Pages

Tuesday, December 13, 2011

Diari Selera Orang Sakit

inner ibu pun jadi props.haha..

Wah ada ke orang buat diari tentang selera orang sakit?hiks. Tak paksa pun suruh baca, saja nak membebel. Ini catatan selepas ambil ubat Aiman buat kali kedua. Ternyata Aiman telah berjaya mengkopakkan wallet aku.kihkih. Sudah setahun lebih rasanya aku tak tengok Aiman demam. Itu sebabnya badan Aiman tak pernah surut, dia memang jarang sakit. Selera makannya pun mak ai mengalahkan ibu.haha..Masa ambil ubat di Lumut hari tu pun kata Aiman, " doktor kata kena kurus sikit.."


Day 1 


Aku balik kerja pukul1 Aiman masih tak menjamah sebarang makanan. Dia hanya berbaring depan tv tanpa kipas. Badan masih dedar. Sliding door dibuka luas oleh abahnya dengan membiarkan angin luar meniup sepoi-sepoi bahasa (kemain bahasa). Bila ditanya nak makan ke tak, Aiman kata tak nak. Tapi takkan aku nak sumbat ubat dengan membiarkan perut Aiman kosong plak kan. 


So aku goda Aiman dengan telur goreng peberetnya walaupun sebenarnya aku dah masak ikan pagi-pagi sebelum pergi kerja. Ternyata taktik ini tak berjaya. Suapan dari aku cuma sekali masuk ke mulut. Aku tanya "Aiman nak makan bubur?". "Aiman memang suka kubur, ibu p la masak", jawab Aiman. haha dari dulu dia memang panggil bubur tu kubur.kahkah..


Dia makan dalam 4-5 sudu terus menggeleng taknak. Sia-sia aku bertungkus lumus masak. Last-last masuk perut aku jugak.hoho..Masa Aiman banyak dihabiskan dengan tidur. Badan dah tak panas. Malamnya sebelum makan ubat Aiman makan roti gardenia yang 60sen tu setengah je. Kalau tak sakit dia boleh habiskan 3 bijik.haha. Dia cuma minum air masak, memang tak ada selera makan langsung. Malamnya tidur awal.


Day 2 


Hari ni Ahad aku kerja petang. Abah Aiman kerja, so aku bawak Aiman ke opis. Aku masakkan nasik goreng untuk Aiman dan dia cuma makan beberapa suap saja. Selebihnya aku tapau bawak bekal pergi kerja. Sampai opis Aiman tengok TV sekejap pastu terus lalok dibuai mimpi indah akibat dos ubat.haha..


Bangun tidur Aiman kata lapar. Tapi dia tak makan pun. Habis diratahnya sosej dalam nasi goreng tu. Balik kerja singgah kedai dia mintak belikan twiggies coklat. Makan kek twiggies tu satu pun tak habis. Aku buat sandwich pun dia tak makan. Malamnya tidur awal lagi kerana penangan ubat.


Day 3


Semalam aku off. Aiman cuma makan beberapa suap nasi. Abahnya mengajak ke Muzium Pedang di Gurun atau balik Alor Setar tapi last minit cancel pasal en suami kena kerja. Aiman sudah cergas sikit bermain dengan adik. Yang diminta cuma air masak. Masih tak ada selera makan. Petang dia makan sebiji kek apollo pandan, lepas tu makan ubat.


Malamnya beria betul suruh aku masakkan koteaw goreng. Elok dah siap buat dia kata nantilah Aiman makan. Menggeleng aku tengok budak chubby tu. Tadi macam lapar benar. Akhirnya dia tertidur atas sofa. Koteaw goreng langsung tak di usik. Masuk tong sampah jawabnya pasal aku dah mentekedarah laksa dan pisang goreng. 


Today 


Kesihatan Aiman sudah berada pada tahap baik. Dia cuma masih selsema dan batuk-batuk kecil. Sejak tiga hari lepas Aiman hilang selera makan. Pagi ini habis sebungkus nasik lemak dan telur dia makan. Selera makan masih tak macam selalu sebab sampai sekarang dia masih belum minta apa-apa makanan dari aku. 


Mintak-mintak lepas ni janganlah graf selera tu naik berganda. Risau aku tengok badannya.ahakz...













20 comments:

  1. Mak..aiman nak kubur masak sup! Adeh..!

    ReplyDelete
  2. Kasihnya ibu pada Anak...sanggup melakukan apa saja...
    Aiman dh sihat kan..?

    ReplyDelete
  3. uiii aiman, tiga bungkus roti boleh sekali ngap.... hihi,...comelnya dia... lepas sehat ni konfem balas dendam ni mintak ganti balik makanan yang dia tak sempat nak makan tu ar.. cepat sehat sayang

    ReplyDelete
  4. comel giler weh anak ko!!dah mcm adik aku time kecik2 dulu..kalau aku jumpe real, seyes aku peluk2 kuat2 hahaha!

    tu la bila sakit mmg x sure nak mkn pe kan. kesian aiman

    dah pas sembuh ni abis la ko beb..smua mende dia nak nanti hihi..aku pun join ko risau

    ReplyDelete
  5. mula2 masuk blog ni td terkejut tgk aiman... dia pakai inner ek... hahahh comel je..

    alahaiii siannya aiman, xda selera mkn.. kalu lps2 ni dia dah kurg mkn mcm selalu blhlah dia kuruskan badan dia tu.. hihii

    bubur aiman pggil kubur ek.. hihiii lawak la aiman ni... emmm tp kubur pulak dia paggil apa yer..

    ReplyDelete
  6. aiman tak selera nak makan. mak dia pulak menambahkan berat badan. hehehehe..

    alhamudulillah lah aiman beransur pulih.

    aku kalau sakit nak kfc je. tak banyak.

    muka aku mmg bulat pun. pandai kanzen tu kan. hahahahha

    ReplyDelete
  7. choop! kat gurun ada muzium ke? serius tak tau walaupun kampung kat gaur jek..huhuhu

    ReplyDelete
  8. kesian aiman...kalau sakit badan susut la...

    ReplyDelete
  9. sedap betul bdnnye kutu ... pandai bg ank makan... :p moga2 cepat kebah demam yer aiman !

    ReplyDelete
  10. alhamdulillah.. aiman dah beransur sihat..

    ReplyDelete
  11. badan aiman semangat, sama la macam anak buah sy kak, umur baru 2 tahun tp xde sape yg larat dh nak dukung. risau jugak

    ReplyDelete
  12. huh, nak sihat dh tue..

    pn. kutu caring betul dgn aiman..
    bertuah btol aiman yea..

    ReplyDelete
  13. Alhmdulillah dah beransur baik...Risau sangat kalau anak demam dan tak de selera makan....

    ReplyDelete
  14. pn kutu... sy ada permintaan ni.. nak jd anak angkat puan kutu leh? kang saya demam, pn kutu jagalah saya.. sy x minta mcm aiman taw.. sy minta fast food je... x nak susahkan pn kutu masak susah2... sy x mcm aiman, minta x mkn, sy akan abeskan sume... boleh la ek? haha

    ReplyDelete
  15. alahai cian aiman takde selera makan..


    aiman suka kubur ya hihi..kubur tedapp takkk?

    ReplyDelete
  16. Aiman dah sihat ke. Tentu dah susut badankan. Tak pe mak aiman rajin masak. Nanti boleh cover balik. Selalunya lepas sakit, selera datang mendadak. Tapi tak pe, aiman tetap comel.

    ReplyDelete
  17. hikhik ingatkan kutu salah taip kubur tu ..adoiyai..

    ReplyDelete
  18. alahai..ciannya dia demam...mcm2 gak makanan dia minta eh..last2 ke perut ibu nya gak..ekeke..

    apa pun..semoga aiman lekas sembuh ya..pastu bleh la main ngan adik lagi :)

    ReplyDelete
  19. Jika anda telah disahkan mempunyai fibroid,cyst dan dinasihatkan membuat pembedahan..makanlah SALAMON selama 1-2 minggu. Selepas itu buatlah pemeriksaan semula di klinik.

    ReplyDelete

Komen tanpa nampak kejanggalan ok!