Pages

Saturday, January 14, 2012

Nama Panggilan


Ubat untuk kaki fb sebagai gambar hiasan.hakhak 


Nama panggilan tidak melambangkan umur seseorang. Di kampung, aku dipanggil toklang kalau mengikut pangkat. Aku dipanggil kak oleh staf tentera di tempat kerja. Bagi navy, makcik adalah nama panggilan bagi isteri mereka. Di pejabat, kebanyakan kita memanggil rakan sekerja dengan panggilan kak walaupun sebenarnya mereka layak dipanggil makcik (sebaya mak kita). Ini baru beberapa contoh sebenarnya banyak lagi. Aku bagi contoh nama panggilan yang sering disalah erti pula :


Berlaku kepada seorang Blogger


Copy paste : Masa pergi ke kedai depan rumah ni, tanyalah pada pakcik kedai tu..." ikan apa yang ada pakcik?". Pakcik tu balas, "cuma ada ikan cencaru aje hari ni kak." Pakcik ni memang panggil saya kakak walaupun tahu saya ni memang sebaya anak2 dia aje.  Hmmm... 

'Kak' tu bukan bererti pakcik kedai tu perasan muda lagi hensem macam Aron Aziz, bukanlah juga kerana 'kak' mempunyai personaliti seperti seorang wanita tua, tetapi itu cuma nama panggilan yang biasa digunakan (tanda hormat). Mungkin panggilan tersebut terdengar luar biasa pada telinga 'kak', tapi percayalah mak pak aku pun panggil aku kakak (aku anak perempuan sulung). Ada faham?hehe.. 


Berlaku diwarung mak mertua aku


MIL : Nak minum air apa abang?
Budak x : Saya ni masih sekolah lagi makcik.
MIL : Makcik tau..kalau lelaki semua makcik panggil abang..kalau perempuan makcik panggil kakak. Sebab makcik taktau nama..takkan makcik nak panggil hoi pulak..


Situasinya sama saja dengan blogger tadi. Bezanya budak x sangat berterus terang kerana merasakan dirinya muda tapi blogger tadi melepaskan keluhan dalam tulisan diblog. 


Selalu berlaku kepada setiap blogger


Shoutbox : hai akak yang cantik dan anggun, Puteri  Kenkang BW here..
Komen Puteri Kenkang : uii sedapnya kak, akak ni memang pandai masak, rajin, berkaliber, cemerlang, gemilang, terbilang, temberang.haha..


Puteri Kenkang bukanlah kenal korang. Baru pertama kali atau dua tiga kali berkunjung ke blog korang tapi panggil korang kak. Bila disiasat Puteri  Kenkang lebih tua dari korang. Aku selalu alami situasi macam ni. Aku tak kisah pun sebab aku tak perasan pun diri aku ni muda.haha.. 


Sentiasalah berhati-hati untuk menggunakan nama panggilan supaya orang tidak salah faham dan sentiasalah perasan diri korang muda walaupun dipanggil dengan panggilan nenek. Sekian!











18 comments:

  1. dulu aku baru sampai semenanjung smbg study, kiri kanan orang panggil kak. esp kak pasar malam. then aku buat muka kenpa-dia-panggil-aku-kak.

    rupanya panggilan tu adalah tanda hormat kalau tak tau nama.

    tp kat tmpt aku org bole bezakan kalau tgk muka. aku selalau di panggil adik atau nak.

    ReplyDelete
  2. Ibu Yusuf tak kisah dipanggil kakak, walaupun org tu lg tua.. tp sedaya upaya tidak memanggil nama kepada org yg lebih tua.. kecuali dialam maya sbb tak tau umur.. :D

    ReplyDelete
  3. ehehehe.. best la huraian akak ni... yaa, saya tetap panggil Puan Kutu dengan gelaran akak.. sedap je dengar dan rasa hormat... ehehe..

    kalau blogger wanita yang single, saya akan panggil cik adik... ekekeke

    p/s: oh ye, mungkin saya lupa atau mmg tak tau, napa nick name akak ni Puan Kutu ye?? Kutu tu ada kena mengena dgn live akak ye.. hiihi.. gurau

    ReplyDelete
  4. hehe.. tktla plak lady nak panggil akak.. huhu.. boleh x ni ek? lady rs lady muda lagi kot..
    xde anak lagi.. x kawin lagi.. kire mude la ek ;) hihihihi..

    ReplyDelete
  5. hai puan kutu..boleh saya panggil awak kak kutu...hihihi

    saya pun tak kisah la org nk panggil kak pun..mmg ape yg puan kutu ckp tu betul belaka..saya pun alami jgk situasi gitu..

    kt blog saya lebih suka bahasakan diri saya kak fieda sbb saya tau ramai blogger2 yg muda..puan kutu ni sebaya ina kan..

    ReplyDelete
  6. akak? adik? abang? err... tgk situasi. selalu kt opis panggil akak. tapi sebenarnya, lebih tua dari emak kita. so, biasa kena panggil kakak, tapi, kalo mak kita kenal dia, otomatik jadi makcik. tak sedap pulak nak panggil kakak.

    ReplyDelete
  7. kita pun tak kisah...hihihi tapikan di alam maya nie...depa tak tahu umur kita...betul tak...

    ReplyDelete
  8. hehe kalau bee tk kisah sangat pun nak panggil apa terang2 dia tk kenal kita dan tk tahu nak panggil apa , kak tu tanda hormat , tapi kalau dia panggil makcik ..perli lah tu hahaha

    ReplyDelete
  9. saya pun pening jugak pasal nama panggilan nih selalu panggil kak atau abg je. kalau tua sikit terus pakcik ke makcik. huhu.. selalu org panggil saya adik je.

    ReplyDelete
  10. aahahah setuju kak..;p

    ira kan kalo tgk owner blog tu dah kahwin, ada anak mksudnya lg tua dr ira la tu..so pggil kak..tp kdg2 ada y sebaya agaknya..muahahaha..xdpt dikenal pasti..;p

    tp ada je blogger bwh ira still pggil ira, ira..xpggil kak ira..ira no hal..i muda lagi u..heee ;p

    ReplyDelete
  11. Lama xdgr pkataan kenkang.Hahaha.Sbbtu ms mnulis sy gunakan 'aku',tp bila mjwb komen sy gunakan 'saya'..Mana yg sy tau lg tua dr sy,sy pggil kak,mna yg agak2baya sy,sy pggil nama blog je.

    ReplyDelete
  12. salam puan kutu...mmg kat dlm dunia blogger ni xtau nk panggil apa..Kdg2 trpanggil blogger yg sebaya dgn panggilan akak & yg muda dipanggil dgn panggilan 'akak' juga TP bila dh tau...minta maaf & panggil nama jer:D

    ReplyDelete
  13. berlaku pd chii..sorang wanita beranak 2 dtg ke gerai nasi lemak pagi2..dia dok panggil chii akak..tp dlm ati chii dok pk " ishk..ko da ada ank..panggil aku akak plak " bila di siasat..rupa2nya sebaya..ahaha...:p

    ReplyDelete
  14. atuk/nenek/pakcik/makcik n semua ahli family panggil akak dgn gelaran kakak....

    akak panggil anak2 murid lelaki ,abang n pompuan kakak......

    ReplyDelete
  15. sy xkisah org paggil kak cuma rasa pelik bila umo lbh kurg panggil kak.. hihii.. lbh selesa pggil nama.. :-)

    tp bila org yang tua dr saya.. saya kene tanya, blh panggil kak or tak or panggil nama je.. sbb takut cam sy xhormat pulak panggil nama je... heheh..

    ada yg suh pnggil kak & ada gak suh pggil nama je... :-)

    ReplyDelete
  16. yer .. setuju3x semua tu ... tp masih sensitif kalo org panggil mkcik padahal umur hampir sebaya .. huhu

    ReplyDelete

Komen tanpa nampak kejanggalan ok!