia merengek lapar aku keringkan hati. Tahap kesian aku dah up masa ni. Dalam hati dah kata, kalau Afia tak mau jugak botol, aku nak je bagi direct. Setiap kali aku masukkan puting dalam mulut Afia, doa aku cuma Ya Allah kau permudahkanlah. Ini je ayat keramat yang aku ulang-ulang. Banyak kali juga bagi akhirnya Afia hisap habis terus 3 aunz. Aku agak dia memang dah lapar sangat. Dah sepuluh jam cuma 1/2 aunz je masuk perut.

Hari kedua lebih mencabar. Macam hari pertama puas pujuk berpuluh kali sua botol dia boleh buat derk pastu senyum-senyum. Dah betul betul lapar Afia akan hisap paling kuat 1/2 aunz. Dia akan menyusu sekadar alas perut. Setiap kali aku bagi aku perah 3 aunz, balancenya tu memang akan masuk singki. Pagi tengahari sampai ke petang sama je. Dia hanya akan hisap bila dia lapar. Aku pun kena rajin berulangkali bagi.

Hari ketiga paling mencabar. Hari ni memang dia takmau hisap langsung dah. Menangis je kerjanya. Lepas pujuk tertidur. Langsung tak mau hisap aku rasa. Banyak kali sua ada seteguk dua je dia terpaksa hisap. Mungkin dah haus sangat. Susu kat dalam botol tu langsung tak bergerak. 

Sampai je tengahari Afia menangis dah lapar pun dia tetap tak mau hisap. Aku dah give up. Dok kata nak tawakal beli botol mimijumi je. Berhabis duit aku tak kisah dah asal Afia mau botol. Dah tiga hari macam ni gak gaya, aku niat nak cari puting lain. Akhirnya aku direct bf pukul 12 lebih. Mission fail! Hari ketiga Afia menang.

Teringat kawan baik aku Elly kata anak dia dua-dua orang hanya nak puting warna kuning aku SMS tanya anak dia pakai puting apa. Rupanya nasib kami sama. Anak dia dulu buat perangai macam Afia jugak. Dia guna puting Dr Baby je keringkan hati tak bagi direct bf seminggu. Lepas tu mak dia train bagi botol dari pukul 8 pagi sampai 5 petang. Dia mintak mak mertua aku tolong tapi susah la kan aku nak buat macam dia.

Dia banyak bagi aku kekuatan untuk teruskan botol dengan paksaan. Aku kena terus bertahan. Jadi ibu ni bukan senang, sebab tu pahala besar, kata-kata dia yang buat aku bangkit. Aku tak boleh konsisten buat macam Elly atas banyak sebab. Insyaallah aku cuba yang terbaik. Afia kena la berperang dengan pigeon sampai dia ok dengan puting botol. 

Mak Elly train anak dia dengan botol ambik masa dua tiga minggu juga. Lama-lama baru ok. At least dia ada mak yang boleh bantu. Aku kena buat benda ni sendiri. Aku tau memang mustahil mak aku hidup kembali tapi aku mohon aku jadi kuat dan tabah setanding aruah mak. 







22 comments:

  1. cian afia kuruis laa nnt
    kelebihannya pada ibu yg tak bekerja anak xder masalah sebegitu
    cabarannya pd ibu yg bekerjaya kena sabaq banyak laa

    ReplyDelete
  2. Mmg susah kan.... takut mudarat kan anak... tapi, kalo nk direct manjang, mcm mana nk kerja. Kalo kaya, lama dh berenti kerja... paling x, amik unpaid leave 6 bulan. Harap dapat cari puting yg boleh diterima

    ReplyDelete
  3. Sian Afia..

    Maaf ye, kalau akak, memang tak sanggup, risau 'hipo' lak dak kecik tu..

    Banyak altenatif lain, tak semestinya WAJIB latih puting tiruan aka botol susu.. semasa alya kecil2 dulu, mmg akak tak paksa dia guna botol susu, banyak guna cup, suakan EBM pelan2 ke mulutnya..

    Maaf sgt2 jika pandangan akak tak sama dengan pandangan Puan Kutu..

    ReplyDelete
  4. cabaran yg besar...sabra la Allah maha mengetahui..yg penting niat kita ikhlas..

    ReplyDelete
  5. Sedih baca ayat yg terakhir tu. Sabar dear.. Yusuf dulu masa baby ada juga masalah tu, tp yg bagusnya di taska dia ok je minum botol. Bila kat rumah dgn ibu je dia tak mau..

    ReplyDelete
  6. @umi alya

    sy terima pendapat akk,tp afia sy bg pakai sudu pun dia tak nak.sy tak rasa klu bg pakai cup boleh.dia tak nak menyusu cara selain direct.mmg dh takde alternatif lain dah.hari ni Alhamdulillah pujuk2 hisap jugak dlm 1.5 aunz.tgh tido tu satg tgharie sy bg sekali lg botol pastu terus direct.lgpun sy keje smp pukul 1 je.nak ajar bg dia biasakan..harapnya berhasil la..

    ReplyDelete
  7. @izan mama mia

    betul tu klu kaya dh lama berenti kerja.sy terpaksa buat sbb nti klu kursus ke apa ke cmna?lg afia susah nti..:)

    ReplyDelete
  8. @Zefa NorAsmara

    afia tingal dengan en suami pun dia tak nak hisap botol..klu dengan pengasuh macm mana la.boleh ke org sabar dengan kerenah anak kita?

    ReplyDelete
  9. Alaaa ciannya, tp syukurle sudu badan banyak buat anak, akak plak susu x da, mula keje je, anak2 dah minum sudu formula, menangis2 sbb susu x cukup,.. bg susu tambah br tido,,.

    ReplyDelete
  10. Anak ke-2 saya dulu macam tu gak bila train bagi EBM guna botol susu. Memang berperang la dengan dia. Macam-macam jenis puting saya beli. Dr Baby dia reject, pigeon pun dia reject, NUK pun dia reject, tommy tippy yang mahal tu pun dia reject. Hampir putus asa. Lastly, puting MAM baru dia terima. Begitu juga anak ke-3 saya. Puting MAM baru dia terima. Cuba la.. mungkin lain baby lain citarasanya.

    ReplyDelete
  11. Memang kena paksa gak muni. Alia pun sama dulu. Seminggu try guna botol baru nak. Kalau tak before tu. Meragam je kerja.

    ReplyDelete
  12. Setiap ibu pasti tahu yang terbaik untuk anaknya, insya Allah yakin dan tawakkal pada Allah.

    Salam singgah Puan kutu :)

    ReplyDelete
  13. Cabaran utk ibu dan anak....
    Sabar ya dear...semoga Allah permudahkan segalanya nanti..akak dulu pun pernah melaluinya...mmng faham sangat...cuma bezanya anak akak dulu duduk dgn pengasuh..pengasuh yg bersusah payah memberi susu botol, nasib baik dia jenis penyabar...

    ReplyDelete
  14. sian afia....rela tahan perut tu...

    harap pah ni afia sudi jugak menghisap tu..

    ReplyDelete
  15. semoga kak kutu dipermudahkan urusan.

    semoga afia jadi budak baik...

    ReplyDelete
  16. assalam,

    takper ..ajar pelan2..lama2 biasalah tu...salam ramadhan dari bunda...

    ReplyDelete
  17. pakai shringe(gitu ke ejaan nye? ) la lau dia xnak botol. letak kt tepi mulut. terus masuk susunye.. tp tula.. susah sikit la pengasuh dia.. pakai cup kang tumpah2..

    ReplyDelete
  18. sian Afia..kalu sy pun x sanggup mau mission rosak masa hari pertama lg..

    kdg2 baby ni dari tgn mak dia taknak layan puting..tp bila suruh org lain yg suap puting tu nak pula...mmg betul2 mencabar

    moga mission sukses pasni ya sis.

    ReplyDelete
  19. alahai kesiannya dgn afia..
    awak kena kuat...sy berdoa semoga dipermudahkan nti.

    ReplyDelete
  20. nie susah kalau ibu bekerjakan...kesian afia...tak mengapa cuba lagi puan kutu...

    ReplyDelete
  21. kak izan hanya mampu doakan muni terus kuat hadapi kerenah si kecil afia ni. mudah2an ada jalannya nanti. doa banyak2 ye~

    ReplyDelete
  22. Salam, cuba dgn puting dr. baby tp jgn terus x bg direct, selang selikan dulu agar ank x terasa sgt. saya alhamdulillah xde masalah coz dah start bg botol sekali dlm seminggu start dr umur 5 hr sehingga ansur2 makin kerap botol. so xde masalah bila tinggal. tp kena puting dr.baby la...

    ReplyDelete

Komen tanpa nampak kejanggalan ok!