Kuih paling aku suka adalah popia goreng. Walaupun sangat suka, rasanya seumur hidup sekali je aku pernah buat. Secara jujurnya aku memang fail bab buat kuih. Aku hanya pernah buat kuih donut, karipap dan keria. Oh ye pernah sekali buat bengkang, ketayap dan burger Malaysia tapi tak berapa menjadi. haha. Lain-lain kuih yang complicated boleh beli kat kedai kalau nak makan ye..
Perut mula berkeroncong bila suasana sejuk begini. Cuaca di SP mendung sebab baru lepas hujan. Tiba- tiba teragak nak makan kuih ni bila tejumpa gambar dalam folder. Suka aku tangkap gambar kuih aku buat sebab aku jarang buat kuih. Maaf ye dalam besen je.hehe..
Apa kata aku tambah resepi dekat ruangan aneka resepi. Good idea untuk blogger miskin yang ketandusan idea menulis kerana semua punca untuk menangkap gambar buat modal entry telah lingkup. Takziah buat kamera, handphone aku dan handphone en suami juga (sudah jatuh ditimpa tangga).
Berbalik pada resepi Kuih keria. Bahan-bahannya cuma keledek merah, tepung gandum, garam dan gula aising.
Caranya bersihkan keledek, rebus dan lecek. Kemudian gaul sebati dengan tepung dan garam. Pandai-pandai la agak jangan sampai keras sangat, jangan pula terlalu lembik sampai adunan melekat. Lepas tu boleh la di bulat-bulatkan adunan dan buat lubang dekat tengah. Panaskan minyak dan goreng. Lepas sejuk boleh sira dengan gula aising.
Kalau rajin boleh masak gula dengan air hingga kering, lepas tu masukkan keria, balik-balikkan supaya keria diselaputi gula. Emak aku dulu selalu kisar gula dengan blander kering tu je. Aku bantai gula aising sebab kurang manis. Tak mengaku malas sebenarnya.keke..Kuih peberet korang?
*Jeles tengok adik ipar aku yang dulu tak reti nak masak apa langsung sekarang dah boleh jual kuih. Kakaknya jugak tak pandai-pandai buat kuih. Makan tahulah.hehe..
ni kuih feveret kita ni,lama tak mkn
ReplyDeletekuih keria my peberet... sodap.....
ReplyDeleteaku pernah buat kuih ni pakai keledek ungu. tak jadi pun. haha
ReplyDeleteahahahaha.. sama lah kita kak.. Tau makan je.. asal masak saya orang pertama yang merasmikan makanan tu... ekeke (",)
ReplyDeletepk, hood = srombong asap hob = dapo
ReplyDeletealamak ssl malu la plak dapo moden tp kuih kria pon t.pnah buat(tunduk smbil tutup muka)
kuih keria kategori feveret jugalah buat pun pandai sebab dah di ajar dari kecil cuma tak buat2 je...malas je memanjang
ReplyDeletesedapnyer... mcm sng j nak buat ni
ReplyDeletetak pernah pun sekali buat kuih ni padahal senang giler..sama la kak fieda ni kalau kue2 yg simple nak la buat..kalau cerewet sorry la..beli jer la sng..
ReplyDeleteCUCUQ KERIA MEMANG SEDAP..LAGI SEDAP DARI DONUT..SBB GHASA KELEDEK DIA KAN KAK ;)
ReplyDeletemeh campak kt sini sikit...lapo nie....
ReplyDeletekuih kegemaran saya juga ni...lama dah tak makan.
ReplyDeletesy pun ada jugak buat kuih keria ni tp cam biasalah.. buat banyak sendiri buat sendiri makna.. sbbnya suami sy tu tekak dia nak mkn ns je memanjang.. kuih ni tekak sy yg kne perabihkn..hehee
ReplyDeletepandainya kutu buat kuih keria. izan mmg fail terus bab kuih2 ni... nak2 bila nak sira keria tu. mmg tak pandai... hehe...
ReplyDeletesuka coq keria ni... tiap2 mggu kena singgah pasar mlm beli.. :)
ReplyDeleteselalu mak yg rajin buat.. sy tolong ngap jer hihihihi....
ReplyDeleteRingkas juga nak buat kuih ni.
ReplyDeletekeria...sedap..sy pernah buat karipap pusing tp skrg lama xbuat dh terus lupa..nk mkn beli je...hihi
ReplyDeletesuka makan kuih keria, tapi malas nak buat..heheheh
ReplyDeletesy pon fail bab buat kuih..kuih keria ni jelah yg sy pandai buat huahuahua..
ReplyDeletewah tere adik ipar ya dr x pndai masak terus boleh jual kuih..mantop!!
Salam..
ReplyDeletetak pernah try lagi...
Akak suka kebanyakan kuih tradisional..
ReplyDeletehehe..oklar tu..jd jgak..
ReplyDeletelama2 pndai lar..^^
Teringin makan donut labu.. :D
ReplyDeleteira suka!
ReplyDeletetp xreti buat..hee..sedapnyaaa kak!
telan air liur jer la hehehe
ReplyDeleteSedapnya!!!!
ReplyDeletesuka jugak dengan kuih keria ni. kalau ada masa, blh jugak buat.
ReplyDeletei loikeeee kuih keria noks ! bak le sket kutu...
ReplyDelete