Pages

Tuesday, April 03, 2012

Bahaya Berkasut Tumit Tinggi



Berkasut tumit tinggi bagaikan suatu kepuasan pada si pemakai. Golongan wanita yang gemar berkasut tumit tinggi biasanya di dominasi golongan bekerjaya dan gemar berfesyen. Tempohari semasa Rancangan Apa Kata Wanita, siapa tengok kasut yang di pakai pengasas Jamu Mak Dara? Kagum bukan? Tak sanggup aku nak pakai.hiks..


Kasut tumit tinggi direka untuk menolak dada ke depan dan punggung ke belakang sehingga spina dan pinggul terkeluar daripada kedudukan asalnya. Ini menimbulkan masalah kesihatan bukan sahaja kepada kaki tetapi keseluruhan badan. Ramai yang sudah sedia maklum tentang bahaya golongan yang gemar memakai kasut tumit tinggi.Tapi tahukah korang? :

  • Kasut tumit tinggi jika dipakai terlalu lama boleh menyebabkan kencing tidak lawas, masalah belakang dan tulang pinggul.
  • Boleh menyebabkan kesakitan pada bahagian rahang, leher dan kepala, gangguan kitaran haid malah membawa kepada masalah kesuburan.
  • Berkasut tumit tinggi selama bertahun-tahun akan menyebabkan tendon Achhilles menjadi pendek hingga menyebabkan sakit tumit.
  • Memakai kasut tumit tinggi mengubah cara jalan seseorang dengan mengenakan pusat graviti ke atas bebola kaki dan meletakkan tekanan berlebihan sehingga 26 peratus pada lutut iaitu kes biasa osteoprosis.
  • Hasil kajian pakar pembedahan ortopedik dari Kolej Perubatan Baylor, Houston, Profesor Madya Dr. John Marymont, seseorang yang memakai kasut bertumit 2.5 inci memberi 50 peratus manakala kasut bertumit 3 inci memberi 76 peratus tekanan pada kaki.
  • Masalah lebih menyakitkan berkaitan pemakaian kasut tumit tinggi ialah neuroma iaitu kaki dipaksa masuk ke dalam kasut tumit tinggi yang ketat dan runcing di depan, ia kemudian akan menekan saraf dan tisu mula terbentuk di sekitar saraf yang menyebabkan kesakitan sehingga pembedahan mungkin perlu dilakukan untuk memulihkannya.
  • Kecacatan Haglunds juga, sering dialami wanita berkasut tumit tinggi yang mana berlaku pembesaran tulang bahagian belakang kaki sehingga kaki bengkak, merah dan menyakitkan.
  • Masalah yang biasa berlaku ialah pergelangan kaki terseliuh kerana sukar mengimbang badan kerana memakai kasut tumit tinggi.

* Masih di pejabat, tak sempat nak menaip entri.hihi..









25 comments:

  1. sekarang dah jarang nak pakai kasut tumit, lagi² dah ade anak ni.. penattttt...... tq kongsi info... sharing is caring...

    ReplyDelete
  2. saya pakai kasut tumit tinggi tapi takdela tinggi sangat.. yang sedang2 aje..

    ReplyDelete
  3. Nasib baik cik rose tak suka sangat pakai kasut tumit tinggi hihihi

    ReplyDelete
  4. oh no... i don't like heels... tambah dukung anak2 kecik ni, jatuh terpeleot je nanti... kihkihh

    ReplyDelete
  5. mujur jugak la tak suka kasut ada tumit.

    p/s: tadi try masuk blog muni ni tp loading dekat sejam tak keluar apa pun. pergh... hangin betul la dgn broadband ni.

    ReplyDelete
  6. cantik tapi bahaya wat pe? penah nampak pompuan pakai heel kat supermarket... tgh beratur dok nak bayar, dia tanggalkan heel... pastu dia pakai balik.. pastu bukak balik.... kelakar. mesti kaki sakit tu...

    ReplyDelete
  7. Bila baca rasa takut jadinya. Jujur kakak masih bertumit tinggi lagi tau.

    ReplyDelete
  8. skrg dah jarang pakai tumit tinggi sbb dah ada anak,,.. xlarat nak dukung kang terbalik plak saya dgn tumit tinggi tu..hihii

    ReplyDelete
  9. mmg tak suka kasut tumit tinggi. kaki sakit kalau pakai. semenjak ada iman pakai sandal je.. ditambah dgn bebanan berat nak dukung dia pasti lagi bahaya kalau pakai yg ada tumit

    ReplyDelete
  10. Pakai kasut tinggi. Tapi di office shj. Di luar, pakai sandal. Sbb rasa pelik kalo x pakai di office.

    ReplyDelete
  11. saya suka terpelecok bila pakai kasut tinggi...last saya beli jenis kasut tingi wedges kalau nak nampak tinggi

    ReplyDelete
  12. Kita pakai kasut tinggi pun dekat pejabat je. Maklumlah nak jaga imej kompeni. Tapi seboleh mungkin tak nak banyak berjalan dekat dalam pejabat sebab tak nak kaki lenguh. Hehehe...

    Tapi bila hari cuti atau dekat luar, selipar / kasut crocs jelah yang paling kita selesa pakai :)

    ReplyDelete
  13. pergh..byk jgak efek pki high heel ni..bhya2

    ReplyDelete
  14. dulu ada gila jugak kasut tinggi nie..skarang dah kurang..hehe..teringin baru pakai..

    ReplyDelete
  15. saya jarang pakai kasut tumit tinggi...kalau pakai pun taklah tinggi mana. Lebih selesa pakai sandal hehe

    ReplyDelete
  16. ita suka jugak pakai kasut tinggi kalau ada majlis rasmi lah....
    tapi takde lah tinggi sangat..

    ReplyDelete
  17. Chii selesa pakai kasut sarung. Pakai heel hanya utk majlis2 tertentu je

    ReplyDelete
  18. sebab apa perempuan pakai kasut tinggi?
    sebab nak tinggi ke? ataupun nampak seksi?
    heheheee

    ReplyDelete
  19. hai Assalamualaikum wbh..
    saya pakai kasut yang bertumit tapi tak berapa tinggi...kalau tinggi,kena 'catwalk' pulak...hehehe.
    tq 4 info.. :)

    ReplyDelete
  20. tringin + berangan juga nk pakai ttp Allah dh bagi saiz akak ni tinggi..trpaksa lupakan saja..ttp risikonya amat bahayakan.....

    ReplyDelete
  21. Yang menyakitkan itu jugalah yang orang nak pakai. Tapi sekarang ada juga kasut tapak tebal/tinggi tapi bahagian tapak kakinya rata.

    ReplyDelete
  22. izan tak pernah beli high heels dan mmg tak reti pakai pun. sampai sekrg lebih selesa pakai wedges, pump shoes n sandal je.

    ReplyDelete
  23. pakai gak,g opis...uiii tinggi gak risikonye eh?


    biasanya pkai flat je..sbb sama tinggi ngan tng..kalau pakai heels xpasal2 dia kena mendongak tgk sy..hahahaha

    ReplyDelete
  24. emm memang x berminat dah ngan kasut tinggi2 ni.sakit kaki

    ReplyDelete
  25. betul la sejak ada anak terus tak minat dah pakai tumit2 tinggi ni..

    ReplyDelete

Komen tanpa nampak kejanggalan ok!