Entri serius. Untuk tips atasi anak kencing malam sila google sendiri.hehe..
Kencing malam, atau istilah perubatannya “enurisis” adalah perkara normal bagi kanak-kanak. Kebiasaannya kanak-kanak selepas berumur 5 atau 6 tahun akan berhenti kencing malam. Terdapat juga kajian yang menunjukkan 10% -15% daripada kanak-kanak yang berumur 5-12 tahun masih terus kencing malam walau pun telah disahkan dari segi perubatan tidak mempunyai masalah dengan buah pinggang.
Di Malaysia, kajian menunjukkan lebih kurang 6.2% daripada kanak-kanak yang berumur 7-12 tahun masih lagi tidak dapat menghentikan tabiat kencing malam. Aiman salah seorang daripadanya. Beliau berumur 5 tahun. Disebabkan inilah ibunya kadang-kadang bertukar jadi hantu kak limah.haha
Bagi aku masalah kencing malam merupakan penyakit yang memerlukan pemerhatian serius juga kalau ianya berlarutan apabila budak tersebut sudah mencapai tahap umur 12 tahun keatas. Sejarahnya, bapa saudara en suami ada penyakit kencing malam. Adik bongsu en suami juga mewarisi masalah kencing malam ni. Aku cuma risau Aiman mengikut jejak langkah mereka. Benarkah kencing malam adalah salah satu cabang penyakit keturunan?hiks..
Kalau nak kata Aiman ada penyakit kencing malam, dia tidaklah kerap kencing malah kadang-kadang sampai berbulan lamanya baru dia terkencing atas tilam. Cuma bila keadaan cuaca hujan dan sejuk seperti sekarang dia kerap juga terbabas. Kalau tak dikejutkan untuk buang air waktu malam, memang comfirm dia kencing terutama bila banyak minum.
Kata artikel yang aku baca, kencing malam adalah masalah biasa dalam kalangan berjuta-juta kanak-kanak di seluruh dunia kerana dianggarkan satu daripada lima kanak-kanak (20 peratus) mengalami masalah kencing malam. Biasanya masalah ini hilang sendiri apabila anak semakin besar.
Mungkinlah benda ni perkara biasa bagi budak sebaya Aiman. Apa pun kena tunggu dia besar lagi nak tengok sama ada dia masih kencing malam ke tidak. Korang ada pengalaman anak kencing malam tak macam si Aiman?
*Aruah atok en suami boleh urutkan orang kencing malam. Adik en suami dulu atok yang ubatkan. Alhamdulillah lepas tu dah tak kencing malam lagi.
insyaallah mg masalah dapat diatasi..
ReplyDeleteSalam puan Kutu...biasa la budak2 tp kita kena brjg2 gak..
ReplyDeleteNk elakkan,sblm tidur suh kecing dulu/jln kasi anak minum byk2 sblm tidur..
aiman kecik lagi PK...Insyaallah pelan2 ajar
ReplyDeleteAiman macam anak buah Fiza kalau tak kencing before tidur dan minum banyak pasti terbabas kencing atas tilam.
ReplyDeletetq for sharing.. asya smpai skarang pakai pampers.. (masuk usia 4 thn).. baru2 ni pnh test x pkaikan pampers... mula2 tu ok dia kejut nak kncing. tgh malam.. maybe tdo lena sgt..smpai x sdr dah tkencing..mujur la alaskan..
ReplyDeleteank sedara lya ade masalah ni.. skarang dh 11 thn..msih bpampers (pampers dewasa).. ntah, mcm2 cara cuba tp x menjadi lg..
lar ykaa aiman?? xpa2..aiman nak ada adik dah tu..nnti dah boleh disiplin diri dah..=D
ReplyDeletesyg..klau x arwah mesti boleh ubatkan aiman..in sha Allah, harap penyakitnya dpt sembuh..=)
Cuba petua keluarga kakak ini. Angkat kaki aiman secara tonggeng iaitu kepala ke bawah, kalau ikut anak kakak sebaik tak berpampers semua alhamdulillah tak ada lagi masalah kencing malam.
ReplyDeleteAnak akak dulu ada juga yg kencing malam. Alhamdulillah sekarang dh ok. Tak amalkan apa2 petua, hanya pastikan dia kencing sebelum tidur.
ReplyDeletenice info...
ReplyDeleteoohh bleh jadi keturunan jgk eh...xpelah aiman kecik lagi. tggu dia bsr ckit baru dpt tau penyakit ke x kan
ReplyDeleteabg naufal sejak dia tak pakai diapers mmg terus tak pernah kencing mlm. si kembar ni sama je cam aiman jugak. ada masanya terkencing waktu malam. cuma jarang..jarang..
ReplyDeletehmmm... ada org kata kalau budak yg kencing mlm ni ada kaitan dgn pundi kencing yg turun sbbnya lasak sangat bermain. wallahua'alam...
insyaallah akan dpt diatasi nanti .. zahrien sejak free dypers x pernah lagi kencing malam .. alhamdulillah sgt2 ;)
ReplyDeleteaku tak pernah kencing malam kot
ReplyDeletemak ak yg kata,
biasa la budak2, umur lebih 12 pun adik ak kencing gak dlu2
jenuh la nak cuci tilam kan..
ReplyDeleteCuba sapu minyak angin kat ari2 dia sebelum tido
ReplyDeletelepas tu sebelum tido jangan kasi minum susu / air dan suruh dia kencing siap2 InsyaAllah berjaya nanti
nsib baik diri sendiri pun tak de sakit yang ni,, alhamdulillah,, masa kecik dulu ada r,, hehe,, malu amat walaupun kecik agi,, :)
ReplyDeleteSusah juga ye. Tapi, saya perasan dkt minyak mestika ada tulis untuk kencing malam.
ReplyDeletesamelah anak kt pun.. lg-lg musim hujan ni... walaupun bkn setiap malam, ade mlm2 tertentu jer.. dia penat mls bgn agknya huhuhuhuhu... terkencinglah kat tilam tu...
ReplyDeleteanak buah sorgan tu sampai darjah 6 baru la berhenti kencing malamnya.
ReplyDeletemasa dkt trg kan, org ambik 'telo' lembu untuk bg ank yg kencing mlm mkn tau... sy xpasti dorg wat camne.. sbb dah lupa... tp setiap kali korban, mesti ada yg akn ambik... hihii.. yela, dah anak cucu dorg duk kencing mlm je.. hehhe
ReplyDeleteoo husna 5 tahun tk kencing malam , tk tau lah keturunan atau tidak , tp ada anak jiran ni sampai 18 thn masih kencing .. dia memang ada penyakit tu ..
ReplyDelete