Pages

Saturday, December 15, 2012

Parit Buntar Syurga Beli Belah


Salam bahagia,

Hari sabtu apa bikin? Hari ni aku kerja malam, dah siap-siap masak dan dalam proses menyental baju. Sementara washing machine tengah berpusing, update  blog kejap.hiks. Semalam selepas solat jumaat, aku, en suami, Aiman, FIL dan Mil bertolak ke Penang. Tujuan utama nak ziarah paksu (abang aruah mak) yang tengah sakit. Lepas tu hajatnya nak bershopping sikit dekat Parit Buntar (PB).

Sejak aku kecik sampai remaja, PB tempat aku selalu lepak-lepak, selalu jenjalan dan beli barang. Memang banyak kenangan aku dekat sini. PB terletak di utara negeri Perak bersempadan dengan Bandar Bharu, Kedah dan Nibong Tebal, Penang. PB juga terletak berhampiran dengan Bagan SeraiKuala KurauTanjung Piandang dan Bagan Tiang. Kedudukan strategik PB yang bersempadan dengan Kedah dan Penang menjadikan PB sebagai tempat tumpuan untuk membeli belah dan menjamu selera penduduk sekitarnya. Charkoteaw sini memang terbaik! Wajib pekena bila kami balik Nibong Tebal.

PB sekarang membangun dengan pesatnya. Kalau dulu di Pusat bandar cuma ada pasaranya Billion, Minat dan sebijik KFC, sekarang ni macam-macam ada. KFC ada dua bijik, ada Pizza Hut, ada Sate House, ada Old Town White Coffee, dan beberapa lagi restoran yang femes. Pasaraya pun dah ada Econsave. Harga pakaian dan makanan dekat sini memang murah. Tak percaya cer rodger ummihanie. Hubby Ina pun orang sini jugak kan?



Tempat paling heaven untuk kaum hawa shopping adalah Pasar Kemboja. Pasar Kemboja dibuka pada setiap pagi Isnin dan Jumaat. Dekat sini ada jual pelbagai jenis tudung, kain ela dan telekung dengan harga jauh lebih rendah dari harga pasaran. Macam tudung memang banyak pilihan, harga murah gila-gila sampai rambang mata nak buat pilihan. Lama juga tak kesini sebab selalunya balik kampung tak kena hari.

Semalam masa pergi PB, rupanya dah naik Pusat Pakaian Hari-Hari dua tingkat. Nampak sangat dah lama gila tak pergi PB. Sebelahnya ada kedai jual barangan dapur, barang vantage dan segala macam mak nenek. Sebab kami tak banyak masa untuk shopping, kami cuma melekat beberapa jam dekat situ. Tempat lain tak sempat jengah pun. Hasil rembatan semalam termos, bekas air yang ada paip (yang ni Mil belanja), seluar, skirt, blous, t-shirt, legging dan cardigan. Semuanya untuk ibu mengandung.hehe..Untuk Aiman aku belikan boxer, seluar dan stokin sekolah. En suami cuma beli hadiah kahwin untuk kawan beliau.

Sebelum balik kami ziarah Paksu. Sayu tengok keadaan Paksu. Paksu dah disahkan ada kanser. Tolong doakan yang terbaik buat paksu. Macam biasa lepas melawat Paksu, kami isi perut dulu. Sampai rumah ngam-ngam Maharaja Lawak start. Layan! 



23 comments:

  1. sesekali shopping banyak jugak hasil rembatan yer.... x pernah sampai PB hihihihhi...

    paksu kene kanser ape??

    ReplyDelete
  2. @Masya

    bolehlah,beli pun yg murah2..kena berjimat.hihitu pun germa je tgok skirt n blouse comei2.nak beli takut deliver nti boy plak kan?haha

    Paksu kena kanser usus.mmg dh tahap teruk.doc pun soh berubat kmpg je..

    ReplyDelete
  3. Dapat x cari jubah kat pasar kemboja? Jeles baca pasaal shopping mopping ni ;)

    ReplyDelete
  4. a'aa hubby sy pun or pb.. hihii.. tp saya jarang g beli belah kat sana, asal balik kg, duk berkurung dlm umah or g jejalan umah sedara mara hubby je.. hahha

    a'aa pasal pasar kemboja tu penah dgr, adik ipar ckp brg kat situ murah2 tp sy xpnh lg g sana...

    pasal char kuew teow tu mmg sedaplah!!.. tapi saya tak tahu nama kedai tu.. tau makan je, org bawak saya ikut pergi.. hihii

    ReplyDelete
  5. lupa plak.. ooo kanser usus ke.. a'aa kan, try berubat kg.. harap2 dpt makin baiklah..

    ReplyDelete
  6. @Mama Adam

    pasar kemboja nie bukak smp tgharie je.smlm tak sempat pegi pun.bertolak pun after solat jumaat. Insyaallah hujung bulan nti balik kmpg lg sbb ada kenduri.klu smpt baru carik jubah..:)

    ReplyDelete
  7. @IntaNBerliaN

    charkoteaw kt pb ada byk tmpt..so far yg paling sedap dekat alog charkoteaw kot..:)

    nti ina cuba la shopping kt pasar kemboja.jgn bawak byk duit,comfirm habis semua..beleive me!haha

    ReplyDelete
  8. @IntaNBerliaN

    *along charkoteaw..dulu bukak dekat belakang petronas..skang kt tepi jalan on da way nak pegi pb..

    ReplyDelete
  9. Salam puan Kutu,k.atie ni nama jer org perak..tp xpernah sampai lg PB(^_^)

    ReplyDelete
  10. eh, kak. kat pb ada baskin robin ke? serius?? kat mana.

    hahaha, kita xthu

    ReplyDelete
  11. Bestnya dapat beli-belah.. Kadang2 boleh sampai lupa diri.

    Moga Paksu PK sabar dgn dugaan ini..

    ReplyDelete
  12. pasar kemboja mst banyak kain lawo2 kan akak kutu?

    ReplyDelete
  13. kampung mak sy kt kedai 2 kuala kurau..tapi x penah singgah parit buntar,tau nama aje

    ReplyDelete
  14. PB mmg dah membangun dan sorga shopping ! tima kasih atas link ya sahabat...

    awat tak kabo mai sini... hanie selalu lalu pasar kemboja tu on the way ke rumah mak di kg. kedah tapi tak singgah2.. last pegi masa shopping raya 2 tahun lepass.... hahahhh

    ReplyDelete
  15. tudiaa..konfem rambang mata..makngah husna juga tinggal di PB..=)

    semoga cepat sembuh buat toksu..=)
    *husna pngkat toksu lar kan..=)

    ReplyDelete
  16. teringinny ank pi pasar kemboja tapi xde sape plak nak bawak...member2 rajin dok cerita pasal pasar ni

    ReplyDelete
  17. uishh..bnyaknyer..rambang mata laa

    ReplyDelete
  18. saya belum pernah sampai...wah meriahnyer pilih kerongsang

    ReplyDelete
  19. er..dah komen ke belom entry ni ??

    ReplyDelete
  20. Wah! Bestnya muni jenjalan. Byk tu kena rembat. Apa2 pun semoga paksu muni cpt sembuh :)

    ReplyDelete
  21. Memang sekali datang ke Pasar Kemboja Parit Buntar, akan datang lagi dan lagi.. ketagih ooo dibuatnya.

    www.hasrulhassan.com

    ReplyDelete

Komen tanpa nampak kejanggalan ok!