Pages

Saturday, January 07, 2012

Kelebihan Sujud Dalam Solat



Dari segi psikologi, sujud membuatkan kita merasa rendah diri di hadapan Yang Maha pencipta serta mengikis sifat sombong, riak, takbur dan sebagainya. Manakala dari sudut perubatan, kesan sujud yang lama akan menambahkan kekuatan aliran darah ke otak yang boleh mengelakkan pening kepala dan migrain, menyegarkan otak serta menajamkan akal fikiran dan menguatkan mentaliti seseorang. 


Pakar sains mengatakan sujud ketika solat adalah waktu manusia paling menggalakkan sistem pernafasan dan mengembalikan kedudukan organ ke tempat asalnya. Percaya atau tidak, berikut adalah hikmah yang diperoleh daripada perbuatan sujud ketika solat.


1. Membetulkan kedudukan buah pinggang yang terkeluar sedikit daripada tempat asalnya.

2. Membetulkan pundi peranakan yang jatuh.

3. Melegakan sakit hernia.

4. Mengurangkan sakit senggugut ketika haid.

5. Melegakan paru-paru daripada ketegangan.


6. Mengurangkan kesakitan bagi pesakit apendiks atau limpa. Kedudukan sujud adalah paling baik untuk berehat dan mengimbangkan lingkungan bahagian belakang tubuh.

7. Meringankan bahagian pelvis.

8. Memberi dorongan supaya mudah tidur.

9. Menggerakkan otot bahu, dada,leher, perut serta punggung ketika akan sujud dan bangun daripada sujud. Pergerakan otot ini akan menjadikan ototnya lebih kuat dan elastik,secara semula jadi dan ia juga akan memastikan kelancaran perjalanan darah.

10. Bagi wanita, pergerakan otot itu menjadikan buah dadanya lebih baik,mudah berfungsi untuk menyusukan bayi dan terhindar daripada sakit buah dada.

11. Sujud juga mampu mengurangkan kegemukan.

12. Pergerakan bahagian otot sewaktu sujud juga boleh memudahkan wanita bersalin. Organ peranakan mudah kembali ke tempat asal serta terhindar daripada sakit gelombang perut (Convulsions).

13. Organ terpenting iaitu otak kita juga akan menerima banyak bekalan darah dan oksigen.

14. Mengelakkan pendarahan otak jika tiba-tiba menerima pengepaman darah ke otak secara kuat dan mengejut serta terhindar penyakit salur darah dan sebagainya.

Wallahu a’lam. 


















12 comments:

  1. sy pun pnh baca pasal sujud ni sblm ni tp xingat dkt mana..

    mmg betoi... sujud ni sgt banyak kebaikan... info ni mmg bagus.. :-)

    ReplyDelete
  2. betapa besarnya kehebatan solat.

    ReplyDelete
  3. pernah tercaca sebelum ini.... tq kongsi!

    ReplyDelete
  4. Saya ada tulis pasal kelebihan solat...Ada seorang doktor pakar otak kristian masuk Islam hihihihi

    ReplyDelete
  5. ya, byk kelebihannya..& org kata sujud terakhir lam solat tu sujud lama sket,kan..masa tu panjatkan doa lam hati..~ ^^

    ReplyDelete
  6. http://wanwidget.com
    banyak betul yer kebaikkan dia

    ReplyDelete
  7. so, pasti jgn solat laju2 ye kawan2...

    ReplyDelete
  8. memang setiap apa yang allah perintahkan ader kelebihan n kebaikan y kite sendiri tak tahu.. n pernah bace gak pasal ni.. :))

    ReplyDelete
  9. Sujud mempunyai banyak kelebihaan, sgt elok diamalkan pada bila2 masa.

    ReplyDelete
  10. setiap apa yg Allah perintahkan pd umatnya punya kelebihan yg xdijangka akal manusia......

    ReplyDelete
  11. banyak kan kelebihannya kak..

    pss : anak dara ni mmg terajin sikit sekarang ni..ahha..;p..nt dah xrajin..xda la masuk dapur dah kak..kekee..;p..hah..akak nak tempah ke?;p

    ReplyDelete

Komen tanpa nampak kejanggalan ok!