Pages

Saturday, December 24, 2011

Manja dan Tidak Berdikari.



Petang-petang macam ni aku di opis bertintong layan Radio Sinar dengan perut yang membuncit dan mata yang disendal batang mancis. Aku sekarang cuba menekan keyboard untuk menaip kisah gabra yang berlaku sebentar tadi.hehe intro! 


Jam sudah menunjukkan pukul 12.30 semasa telefon bimbit cabukku berbunyi. Rupanya panggilan dari pejabat, opismate aku telefon bagitau balai pengawal depan ditutup kerana kerja pembinaan. So kalau nak pergi kerja aku kena masuk melalui gate belakang. Aku tak tau jalan nak ke gate belakang. Aku tak pernah drive sorang diri masuk bandar. Aku tak pernah tempuh banyak traffic light walaupun dah lama dapat lesen. Terus gabra! Tolong!!hahaha..


Tiga kali aku mendail telefon en suami tapi tiada jawapan. Aku agak en suami atas moto sebab tu tak dengar bunyi handphone. Sebenarnya cubaan mendail adalah kerja sia-sia sebab aku tau en suami dalam perjalanan ke Alor Setar, takkan beliau nak patah  balik semata-mata nak hantar aku pergi kerja. Lagipun dalam masa setengah jam mana sempat. Memang kerja gila tapi tu saja langkah pertama yang dapat aku fikirkan.  


Menyedari aku dah buat kerja bodoh, aku arahkan Aiman masuk kereta secepat mungkin. Oh ye hari minggu memang aku angkut anak pergi opis. Dalam gabra aku nak tarik seatbelt pun tak boleh, hangin sekejap disitu! ahakz..Aiman slumber disebelah dengan patung Shin Channya, nak pergi mana pun bawak, dah macam adik dia ja. Pakai tali pinggang pun bawak adik dia masuk sekali.


Dalam kepala aku cuma dapat fikir aku perlu juga memandu masuk bandar. Aiyok sudahlah kes cuak di tahan pak polisi kira pertama kali drive paling jauh, kali ini aku bakal cipta rekod baru. Jom gelak guling-guling! Masa berhenti kat traffic light, aku dail telefon opis dan minta direction. Aku main pusing je stereng ikut gerak hati. Akhirnya doa aku dimakbulkan, berjaya jugak aku sampai opis dengan mudah dan selamat.  


Kalau nak ke tempat kerja ikut gate depan cuma 5 minit, gate belakang dekat setengah jam jugak. Walaupun ini cuma contoh simple, tapi dalam keadaan terdesak, kita akan jadi lebih berani, kita akan buat apa saja yang selama ini kita tak mampu buat. Bila kita sentiasa dimanjakan, kita akan jadi manja tak bertempat, tidak berdikari dan berlemak 4kilometer (pinjam ayat Aiman). Sila tukar kita kepada ganti nama aku.kehkeh Sekian!







                                                




8 comments:

  1. Haaa.. kan akak dah pesan. Kite ni jgn manja2 sgt dan kena pandai berdikari. Apapaun PK dah buktikan, PK boleh!!

    ReplyDelete
  2. ahhaha ;p..akk boleh!

    akk, ira pon mcm akk skarang ni..ada lesen xberani bw..;(..skang ni xterdesak so xdrive lagi..

    tunggulah ira posting nt..wuuu :(

    takuttt!

    ReplyDelete
  3. aiman suke shinchan samelah mcm saye.hehehehe

    ReplyDelete
  4. hahahaha..ingatkan 'berani' akak ni :P same jugak elabah macam wanie eh..keke..akak keje kt area manekah?jalan kat SP ok lagi kot <-- tapi kalau wnaie pun tak berani nak drive..haha

    ReplyDelete
  5. okay lah tu.. berani.. berdikari dah..

    ReplyDelete
  6. kita lagilah...tak pandai bawak kereta hihihi

    ReplyDelete
  7. hehe..mmg slalu cmtu..dlm keadaan terdesak..perkra yg x berani..kita akn jd berani.. :p

    ReplyDelete
  8. betoi tu hidup berdikari.. xyah manj2 sgt.. tp cam sy ni.. xleh kuar umah sorg2.. hubby lak yg x bagi.. dia risau sbb sp ni bkn tmpat saya... adehhh....

    tp xpala.. tu tandanya dia tlbh sayang... hahhahahhah

    ReplyDelete

Komen tanpa nampak kejanggalan ok!