Masa sekolah dulu aku budak baik. Wah intro pun dah puji diri sendiri. Aku suka pergi sekolah sebab kat sana aku boleh jumpa kawan-kawan. Tujuan utama aku adalah sebab nak jumpa kawan, bukan sebab nak belajar. Serius aku jarang ponteng sekolah. Jarang ye bukan tak pernah langsung. Sesekali kalau aku tak reti nak buat kerja sekolah atau aku cuak dengan cikgu aku mesti ponteng. Aruah pak aku pun tak kisah, sebab tau aku jenis yang suka pergi sekolah, so sesekali kalau aku nak ponteng pak aku tak kata apa-apa. haha..
Seingat aku, cuma satu kisah kena denda yang masih segar dalam kepala otak aku. Sepanjang sekolah dari darjah satu sampai tingkatan lima aku tak pernah berdepan dengan masalah berat apatah lagi perlu berjumpa cikgu disiplin. Yang ada cuma sekali je masa sekolah rendah aku kena rotan dekat tangan, tu pun sebab aku fail subjek Alam Manusia. Dah kantoi aku tak berapa nak bijak dulu.kehkeh..
Inilah rupanya budak kelas Agama, tudung labuh-labuh tau.hehe.. |
Alkisah masa tu aku tingkatan dua kalau tak salah. Denda yang pernah berlaku dekat aku kira masalah kecik saja, kelihatan macam tidak disengajakan dan aku perlu buat pilihan. Tapi aku tak tak faham kenapa teganya cikgu tu nak denda aku jugak. Petang tu dah tak ingat hari apa ( 14 tahun yang lalu) ada aktiviti sukan. Awal-awal lagi cikgu dah warning kehadiran adalah wajib. Masalahnya aku ada tuisyen Matematik pada petang yang sama. Tuisyen ni tak ada kena mengena dengan sekolah, kira tuisyen luar.
Yang paling cun tu aku. Muka suci je. Eceh! |
Aku memang jenis kaki bangku time sekolah, sekarang pun sama. Apa je aktiviti sukan aku memang tak ada bakat. So aku memang malas nak pergi sekolah kalau ada sebarang aktiviti yang mengeluarkan peluh. Aku pilih pergi tuisyen Matematik. Esoknya aku kena panggil. Bukan aku sorang, ramai gak la budak lain, aku pun dah tak ingat rupa mereka. Cikgu mana yang bagi denda tu pun aku dah tak ingat rupa dia. Memang tak pernah ajar aku. Nampak tak aku tak suka berdendam?hoho..
Kejadian ni ja aku masih ingat. Cikgu yang sangat tega tadi tak terima langsung alasan aku pergi tuisyen matematik. Kata cikgu tu, aktiviti sekolah lagi penting. Tak ada alasan untuk aku tak datang. Ewah cikgu..aku sabar lagi, buat derk je..Pastu cikgu tu bagi pilihan nak berlari keliling padang ke nak malukan diri sendiri depan orang ramai? Sukanya cikgu siap bagi soalan cepumas. Aku kena buat pilihan. Dari aku gelapkan kulit aku (aku puteri lilin ok..) dan keluarkan peluh, dah tentu aku pilih memalukan diri aku ja. Gila apa nak lari pakai baju kurung. haha..
Tau tak apa denda yang memalukan diri sendiri tu? Tak ada malukan diri sangat pun, aku memang stail muka tembok apa.haha..Cikgu tu suruh junjung buku atas kepala pastu round dari satu kelas ke kelas yang lain. Bayangkan betapa saham aku jatuh time tu? Budak-budak lelaki punya galak dok boo..tapi disebabkan kami ramai aku tak ada la malu sangat, aku cover muka dengan buku atas kepala tadi. Baca entri ni je dah tau aku memang budak baik kan?hahaha.
Aku tertarik untuk join lepas baca kisah chii kena denda. Buat jejaka kacak, Pengalaman kena denda di sekolah betul-betul membuatkan aku teringatkan memori indah zaman sekolah. Even aku budak suci, aku tetap pernah kena denda. Yang penting aku kena denda secara kacak bukan?hoho..Sekian..
Pertandingan Pengalaman kena denda di Sekolah ini dianjurkan olehAhmadFaizal.com dan Earncent.com dan ditaja oleh Azmanisma, Ohbuku,Abrablog.com dan PanduanTNX.com
muni sama mcm chii..dtg skolah sebab dpt jumpa kawan2..sebab tu 2 thn berturut2..rekod kedatangan chii penuh..form 4 ngn 5 la..ehehe
ReplyDeletenasib baik ada buku utk cover..ahaks..
kita mmg zaman budak2 baik kan :p
Ok la tu junjung buku.... Sekelip mata je glemer satu sekolah.... Hheee....
ReplyDeletewaaaahhh.. muka ala2 baby face je semua tuu kann..hahahaa
ReplyDeletebest cerita Puan Murni ni...kena junjung buku ramai-ramai takpe boleh main sorok-sorok...kelakarlah cikgu tu buat denda junjung buku...macam tak study la pulak...
ReplyDeletemuka semua ala2 nerdy ajer hehehh
ReplyDeletebiler teringat zaman kolah2 dulu mmg bez kan.. huhu.. macm tak pcya jer dgn keadaan sekarang.. huhu
ReplyDeletejom baca kejap..=)
http://lolz-l.blogspot.com/2012/01/berkata-dengan-lemah-lembut.html
mana satu pn.kutu??
ReplyDeletehuhu.. rindu sgt zaman skolah.. dulu kna denda..dlm hati membara.. tp skarang dh jd knangan trindah...
lya pon dulu pnah kna denda..bila igt kelakar sgt2.. mcm2 hal...
aku tiap2 hari kene dende dengan rotan..mata pelajaran feveret,'kaunseling'..ekeke..
ReplyDeletepose cenggitu dah jadi macam gambo standard je kan? saya pon de gambo cenggitu... skemposs giler! Denda? tak payah cakap...selalu kena denda... malu? biasa lah... he3... tapi tu la yang akan jadi kenangan manis bile dah beranak cucu nanti kan?
ReplyDeletetime kene denda lah time yg sy rs xtau nak sorok muka dkt mana.. adehh....
ReplyDeletetp cikgu2 sy ni bila denda bkn setakat denda diri ats kerusi or diri dpn kelas tp saya ingat lagi, siap kene cubit... yg zaman sek rendah pulak kene tarik rambut... mentang2lah saya bertocang zaman dulu... hahhahha
selalunya pengalaman kn denda la yg seronok nk ingat, ms tu rasa pedih, skrg bila duk ingat rs kelakar la plak..
ReplyDeletehihiii... kelakar citer puankutu ni... kakyong asyik lupa ja nak buat n3 utk contest ni.. dah banyak baca dah n3 org lain..
ReplyDeleteOooo.. contest ke ni? Semoga berjaya.. :D
ReplyDeleteps: gigih memikr kenangan dulu2, tapi tak ingat langsung kenangan kena denda.. hihi.. tak ada kut..
Puteri lilin rupanya Puan Kutu ni...hehee
ReplyDeleteok. sudah update. yang mana satu puan kutu nih..yang paling kacak tu kerr??
ReplyDeleteok le tu kutu , xteruk sgt ... budak laki boo tu bese le kan .. nakal :p
ReplyDeletekutu dr dulu sampai skrg menten jek ye. xbyk perubahan... ;) emm,skolah agama mana tu ? nibong tebal ke? krian ke ? hanie pun skolah agam agak ... tdg labuh ... aww~
sib denda beramai2...hehehe
ReplyDelete