Pages

Saturday, February 11, 2012

Terima Kasih Puteri



Alhamdulillah beta baru selesai bersantap koteaw goreng bersama si montel yang sentiasa menjadi wajah kesayangan beta. Sementara anaknda beta sedang kelemasan bersama playstationnya, izinkan ibunda pula mengupate blog. Kehilangan beta selama dua hari adalah kerana pemergian beta ke kenduri Sambutan Maulidur Rasul dikampung, arakian beramas mesra bersama sanak saudara lalu memusnahkan impian beta untuk menahan kerakusan nafsu dek hidangan santapan yang begitu menyelerakan. 


Terasa janggal aku berganti nama beta segala kerana sungguh aku tak pernah berangan inginkan hidup sempurna seperti Puteri Raja di Istana Cinta. Aku hanya wanita kebanyakan yang menghargai sedikit ujian dalam kematangan, menerima pelangi kehidupan yang tak seindah dengan rasa syukur dan inginkan sebuah cinta dilalui tenang bahagia disamping keluarga tercinta. Alhamdulillah.




Menyelit intro berjela pula sedangkan ini hanya entri penghargaan untuk Tengku Puteri. Terima Kasih Puteri kerana menghadiahkan doodle yang secomel tuannya. Doodle ini adalah bersempena penglibatan aku sebagai penganjur Contest Kisah Dongeng Tengku Puteri & Puan Kutu tidak lama dulu. Kalau ada yang berminat untuk mendapat sentuhan Puteri, sila ke blog beliau! Nak berkenalan pun boleh. Not available but still single ok.hehe..








19 comments:

  1. akak makan kue teow goreng? beli ke masak sendiri kak?hehe

    kak, p singgah blog, tengok masakan saya hari ni...diharap akak akan terleleh air mata kerana terliur..hik3..

    ReplyDelete
  2. sedapnya kue teow goreng...masak ke?

    ReplyDelete
  3. sedapnya kue teow goreng...bikin sendiri ke?

    ReplyDelete
  4. Comelnya!!!!! Sweet sgt. Mcm empunya badan jugak :)

    ReplyDelete
  5. alahai cemburulah saya yang tiada doodle nih...

    ReplyDelete
  6. alaaaa...comeylll laa doodle die...
    okeyhhh...izinkan patik menerjah blog beliau...lalaalalla~~

    ReplyDelete
  7. wah bertuahnya dpt doodle comel~ ;p

    ReplyDelete
  8. buat saya tersenyum²lah baca entry ni.. 'beta' yer... nnt nak singgah sanelah.. tgk² ko ade yg berkenan...

    ReplyDelete
  9. ewah comelnya doodle kekanda ya (nak jugak!) haha

    ReplyDelete
  10. memusnahkan impian untuk berdiet la tu. hahaha.. memg la kalau pi kenduri kawen mmg rugi kalau menepis godaan tu.hahahaha..

    comel seyh doodle si puteri.

    ReplyDelete
  11. bestnyeee tuan hamba dpt doodle percuma ... cumil2 ;)

    ReplyDelete

Komen tanpa nampak kejanggalan ok!