Pages

Friday, February 03, 2012

Pelupa dan Lengai



Kisah bermula apabila pencetak dirumah kehabisan dakwat. En suami sudah bermurah hati belikan dakwat hitam, namun beberapa ketika selepas itu dakwat berwarna pula minta di isi. Kerana jarang berbakti, aku biarkan pencetak dirumah bercuti.


Lebih kurang dua tiga bulan lepas, 


Pagi yang indah aku ke kedai fotostat yang biasa aku kunjungi. Kali ini membawa dokumen peribadi yang agak banyak untuk dicetak. Ada kad pengenalan, surat beranak, lesen, sijil dan sebagainya. Tamat tugas dipejabat, aku bergegas pulang kerumah dengan sebuah fail dipenuhi dokumen asal dan dokumen bercetak yang berbaki. Aku biarkan fail didalam laci tanpa menjenguk dan tega tidak memulangkan dokumen asal ketempat azalinya.


Sebulan selepas itu agaknya,


Diwaktu malam yang hening, aku menjenguk transkrip diploma untuk keperluan urusan yang tak perlu aku nyatakan (kalau tak guna memang tak jenguk). Aku kaget kerana yang kelihatan cuma helaian pertama. Sambungan helaian kedua yang tertera keputusan beberapa semester kuliah hilang. Mungkin lebih tepat aku katakan aku gagal menemuinya! Dada berombak kencang. Harapan dan kata hati bersuara transkrip itu masih berada di kedai fotostat yang sudah sebulan aku tidak menjejak. 


Esoknya aku menemui adik kedai fotostat,


 " Assalamualikum..ada tak transkrip yang tertinggal dekat sini? Dah lama dah...blablabla.." 


" Saya tunggu gak mana akak ni tak mai, tinggai kat dalam fotostat, saya lupa nak bagi..Kalau ada benda tinggai memang kami simpan.."


" Nasib baik..blablabla..Terima kasih ya!"


Waktu tu memang banyak aku buat fotokopi, jadi tak perasan helain kedua transkrip tu missing dekat kedai. Walaupun kealpaan adik tu penyebabnya, aku juga salah sebab tak buat checking sebelum simpan. Sikap lupa dan lengai boleh mengundang padah!


Dua hari lepas, sejarah berulang lagi. Kali ni aku tertinggal kunci rumah. Dipendekkan cerita semalam baru aku terfikir nak pergi kedai fotostat kerana seingat aku, sejak ke situ aku dah tak nampak bayangan kunci rumah. Aku rahsiakan kes kunci dari en suami. Semalam pergi kerja tak kunci rumah.haha..


Bukan tak cuba merubah diri, tapi bila sudah sebati dalam diri beginilah jadinya. Jangan jadi pelupa dan lengai macam aku!




Kalau nak cerita banyak lagi benda yang aku selalu lupa. IC aku dah dua kali tukar. Benda penting seperti beg duit dan telefon bimbit pun selalu jadi kisah. Agaknya macam mana bila dah tua nanti? 
















24 comments:

  1. aiyooo..haha..
    risaunya jd cmtuu..

    ReplyDelete
  2. Ibu Yusuf pun kadang2 pelupa juga.. tp antara petua elakkan lupa adalah selawat.. wallahua'alam.. :D

    ReplyDelete
  3. oh sekarang muda lg ye? hihihihi
    gurau je..jgn mara ar...

    nasib baik org kedai tu simpan lg kan..lau x naya =)

    ReplyDelete
  4. Kena makan kismis/kurma/pistacious bebanyak...

    Tapi kakak pun kadang lupa juga. Masak dah bubuh garam ke belum... kalau puasa alamat biarlah sampai masa berbuka baru tahu...

    ReplyDelete
  5. hahaha.... saya juga jenis yang tidak teliti berbanding suami. sering kali juga kantoi atau ditegur.

    sedaya upaya saya cuba utk tidak cuai. tapi, kalo berlaku juga, nak buat macam mana? tak kan nak menangis. terima aje la...

    ReplyDelete
  6. biasalah,bila dah beranak ni memang selalu lupa..byk putus urat masa bersalin...hehehe

    ReplyDelete
  7. trkdg sikap kita boleh menyusahkan diri sndiri..ttp rasanya ianya secara semula jadi dan lama2 dh sebati dgn kita..semua tu brlaku secara tdk kita sedar........

    ReplyDelete
  8. saya pulak, selalu lupe dimana sy letak hp sy..tak tahulah.. mesti hp juga yg dilupakan.. kalau duduk rumah, lagilahh.. natah kemana orangnya, hp nye pulak kemana.. huhu..

    ReplyDelete
  9. susah juga kalau selalu kita lupa... lagi2 kalau benda yg penting.

    izan pun dah 2 kali tukar ic. bukan hilang tapi kena copet.

    ReplyDelete
  10. kutu,samelah problem kiter ... alahai muda2 dah lupe kan ? huk3x

    ReplyDelete
  11. ahahahahaha.... kelakar la mama aiman ni.. tak sangka kita serupaaa.. eekeke

    kalau nak cerita pasal walet, dah hampir beberapa kali tertinggal kat meja makan d restoran... ahaha.. mujurlah semua org yang menjumpainya jujur2 belaka... lepas ni kita kena berhati2 ya mama

    ReplyDelete
  12. Puan kutu...kena banyak makan kismis nie....

    ReplyDelete
  13. dalam proses peMUDAan tu namanya.. hehehe

    ReplyDelete
  14. hahaha.. kang kata orang tua memang cepat nyanyuk mare lak.. haha

    ReplyDelete
  15. haru tu Muni...kalau saya pelan2 rewind memory...

    ReplyDelete
  16. Banyak makan semut ni... Eh... Hehehe...

    ReplyDelete
  17. selalunya jd mcm tu sbb fikiran kita ke lain atau kelam kabut nak cepat.

    ReplyDelete
  18. kita dalam proses penambahan umo..gitu ler jadinya...hihihi..kak fieda ni gitu ler..kdg2 tension plk rasanya..

    ReplyDelete
  19. aii..nampak sangat dah tuanya nih..

    ReplyDelete
  20. NO KOMEN....Sebab KITA SERUPA....

    ReplyDelete
  21. bahaya ni PK.. kena selalu beringat2 ni..

    ReplyDelete
  22. akk kena makan kismis byk2..ahaha ;p

    bahaya akk..kena sll beringat lepas ni..:)

    ReplyDelete
  23. makan madu n kismis, ble wt ingatan lbh bagus..

    ReplyDelete
  24. sy pun kadang2 gitu gak.. hihii... selalu kene berleter dgn hubby pasal ni..hahhahha...

    nsb baik hubby jenis daya ingatan dia tu yg sgt kuat.. tu la kan, Tuhan bg pasangan kita mmg saling lengkap melengkapi kan :-)

    ReplyDelete

Komen tanpa nampak kejanggalan ok!