Pages

Tuesday, November 13, 2012

Perubahan Due Date


Salam bahagia,

Cuti-cuti macam ni apa bikin? Nak story sikit pasal appointment dengan pakar semalam. Ini kes kena detect kencing manis tempohari, so sebab RSAT takde doktor pakar, refer appointment dekat KK Bandar aka Hospital lama. Kebetulan malam Ahad tu aku kerja malam. Balik rumah pagi Isnin terus kelam kabut mandi dan siap. 

Nurse RSAT suruh standby sana sebelum pukul 8. Pertama kali kesana dengan tak tahu tempat parking semua aku lewat around 10 minute. Kemudian nak carik Klinik Ibu dan Anak lagi, hati berkata-kata sendiri, wah masak nak kena jalan kaki! Tapi nasib menyebelahi bila mengikut saja langkah kaki bertanya pada seorang nurse yang bermuka ketat, rupanya beliau staf tempat yang aku nak tuju. Aku pandang sekeliling, omak ramai gila manusia! Dengan perasaan tak sedap hati, aku letak buku merah dalam bakul kemudian menunggu nama dipanggil.

Sebagai seorang kakitangan kerajaan yang bekerja di barisan hadapan, penilaian mesti dibuat. haha. 1st impression memang tahap tak berapa nak cantik dengan layanan si penjaga kaunter. Mungkin perasaan sensitif aku saja atau terlalu mengharapkan layanan yang lebih high class. Macam bagus je ko kutu! Bila aku buka mulut bertanya, pakcik kaunter mengangguk saja dengan muka macam tak puas hati. Eh tanya pun salah? mahal sangat ke senyuman awak pakcik? monologku sendiri.  

Hampir lima minit juga berdiri sebelum nama aku dipanggil, seorang nurse minta aku pergi ke kaunter tengah. Dekat sana aku letak buku merah sekali lagi dan duduk dikerusi yang disediakan. Yang lawaknya kerusi siap ikat kiri kanan dengan tali rapia. Pandang dari sudut positif, satu inisiatif yang bagus supaya kerusi semua tak berselerak. Bijak2.. Kerana tak dimaklumkan kena kencing, sehingga nama aku dipanggil baru aku terhegeh-hegeh ke toilet buang air. Buang masa dah dekat situ! Ok salah aku jugak sebab tak tanya.

Lepas check air kencing, diselitkan room no 9 dekat kad. Aku terus kebilik 9, letak kad merah dalam bakul. Terpandang mesej yang dilekatkan dekat dinding suruh timbang sendiri, aku masuk segera mengikut arahan. Tak lama lepas tu seorang nurse lain suruh ke kaunter tengah, timbang kat sana. Alamak? Apakah? Berapa banyak step nak kena tempuh ni? Memang macam ni ekk prosuder klinik sekarang? Almaklum dah lama tak masuk klinik kerajaan.

Aku duduk menunggu lagi. Nama dipanggil buat kesekian kalinya. Kali ni nurse agak friendly, sembang-sembang sikit dengan aku pastu dia check bp. Dah siap semuanya sekali lagi aku di minta letak kad merah dekat bilik 13. Tunggu  sekejap dan akhirnya baru dapat jumpa doktor. Kalau setiap bulan macam ni memang masaklah aku.haha.. Nasib baiklah bulan dua tahun depan nanti baru jumpa doktor pakar sekali lagi. Ni pun kalau kes on diet macam aku la. Kalau cucuk insulin lain cerita! 

Kembali pada story asal. Doktor ni sangat peramah. Beliau sedikit terkejut terlalu awal Doktor RSAT hantar appointment. 

"Selalunya 28minggu baru jumpa saya, ini mesti doktor yang baru nak jadi doktor" 

" Itulah doktor, saya pun letih.." aku menyokong.

Masa scan perut, doktor tanya anak dulu lahir berapa kg? soalan yang sama masa scan doktor RSAT juga. 

"Baby kecik lagi, ni kepala dia kat bawah..biaq p la kepala kat mana pun, dia kecik lagi. Ni denyutan jantung baby.."

Antara nampak dan tidak aku mengangguk-angguk faham. Skrin doktor ni kurang jelas kalau nak dibandingkan dengan RSAT. 

"Mula-mula saya nak ambil tarikh yang doktor ni bagi, tapi sebab measurement dia salah, saya nak bagi tarikh saya"

At last doktor kata nak bagi tarikh baru untuk aku. Ikutkan due date 20hb4. Doktor RSAT scan tempohari bagi tarikh lewat 8hari dan sekarang doktor pakar ni bagi tarikh 4hb5. Sekarang tarikh mana sebenarnya aku nak refer? En suami kata kena ingat tiga-tiga tarikh. Sila share kalau korang ada pengalaman serupa.

* RSAT tu rumah sakit angkatan tentera (klinik askar), bukan apa ada yang tanya sebab tak tahu.hehe.. Jom malam ni kat jam besaq. Mengidam yong tau foo plak. Anyone?haha



22 comments:

  1. gini la gamaknye kalu da msuk spital kerajaan...lama menunggu dari lama jumpa doktor...sy pernah merasanya...

    kalu jumpa 5 doc pasni mau 5 tarikh yg dapat...bikin finin ek? tp sy tak pernah ada pngalamn ini...takleh nak share..sori yer..

    ReplyDelete
  2. Tak pernah doktor bg tarikh berbeza tapi semua anak lahir tak ikut due date..sorang lewat hampir 2 minggu, sorang lagi cepat 2 minggu.. 3 org lg cepat 4 hari.

    ReplyDelete
  3. tudiaa..nk jumpa doc pon mcm2 procedure..haha..kuat ye kak..=)

    ingat je ketiga-tiga tarikh tuu..=D

    ReplyDelete
  4. huhuhu. boleh main tukar-tukar ke tarikh?

    ReplyDelete
  5. mala cek tau Puan Muni...kawin pun idoq lagi...yang penting hati2 ler

    ReplyDelete
  6. mmg hospital kerajaan....kalau nurse yg dah berusia sll bermuka ketat....sory jgn marah kalau ada nurse yg terasa sbb itu yg saya lalui..masa menunggu mmg boleh bermimpi kalau lena..hihiihi

    ReplyDelete
  7. Fiza pernah kena di bagi tarikh yang berlainan tu pun sebab fiza memandai pergi hospital swasta. Tapi yang bestnya yang di bagi oleh doktor swasta yang betul. Fiza ada 3 tarikh tau. 1st yang KK bagi time 4bln punya, then time kdgan 7bln.. Fiza scan di swasta bagi antara 17 until 21... pastu, KK bagi lagi tarikh time kdgn 9bln, 13hb. At last yang swasta yang betul. haha... Fiza igt ke-3 tiga tarikh yang dibagi.

    ReplyDelete
  8. saya baca entry muni ni.. sy dah dpt bayang muni dalam klinik tu... siap dgn muka pakcik jg kaunter tu pun sy leh bayang.. hahhahah..

    yela, saya kan dah familiar dgn klinik tu.. 2 2 ank.. situlah klini sy.. hehheh

    ReplyDelete
  9. aduyai....stress jugak kalau camtu...biasanya kalau nk tarikh tepat, kita scan masa kandungan msuk 4 bln.......moga dipermudahkn....

    ReplyDelete
  10. cuba check kat internet je EDD. semua yg doktor bg sebenarnya pun +-.

    ReplyDelete
  11. biasa kot. bila dah besar sikit baby nnt bertukar lagi tarikh. pernah jadik tapi rasanya lewat dua tiga hari dari due asal. tp prosedur akak ms pregnantkan 2nd child dan kena diabetes tak ada pun sesusah tu. sepanjang diet tak ada jmp doc sbb kencing manis pun. muahaha... mcm mana tu? ada kencing manis tapi tak jmp doc. adehhh...

    ReplyDelete
  12. biaselah tarikh due date ni akan berukar².. tp jauh benar bezanya tu haihh....

    saya doakan dipermudahkan yer.. dapat bersalin normal.

    ReplyDelete
  13. hosp kerajaan standard la..ikut ati memang malas nk p gomen tp ada kes2 tertentu terpaksa jgk kan

    ReplyDelete
  14. Bukan nak kata apa tapi dah jelas itulah sebab ramai sanggup ke swasta. Kakak semua anak pergi swasta senang dan tidak banyak kerenah. Layanan memuaskan dari mula check mengandung sampai discharged balik dari bersalin.

    Cerita-cerita lain lagi buat org takut.

    ReplyDelete
  15. mmg pon p kk/spital gomen..

    take care kak ;D

    ReplyDelete
  16. huhu. sian akak. kena tukar2 pulak. tmoga akak sihat sentiasa. tq singgah blog sy kak.

    ReplyDelete
  17. pulun makan siap2, nnt bersalin terliuq plak..hehe

    ReplyDelete
  18. kalau g klinik krjaan mmng macm tu lah dik,tak tahan nak mnunggu....
    Apapun semoga dipermudahkan segalanya..

    ReplyDelete
  19. eh knp kliniknye mcm tu?

    hari ni sy baru g check up kat KK.
    nurse ok,klau tnya jwb je..senyum lg (ke sebab awal pagi?). pastu xde kena timbang2 sndri, tu semua kan kerja diorang? masa nk amik air kencing pun die bgtau, xde biar kita melaha je...

    klinik mana akak g ni?

    *hehehe..emo -.-*
    *akak due awal ckit la dr sy, sy bln MEI!

    ReplyDelete
  20. adeh 3 tarikh tu.. apapun sentiasa beringat ye...

    RSAT yg kat kem lapangan terbang tu ka

    ReplyDelete
  21. tak pe kutu , kalau doktor semua bagi tarikh lain pun , tuhan bagi tarikh tetap tak sama melainkan operation lah hehe ... rilek ..yg mana tarikh paling awal ? standby time tu jek ..

    ReplyDelete

Komen tanpa nampak kejanggalan ok!