Pages

Sunday, November 25, 2012

Diet GDM : Diabetis Semasa Hamil



Sebenarnya lebih kurang 4% wanita mengandung dikesan menghidap Diabetis Melitus semasa kehamilan (GDM). Penyakit diabetis ini selalunya akan hilang selepas bayi dilahirkan. Maklumat lanjut korang boleh tengok kat SINI.

Bagi ibu mengandung penghidap GDM, aku difahamkan kita perlu untuk berjumpa dietitian sekurang-kurangnya sekali. Seingat aku masa mengandungkan Aiman dulu tak perlu pun jumpa pakar pemakanan ni semua. Masa tu jawatan dietitian ni pun tak popular lagi kot. Pagi tadi aku baru berkesempatan pergi hospital setelah menangguh berkali-kali. So aku nak share apa yang aku dapat masa pertemuan aku dengan dietitian tadi. 




Kalori ibu hamil yang diperlukan dalam sehari boleh dibahagikan kepada 3 temister.

Temister Pertama ( 1-3 bulan ) = 1800 kcal/d 
Temister Kedua ( 4-6 bulan )    = 2200 kcal/d
Temister Ketiga ( 7-9 bulan )    = 2300 kcal/d

Aku diterangkan jugak macam mana nak merancang menu, cadangan sajian karbohidrat, protein, buah-buahan, hidangan susu yang diperlukan dalam sehari dan sebagainya. Nak terangkan secara detail panjang berjela syok sendiri pulak macam korang nak baca je.hiks.  

Satu yang penting aku dapat, aku tak digalakkan untuk minum susu orang hamil sebab kata dietitian tu selalunya kandungan karbohidratnya susu mengandung adalah dua kali ganda dari susu biasa. Aku disarankan untuk minum susu tepung rendah lemak atau susu rendah lemak sebanyak dua hidangan sehari. Setiap hidangan jumlah gulanya lebih kurang 5g saja. Kena rajin baca label la lepas ni. Lepas habiskan anmum, aku nak cuba beli susu tepung lain. En suami kata Alhamdulillah, murah sikit kan harga susu! hikhik




12 comments:

  1. susahnyaa..>.<

    selamat berdiet kak murni..jaga diri..=)

    ReplyDelete
  2. baik2 jg makan minum yer.....ehe..teringin nak tgk gambar seri ubu mengandung..share ler..

    ReplyDelete
  3. Nampaknya takleh lama Muni minum susu Anmum :(. Jaga diri elok2 tau Muni...

    ReplyDelete
  4. wah baru tau susu hamil kandungan karbohidrat lagi tinggi.

    ReplyDelete
  5. iyerlah ramai kata susu ibu mengandumng anmum kandungan gula tinggi tp x pastilah pulak mg susu mengandung tinggi kandungan gula...

    apepun janji minum susu sebab untuk tulang nak gigi baby jugak...

    ReplyDelete
  6. sy dulu xda plak kne camni... 2 kali prgnant, 2 2 xda.. tp pe2 pun, take care yer....

    ReplyDelete
  7. Bila doktor dah dinasihatkan begitu sebaiknya ikutlah. Bimbang juga sebab masih ada 145 hari lagi jangkaannya..

    ReplyDelete
  8. take care ye.. ikut nasihat doktor

    ReplyDelete
  9. haha harga susu murah sikit yek .. amboi dia

    ReplyDelete
  10. masa 2nd pregnant kena diabetes. tapi mkn ikut suka je sampai la hari dkt2 nak ambik bp baru minum air masak banyak plus kurangkan makan. hasil dia cantik e. alhamdulillah.

    ReplyDelete

Komen tanpa nampak kejanggalan ok!