Pages

Thursday, March 15, 2012

Rancangan Realiti On Air



On Air sebuah lagi rancangan realiti terbitan Astro yang mencungkil bakat baru dalam bidang pengacaraan TV dan penyampaian radio. Aku sempat menonton siaran ulangan beberapa episod. Bermula sekitar 25 Januari lepas aku rasa program menarik ni seperti kurang dipromosikan pula. Mungkin juga disebabkan kebelakangan ini aku kurang menghabiskan masa menonton TV. Mana tidaknya, rutin menidurkan Aiman seawal jam 9malam sudah seperti rutin menidurkan diri sendiri sebenarnya.hehe..  


Aznil Nawawi dan Suhaimi Sulaiman  merupakan teraju utama On Air. Seronok melihat dua bakat besar ini menurunkan ilmu dalam menggalas cabaran memberikan perkembangan positif untuk industri hiburan tanahair. Eceh ayat tak boleh blah. Menariknya lagi, peserta diberi cabaran berdepan dengan orang ramai dan cabaran wawancara spontan bersama selebriti atau orang terkenal yang dirahsiakan. 


Dalam episod yang aku tonton semalam, memang kantoi sebab ada yang tak kenal pun siapa dia Dato Ramli MS. Rozita Che Wan pun kemain gedik dengan aksi menggoda salah sorang peserta. Setakat yang aku tengok, ada yang betul-betul berbakat dan ada segelintir yang hanya menarik pada rupa paras. Masih terlalu awal untuk membuat kesimpulan, harapan aku pengalaman Pak Nil selama 22 tahun dalam bidang pengacaraan akan menjadi mentor berkaliber melahirkan protoge yang hebat seperti dirinya. Sekali lagi ayat poyo.


Untuk menonton pelbagai aksi menarik peserta lelaki dan wanita dalam menghadapi realiti cabaran On Air sila tekan siaran 104, setiap hari Rabu rasanya. Kalau informasi aku bagi ni salah pun korang tengok je siaran ulangan, macam tak kenal je siapa astro!haha..


* Sakit tekak menyerang. Suara dah berubah sedikit macho..:)












24 comments:

  1. rumah sewa baru xde tv..x dptla nak layan..huhu~

    sekali sekala suara macho best juga..hehe~ smoga cpt2 baik ya~ ^^

    ReplyDelete
  2. Ada tgk siaran ulangan lepas dan seronok gak tgk. Ternyata negara kita tak miss dgn bakat2 baru n boleh menjadi pelapis Pak Nil. Ada gak yang seakan berani secara peliknya. Tak berbakat namun dtg mencuba. Tak tahu nak puji or gelak dengan keyakinan diri dorang PK. Hoho..

    ReplyDelete
  3. ada pulak kata ramli m.s tu lim kit siang...hehehehe

    ReplyDelete
  4. ada kak fieda tgk masa ujibakat aritu..semalam lupe plk nk tgk..

    ReplyDelete
  5. ohoo... serius ade org tak kenal rozita che wan?

    ReplyDelete
  6. sy suka tgk..start dr yg pompuan punya haritu..yg lelaki mcm gay je sy tgk sume hikhik

    ReplyDelete
  7. sebelum ni xpernah tgk, tp yg ni 'tertengok' kelakar masa interview dgn artis tu..hihi...kekadang terlebih sudah =D

    ReplyDelete
  8. kena ada ilmu!!!baru bakat akan terserlah..jika cakap kosng jer x leh memikat suhaimi n aznil..ilmu tu dari semua aspek...kena sesuai dgn audience dn personaliti yg diinterview

    ReplyDelete
  9. tak best lah citer ni , mcm bosan dan tah hape2 sikit .. peserta ada buat beberapa kesilapan yg org lain terang2 nampak ..

    ReplyDelete
  10. tak best lah citer ni , mcm bosan dan tah hape2 sikit .. peserta ada buat beberapa kesilapan yg org lain terang2 nampak ..

    ReplyDelete
  11. saya sependapat dengan Rina AVAIL.. yang lelaki tu suma macam lembut2 je.. adoii

    ReplyDelete
  12. lawak giler time ada peserta x kenal datuk ramli ms. dia sebut datuk seri lim kit siang. kah3... kami satu rumah gelak guling2... kah3...

    ReplyDelete
  13. umah sy xda astro.. dh sah2 xleh tgk..hihii

    ReplyDelete
  14. sekali pun aku tak pernah tengok. ahahahha. nnt tgk jela time final.

    aku baru je sembuh dari bersuara macho. tu sbb ko xnampak aku bw. .

    ReplyDelete
  15. xpenah tgk... xberkesmpatan je

    p.s: yuk kutu, promo entri contest !

    ReplyDelete
  16. saya sengau teruk dah Puan Muni...

    ReplyDelete
  17. uh... xpernah tgk lg... best ek?

    ReplyDelete
  18. jrg layan astro..sejak ayah xde lg la langsung xde org layan tv kt luar......

    moga cpt sembuh....

    ReplyDelete
  19. x dpt nak layan sebab tade astro.. titik :p

    tp ada yg kata...komen yg dberikan oleh juri tidak relevan..sama ada benar atau tidak...anda yg menonton..boleh menilainya :p

    ReplyDelete
  20. x minat cita camnie..hehe..terok kan..larikkk~

    ReplyDelete
  21. ada ank jiran ira masuk..haha.

    lawak kot..

    ReplyDelete
  22. memang kelakar rancangan nie...artis pun ada diaorang tak kenal hihihi..

    ReplyDelete
  23. dah baikk belummm suara tu...

    ReplyDelete
  24. on air ni jam bpe eh? hari ape

    ReplyDelete

Komen tanpa nampak kejanggalan ok!