Pages

Friday, December 16, 2011

Tips Memilih Kasut Yang Sesuai

Sempoinya kasut nie!haha..


Kaki merupakan anggota yang paling banyak terbeban kerana ia terpaksa menanggung hampir keseluruhan berat badan seseorang. Jangan hanya nak cantik je! Keselesaan dan kesihatan kaki perlu dititik beratkan. Kaki yang tidak dijaga dengan baik akan menyebabkan kesakitan pada seluruh badan seperti leher, lutut, belakang badan serta tumit.


Kebanyakan orang tidak tahu memilih kasut yang sesuai dengan kaki sendiri. Ini aku tak nafikan. Dulu aku selalu beli kasut yang hanya cantik dipandangan mata. Masa try kat kedai kasut macam best je, tapi bila bawak balik rumah, langsung tak selesa. Bukankah dah membazir? Mujur kebanyakan koleksi kasut aku harganya cuma sepuluh ringgit.kehkeh. Akhirnya kasut yang sama jugak aku pakai kesana-sini. Sekarang lagi teruk, pakai selipar je senang.haha..


Tahu tak bagaimana caranya memilih kasut yang sesuai dengan kaki korang? Ini tips yang aku jumpa :

  • Beli kasut pada lewat petang kerana kaki kita berada pada saiz sebenar pada waktu itu.
  • Cuba kedua-dua belah kasut dan pastikan korang selesa memakainya. Kaki kanan biasanya lebih besar dari kaki kiri. Belilah kasut yang besar sedikit daripada saiz kaki.
  • Jika ingin beli kasut tertutup, pastikan jari kaki korang dapat digerakkan di dalam kasut.
  • Jari kaki harus selesa ketika korang menyarungkan kasut. Jangan biarkan ia tersepit atau mudah tercabut.

Macam susah jer nak beli kasut pun kena tunggu lewat petang.haha. Belasah jer la bila pun, yang penting selesa dan tak menyakitkan kaki dan hati!





14 comments:

  1. kak,tahu tak pasalnya shoutmix nanti kene mula bayar start berapa haribulan enth..sye pun tak ingat.
    tapi cuba akk bce IMPORTANT NOTICE ATAS SHOUTMIX tu :D

    ReplyDelete
  2. tak suke pakai kasut.. lebih selesa pakai slipar jamban. hahaha.. kalo kemana2 pun lantai la org lain semart2, sy tetap ngn slipar saya. hahaha

    ReplyDelete
  3. waaaaaa baru tahu time petang kaki ebrada disaiz yangs epatutnya.. ehhhh eee tapimemang pun mase testing ok je.. da beli t mule la tak muat la.. besar la.. alst2 tersadai dalam almari ejrk.. emmbazir pulus betul.. uhuh!! :))

    ReplyDelete
  4. http://wanwidget.com/
    perempuan pakai kasut tumit tinggi x sakit kah, saya tgk pon mcm penat jer pakai kasut mcm tu

    ReplyDelete
  5. Koleksi kasut berharga RM10... wakakakaka... kelakar la akak ni.. suka wat saya tersenyum bila membaca entri2 d sini...

    iya saya setuju, jgn sebab nak cantik, suka memudaratkan diri sendiri... saya pernah terbaca mana ntah, kasut yang tinggu boleh menyebabkan tulang pinggul lari dari kedudukan naik ke atas.. payah utk mereka mengandungkan anak2 nanti..

    ReplyDelete
  6. aah rmai ckp kena beli kasut bila petang..kalo keluar pagi?hahaa ;p

    thankss kak..high heel blh pkai tnpa kurang dr 3 jam..

    :D

    ReplyDelete
  7. pakai selipar jepun jer..hehe...bunyi pun sedapp..wee..

    ReplyDelete
  8. pakai selipar jepun jer..bnyi pun sedap..weeee...hhehe.. :-)

    ReplyDelete
  9. psss : ohh akk dok utara la skang..dlu msti blaja kat UTM ek?hee..ke uitm?

    ReplyDelete
  10. suka kasut flat je.. hehhe.. xpandai nk pakai heeels.. hehehe

    ReplyDelete
  11. sejak berenti jadi budak pejabat dah tak geti langsung pakai kasut, selipar capal menjadi pilihan utama..tapi kalau pakai baju kurung kenalah sauk sandal walaupun bukan spenuh hati..

    ReplyDelete
  12. sy lg teruk zaman2 ank dara dulu... walaupun kasut tu ketat sikit tapi sebab dh berkenan sgt n xda saiz kita plak.. sy tibai jugak beli... hahhahah

    skrg ni dah ada anak.. kasut pun dah xda nak tumuit tinggi 3 4 inci tp yg flat je... hihii... nak lg senang, sy pakai selipar je... hahhaha

    ReplyDelete
  13. semalam baru beli satu kasut lagi..beli time petang...eheh..saje nak melaporkan :p

    ReplyDelete
  14. kakyong suka pakai sandal @ skrg ni selipar jer..

    mas akerja dulu, suka kasut yg separuh bertutup.. tutup depan la.. jd tak dah lah masalah belakang kaki melecet dsb..

    ReplyDelete

Komen tanpa nampak kejanggalan ok!