Pages
▼
Wednesday, July 24, 2013
3 Hari Yang Mencabar dan Perlukah Paksaan?
Tamat sudah cabaran untuk minggu ni. Tiga hari kerja pagi berulang alik susukan si bambam memang penat. Lepas ni cabaran bawa Afia ke tempat kerja pulak.hehe..Tiga bulan aku cuti, sekarang ni kalau nak keluar waktu kerja kena isi borang, leceh sungguh. Nak hadapi satu minggu lagi tu mungkin boleh, tapi sampai bila?
Bila letih nak makan waktu berbuka pun tak selera. Semalam aku hampir nak pitam dah. Kalau macam ni kompem aku kurus keding. Mujur production susu seperti biasa. Memancut macam air pancut.hakhak. Hari ni balik kerja merah-merah mata Afia melalak. Baru tiga jam tak susu dah macam tu gaya, boleh bayang ke benda ni berlarutan sampai 4 bulan lagi?
Fiffy, Anakku, Avent, MAM, Pigeon Latex, NUK Latex, Tommee Tippee, Pigeon Peristaltic PLUS pun semua Afia buat asah gusi. Aku bukan putus asa, tapi aku rasa Afia memang tak nak puting, bukan masalah dengan brand.
Bila aku cerita masalah aku pada kawan-kawan yang punya masalah sama, depa kata depa guna cara paksaan. Biar je anak melalak sampai tertidur pastu nanti bila lapar dia mesti hisap. Tapi kena keringkan hati la. Aku pun tak pasti aku boleh. Takut aku je yang melalak kuat dari Afia.
Korang tolong jawab. Dalam hal puting ni perlukah paksaan?
* Bukan stress cuma buntu. Aku tak pernah putus asa BERDOA.
Kesian bam bam akak ni 😁... banyakkan bersabar... x sanggup akak tgk ibu kutu nangis 😭
ReplyDeletenak bagi tip pun kita tak beranak pun lagi..huhuhuhu....
ReplyDeletemula2 tak biasa.lama2 nanti ok kot
Bismillah mintak doa sungguh2..InsyaAllah mana tau Afia dpt hidayah nakkan puting pasni.
ReplyDeletedon give up sis..keep work hard..main2kan acah2kan dulu puting tu kat mulut kasi dia selesa.hehe :)
kena paksa jugak. kalau tak nak kerja macam mana. kalau blh ulang alik tak pe.
ReplyDeletekalo anak no 2 ye kot...
ReplyDeletesebab akak aku pun buat bnd yg sama...
rasenye lah.
aku takde anak lagi
:)
jgn paksa2 anak kecik tu guna puting, kang tercekik susu, sapa yg susah?
ReplyDeleteapa kata latih dia guna cup @ cawan yg dikhaskan ntuk baby (ia lebih baik berbanding puting tiruan..), ada dijual kat farmasi, suap pelan2..
oh ya.. untuk permulaan, tinggal stok EBM yang baru diperah, mungkin dia belum boleh menerima susu yang sudah tersimpan di dalam peti ais..
ReplyDeletersnya gitu kot kak, sm dgn firuz ni. Adoi kak, ngeri dgar nk ulang alik tu.
ReplyDeleteafia sayang..pandainya dia pilih yang ori dan tak..
ReplyDeletepuan kutu, doa sungguh..mohon allah permudahkan urusan. awal lagi ni..tu afia macam susah nak terima. dulu iman pun pernah reject juga puting.
tp ibu erna yang jaga.. so ibu memang taliban la. bg juga. tp memang betul kata kawan2 tu. bila lapar baby memang akan minum.
saya dulu anak kedua n ketiga..mmg ulang alik gak hari2 dari nursery nk bagi feeding..itulah pengorbanan kita...diorang kecik jap ja..inshallah lama2 ok...kadng orng kat ofis tak fahm...tapi saya tak kisah asal anak kenyang..diorang kecik kejap ja......tp just try dn try...boleh..tuh
ReplyDeleteMmg ada yg mcm Afia. Mmg kena hati kering juga. Terpaksa. Bila dah lapar sgt dia akan hisap juga Insyaallah.
ReplyDeleteselalunya mmg kena paksa..kna cr pengasuh yg dh biasa dgn baby yg tak nak nyusu botol awal2 ni tp nt dia blh pujuk..mula2 mmg camgitu kot.. semoga terus kuat dan usaha keras lg..afia ni cerdik..hehe..puting botol tak best katanya.
ReplyDeletek.izan tak pernah lalui pengalaman camni muni. rasa sayu juga baca kisah afia yg reject semua puting. mmg dia bijak sangat sbb tau mana yg ibu punya, mana yg puting tiruan...
ReplyDeleteNak cuba paksaan? Owhhh... hati kena kering! Sanggup ke nak dengar anak melalak lapar... kalau berkesan, boleh la kot. Owhhhh.... time dia ngantuk mamai2, kalo sua botol, hisap x?
ReplyDelete