Pages

Sunday, February 05, 2012

Mihun Goreng Sotong



Aku nak tempek resepi mihun kat sini, mana tahu berguna untuk anak dara yang baru nak belajar pegang sudip selepas pakwe beliau yang sangat suka makan mihun goreng inginkan seorang isteri solehah yang pandai masak mi setanding doktor gigi Masterchef Malaysia. Sumpah aku melalut, aku buat mihun yang tak semegah pun nak masuk blog. Ini namanya entri ketandusan idea dek kebosanan.haha..

Oh ya bakal isteri-isteri solehah yang baru nak belajar pegang sudip sekelian, bahan paling utama adalah mihun yang direndam semalaman kemudian ditoskan. Nak rendam sekejap pun ikut sukalah tapi pastikan semasa menggoreng mihun, sila masukkan air panas supaya mihun tidak keras seperti rambut Kak Limah Balik Rumah yang sudah seminggu tidak dishampoo. Kalau rasa malas tapi nak maintain solehah, sebelum goreng boleh je siram mihun dengan air panas. 

Selepas itu kita perlukan bawang putih, bawang merah, halia dan lada kering yang di kisar. Bahan perasa seperti gula, garam, serbuk pati ayam, sos cili, sos tomato, sos tiram dan kicap di lupa jangan. Sediakan sotong yang telah dipotong kecil dan juga sayuran ikut kesukaan seperti lobak merah dan taugeh

Bila semua bahan telah tersedia, panaskan kuali dan masukkan minyak secukupnyaMasukkan bahan kisar tadi dan masak hingga naik bau. Kemudian masukkan pula semua bahan perasa, sotong dan lobak merah. Masukkan mihun dan kacau rata. Akhir sekali baru masukkan taugeh. Kacau sebentar kemudian tutup apinya. Siap sudah mihun goreng sotong!

Hidangkan dengan telur atau sosej goreng. Kalau tak ada lauk Aiman memang tak hadap nak makan tahu.hehe..


* Nak p balut buku sekolah Aiman, esok dah nak sekolah baru terhegeh-hegeh..:)






17 comments:

  1. siang tadi sy wat nasi goreng sotong. hehe

    ReplyDelete
  2. mama... doakan saya dapat calon isteri yang pandai masak sedap2.. ekekeke... (",)

    ReplyDelete
  3. saya memang calon isteri solehah tapi sangat berharap calon suami suka membantu di dapur kalau tak tak rajin pun...

    ReplyDelete
  4. sambil goreng2 kena banyak berselawat, insyaAllah kesedapan hingga menjilat pinggan :)

    ReplyDelete
  5. Mesti Aiman makan bertambah2 kan...

    ReplyDelete
  6. tengok sotong. rase nak makan masak kicap sotong la esok :)

    ReplyDelete
  7. yg tak tahan tang sotong tu..hr tu tgk sotong bakar, hr ni tgk meehoon sotong...hu.hu.hu....

    ReplyDelete
  8. Kalo dh namanya air tangan isteri / mama, mesti sedap. Simple pun sedap punyalah!

    Tetiba nk nyampuk, @azura : betul tu. carik yg ringan tulang

    ReplyDelete
  9. tengok mihun grg sotong ni...perut terus lapar minta diisi...

    ReplyDelete
  10. Woww... sotong... feberet kita tu... jadi isteri-isteri yang memasak ni seronoknya part dorang berebut habiskan makanan yang dimasak. Ikutkan biasa-biasa je masakan tu. Hehehe

    ReplyDelete
  11. disebabkan bf suka makan meehoon...maka secara ak langsung sigadispun rajin belajo memasak...he he

    ReplyDelete
  12. bihun goreng... tu la resepi yg sy kne msk jika khabisan nasi utk mkn mlm..hihii

    ReplyDelete
  13. sgt sedappp ... sukeee sgt bihun...tmbh2 ado sotong .. ohh~

    ReplyDelete
  14. kalo chii x buh sotong..tp ayam..ehehe..

    ReplyDelete
  15. eee..feveret sotong apolo ni. terliur aku. ssrrrpppp...

    ReplyDelete

Komen tanpa nampak kejanggalan ok!