Pages

Saturday, March 03, 2012

Khasiat Surah Al- Kautsar



Surah ini paling pendek, hanya mengandungi 3 ayat dan diturunkan di Makkah. AL- Kautsar bermaksud sungai di syurga. Kolam sungai ini diperbuat daripada batu permata nan indah dan cantik. Rasanya lebih manis daripada madu, warnanya pula lebih putih daripada susu dan lebih wangi daripada kasturi.

Surah ini juga disifatkan sebagai surah penghibur hati Nabi Muhammad s.a.w. kerana diturunkan ketika baginda bersedih atas kematian orang-orang yang dikasihi iaitu anak lelakinya Ibrahim dan bapa saudaranya Abu Talib.

Pelbagai khasiat terkandung di dalam surah ini dan boleh kita amalkan:-



  • Baca surah ini ketika hujan dan berdoa, mudah-mudahan Allah s.w.t. makbulkan doa kita.
  • Jika kita kehausan dan tiada air, bacalah surah ini dan gosok di leher, Insyaallah hilang dahaga.
  • Jika sering sakit mata, seperti berair, gatal, bengkak, sapukan air mawar yang sudah dibacakan surah ini sebanyak 10x pada mata.
  • Jika rumah dipercayai terkena sihir baca surah ini 10x, mudah-mudahan Allah beri ilham pada kita dimana letaknya sihir itu.
  • Jika membacanya 1,000x rezeki kita akan bertambah.
  • Jika rajin membacanya, hati kita akan menjadi lembut dan khusyuk ketika menunaikan solat.
  • Jika orang teraniaya dan terpenjara membacanya sebanyak 71x Allah akan memberikan bantuan kepadanya kerana dia tidak bersalah tetapi dizalimi.







11 comments:

  1. Pendek tapi memenuhi timbangan.
    Terima kasih share.
    Tapi mungkin ramai yang jarang baca sebab pendek terutama dalam solat. Itu pengalaman Awanlah.

    ReplyDelete
  2. surah fav aku dalam solat. hehe

    ReplyDelete
  3. insyaallah...sama2 kita amalkan..byk kelebihannya..

    ReplyDelete
  4. sharing is caring..terima kasih akak sebb share ;)

    selmat berhujung minggu ;)

    ReplyDelete
  5. bagus info ni. kadang2 kita tetap lupa walaupun telah diingatkan

    ReplyDelete
  6. Ya Allah Ya Tuhanku.. banyaknya kebaikan baca surah ni.. InsyaAllah nak amalkan :-)

    ReplyDelete
  7. sama2lah kita amalkan..InsyaAllah...

    ReplyDelete
  8. banyak manfaatnya kak...

    thankss kak share..:)

    ira br tau..

    ReplyDelete
  9. tadi baca dan komen entri sebijik di blog lain hehe kebetulan sungguh

    ReplyDelete
  10. nice sharing... surah yg pendek tp byk kelebihan

    ReplyDelete
  11. thanks for sharing kutu... byk kelebihannya. jom sama2 kita amalkan.

    ReplyDelete

Komen tanpa nampak kejanggalan ok!