Sementara en suami ke solat jumaat, Aiman pula tengah asyik dengan game Dora. Aku sibuk menaip entri ni dengan agak kelam kabut lepas balik kerja. Dah lama aku tak buat mi kari. Oleh kerana aku dah janji dengan Cikgu hyz nak bagi resepi mi kari, aku cuba tunaikan. Dah siap nanti tak reti-reti nak pos? Nak rasa jugak air tangan cikgu.haha..
Dalam kelam kabut pun sempat membebel panjang. Aku jumpa resepi ni dekat majalah kot, lupa dah sebab asal jumpa resepi je aku salin kat kertas pastu bertahun aku simpan sampai tiba masa nak buat baru aku salin dalam buku resepi.keke..Harap maklum resepi aku semua tak ada sukatan. Belasah je sesedap rasa, aku tau chef hyz kan pakar!
Mi kari aku buat time puasa hari tu |
Resepi Mi Kari Kapitan
Bahan-bahan
- Serbuk kari
- Santan
- Air asam jawa
- Cili kering (dikisar)
- Sedikit kacang panjang
- Kek ikan
- Bebola ikan
- Isi ayam
- Isi kerang (aku tak letak)
- Fucuk (aku tak letak)
- Tauhu (digoreng dan dipotong kecil)
- Mee kuning (dicelur)
- Sayur sawi (dicelur)
- Taugeh (aku tak celur sebab suka mentah dan rapuh)
- Telur rebus
- Daun sup dan daun bawang (hiasan)
- Bawang goreng (hiasan)
- Limau nipis (untuk perahan kalau suka)
* Bahan kisar
- Cili merah
- Buah keras (Aku tak letak sebab tak berapa kenal buah keras.ahakz)
- Bawang merah
- Bawang putih
- Kunyit hidup
- Halia
* Bahan Hiris
- Bawang merah dan bawang putih
- Sedikit halia
- 1 batang bunga kantan
Cara-cara
- Bahagi bahan kisar kepada dua bahagian: i) untuk menumis dan ii) untuk diperap bersama isi ayam.
- Panaskan periuk dan tumis bahan hiris kecuali bunga kantan hingga naik bau.
- Kemudian masukkan bahan i), masukkan cili kering yang dikisar serta serbuk kari dan tumis hingga pecah minyak.
- Masukkan air asam jawa dan bunga kantan.
- Kacau sebentar dan masukkan bahan ii).
- Masukkan santan, kek ikan, bebola ikan, fucuk, kerang dan tauhu.
- Perasakan dengan garam, serbuk pati ayam maggi (kalau suka, boleh gak ganti ajinomoto) dan sedikit gula.
- Akhir sekali masukkan kacang panjang pastu tutup api.
- Hidangkan kuah dengan mee, taugeh, sawi, daun sup, daun bawang, telur rebus, limau nipis dan bawang goreng.
- Siap untuk dimakan!
* En suami dah balik pun tak siap taip lagi. Banyak plak bahan-bahannya.haha..Lewat sikit aku BW, mau istirehat.
Assalamualaikum,
ReplyDeletetaktau lagu mana buleh mai kat blog ni. i follow!
dap nyerrr...
ReplyDelete:)
bila nak buat lagi kak?heee ;p
ReplyDeleteyummy~
tp ira xbp suka sgt mee kari..hee
sedapnya kak.. nak jugak..
ReplyDeletetenkiuk tenkiuk tenkiuk... hehe
ReplyDeleteMee kari oh mee kari....
ReplyDeletemak hsna pnah tnjuk buah keras tuu..tp klau sruh cari kat kdai konfem x knal..haha..
ReplyDeletecari cik google je..haha..
mula jatuh cinta pd apa pun yg berkaitan dgn kari.. kecuali driver lori bawak rempah kari.
ReplyDeleteMee kari memang sodappppp.....
ReplyDeleteFuyooo!Mesti try ni.
ReplyDeletesedapnyer tgk.. huhu. nt jemput2 L g umah yerh.. huhu
ReplyDeleteTengok gambar dan baca resepi Puan Kutu pun dah terasa-rasa kelazatan kari tu.
ReplyDeleteEmmm...kalau letak buah keras, mesti sedap, sebab akan terasa kelemakannya.
Game dora?cam best jw. Kasi printscreen skit hihi
ReplyDeleteAku suke giler beb mkn mee kari..sodap!
ya ampunnn..kelaparan sih ! mi kari ni fevret wooo .. bila kutu nk jemput mai umah hidang mi kari ?
ReplyDeleteerm..kena perap2 ek ayamnye...
aummmm//sedapnyer...
ReplyDeleteada masa blh ngetest ni
SEDAPNYER..
ReplyDeleteresepi takde sukatan. pro la tu. huhu..
ReplyDeletehaih. teliur aku nengoknye. tsk tsk tsk.
Terliur pulak nengoknya.. kebetulan dah lama tak makan mee kari
ReplyDeleteAlahai sedapnya mee kari ni.. ~Salam perkenalan
ReplyDeletekami pun suka makan mi kari. dah lama tak buat ni. tgk puan kutu masak ni dah terliur dibuatnya!
ReplyDeletexleh jd ni.. nk kne try buat gak ni.. nmpk sedap sgt plak tu...
ReplyDeletewah mee kari kapitan
ReplyDeletesedaaaaappp... i luvv mee kari ;)
ReplyDelete