Pages

Wednesday, April 10, 2013

Kenali Darah Nifas




Dari segi bahasa, nifas berasal daripada perkataan “na fi sa” yang bermaksud melahirkan. Darah nifas dari segi etimologi ialah darah yang keluar dari rahim wanita sesudah bersalin.

Dinding rahim yang menebal sepanjang proses mengandung akan gugur selepas bersalin. Otot rahim yang sebelum ini membengkak mula mengalami pengecutan. Dalam tempoh tiga hari pertama, aliran pendarahan biasanya sangat banyak.  Usually kita akan mengalami pengaliran darah nifas selama enam hingga lapan minggu bergantung kepada individu. 

Mengikut pendapat Mazhab Syafi’i, wanita yang masih keluar haid selepas hari ke-40 hingga hari ke-60, itu adalah nifas. Namun sekiranya ada darah yang keluar selepas 60, maka itu adalah darah penyakit (istihadah) dan wajib bagi wanita tersebut mandi dan mengerjakan ibadat seperti biasa.

Anas r.a. pula berkata: “Rasulullah telah memberikan waktu bagi wanita yang sedang nifas selama 40 hari kecuali jika wanita tersebut melihat dia telah suci sebelum waktu itu.” (Riwayat Ibn Majah)

Selepas dua minggu darah nifas biasanya akan beransur kurang serta warnanya akan bertukar kepada kecoklatan. Kemudian ia kan beralih kepada warna kekuningan dalam tempoh beberapa minggu lagi. Jangan terkejut kalau sekali sekala darah beku yang keluar. Ini normal dan kerap berlaku.

Tanda-tanda serius

  • Darah nifas masih berwarna merah terang walaupun sudah melebihi seminggu selepas bersalin.
  • Darah yang keluar membasahi pad perlu ditukar setiap jam.
  • Sakit perut berterusan.
  • Mengalami demam pada suhu 38 darjah celcius dan pada masa yang sama menggigil.
  • Darah beku yang keluar lebih besar dari bola golf.
  • Darah nifas berbau busuk.





10 comments:

  1. itulah cara allah nak bersihkan darah kotor keluar dr badan kt kan.. bertuah menjadi wanita diberi peluang mcm ni... ilmu yg bermanfaat tu pun ada yg x tahu.. huhuhuhu ...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Setuju dgn masya... bertuah jadi wanita...

      Delete
  2. betul kata2 masya tu..

    sy tu hari ngam2 60 hari stop darah nifas ni.perghhh 1st time berpengalaman gini almaklum anak baru 1..uhuhuhu

    ReplyDelete
  3. tq... bg info berguna..aii..tak bersalin lagi ?? dh mula cuti belum ni ??

    ReplyDelete
  4. Mereka yg telah bersalin pasti telah merasai dan tahu apa itu nifas.

    ReplyDelete
  5. Pengalaman pertama bersalin, after darah nifas kering, tak lama tu period...start pada tu, every month period.. Terus pasng alat...huhu

    ReplyDelete
  6. Darah beku yang keluar lebih besar dari bola golf?? oh mak cik sebelah!! besarnyaa..

    ReplyDelete
  7. saya time berpantang tu, selalu tilik darah.. bukan pe, takut kuar darah fresh.. kalau darah hitam oklah...

    ReplyDelete

Komen tanpa nampak kejanggalan ok!