Pages

Thursday, December 08, 2011

DHA dan Kebaikkannya

Ikan tuna mengandungi sumber DHA yang tinggi.

60% otak manusia terbentuk daripada lemak dan kebanyakan lemak ini adalah DocosaHexaenoicAcid (DHA). Ini bermakna DHA sangat penting untuk pertumbuhan otak. DHA adalah asid lemak Omega 3 dan tergolong dalam kumpulan essential fatty acid. Tubuh manusia hanya mengeluarkan sedikit DHA, dan selebihnya perlu diambil daripada diet harian.

Sumber utama DHA ialah daripada ikan laut dalam seperti salmon dan ikan kod selain daripada telur dan daging. Minyak sayur-sayuran seperti minyak zaitun dan jagung juga kaya dengan asid lemak Omega 3.

Bayi lazimnya mendapat DHA dari susu ibunya. Bayi yang mengambil terlalu sedikit DHA dalam diet harian boleh menyebabkan tumbesaran otaknya terganggu dan mengurangkan katajaman penglihatan. 

Kebanyakan daripada kita tahu DHA sangat penting untuk otak, tapi sebenarnya ada banyak lagi kebaikan DHA. Jom kita tengok :

Kebaikan DHA
  • Untuk pertumbuhan otak yang cergas.
  • Untuk penglihatan yang baik.
  • Untuk pertumbuhan saraf.
  • Mengurangkan risiko tekanan perasaan.
  • Mengurangkan risiko penyakit jantung dan salur darah tersumbat.
  • Mengurangkan risiko tekanan darah tinggi.
  • Mengurangkan triglycerides (lemak).
  • Mengurangkan kemungkinan serangan Alzheimer.


            

                                    

12 comments:

  1. ms pregnant sy ada ambil juga minyak ikan (DHA) tp yg khusus utk ibu mengandung lah..

    ReplyDelete
  2. nak kena amik ni,sy ada masalah mata yang kronik..hehhee

    hi sis^^

    ReplyDelete
  3. ikan salmon mahal. ikan kod mana nak cari kat pasar borong ek?

    ReplyDelete
  4. dlm susu selalu ade mentioned pasal DHA kan... ;)

    ReplyDelete
  5. hurm..yg chii slalu dgr..DHA ada kat ikan kod...scott imulsion ngn telur omega..tp dedua ni chii x makan..lgi2 scott..bau nya x tahan

    ReplyDelete
  6. http://wanwidget.com/
    kita org melayu ni susah nak dapat ikan salmon

    ReplyDelete
  7. wow akak dah jadi pakar pemakanan!!! ni yang jeles neh...huhuhu...

    ReplyDelete
  8. akak mmng makan spplment yang mngdungi omega 3 ni....

    ReplyDelete
  9. ooo, macam tu rupanya ya.. thanx for sharing....

    ReplyDelete
  10. sebab tu produk susu diorg promote pasal DHA ni kan..banyak kebaikan..

    ReplyDelete
  11. br tahu yg dha ni utk lain2.. slama ni cuma tahu utk otak je..hihii

    ReplyDelete
  12. wahh byk lagi ea kebaikannya?

    thank u kak!

    ReplyDelete

Komen tanpa nampak kejanggalan ok!