Pagi ini abah dan mama datang melihat keadaan Lisa. Lisa masih tidur di bilik. Mama seperti selalu langsung tidak bermanis muka. Lisa tak senang abah balik kerananya. Sudah diberitahu pada Maktok, tapi Maktok tetap menelefon abah. Sebenarnya Lisa mahu abah datang, tapi kerana mama Lisa jadi tawar hati. Wajah muncung mama selalu buat Lisa terasa. Kata-kata mama selalu pedih. Bagai langit dengan bumi kalau nak dibandingkan mama dengan aruah ibu.
“ Adik pening lagi? Badan adik panas lagi nie.. dah makan ubat?” abah terkejut melihat keadaan anak bongsunya. Lisa bangun bila abah dan mama masuk kedalam bilik.
“Adik ok. Belum kan baru bangun ni..” Lisa mencium tangan abah.
“Mama sihat?” Tangan mamanya pula dicium. Sepatutnya soalan itu ditanya oleh mama. Ini terbalik pula.
“Ok ja..ha mama p mandi dulu…” Mama menunjukkan riak tak suka kemudian berlalu.
Lisa tahu mama tak pernah sukakakan dia. Tak pernah sayangkan Lisa. Lisa sudah biasa dengan sikap mama. Dia malas ambil pusing. Lebih baik bersembang dengan abah. Lama sudah tidak ditatapnya wajah abah. Rindu ada juga.
“Anak abah ok tak ni?” Tangan abah merasa dahi Lisa.
“Adik ok…demam sikit ja. Awai abah sampai? "
"Saja bertolak awai, lepas tutup kedai terus mai sini.."
"Abah dah lama tak balik sini. Kesian kat Maktok. Bukan ada anak lain. Abah sorang je..”
“Maktok kata semalam adik nak jalan pun tak larat. Kepala pening la..Abah mai ni nak tengok adikla..tengok maktok sekali”
“Kalau Maktok tak call, abah mesti tak mai pun..” bidas Lisa.
“Adik..abah sibuk, berniaga ni bukan macam makan gaji. Adik kena faham..Kalau tak bukak restoren tak ada la rezeki. Abah cari rezeki untuk adik jugak. Untuk Angah..untuk Maktok. Bukan untuk abah..Sehari tutup abah takdak duit la..”
“Jadi abah mempertikaikan masa yang abah buang untuk balik kesini?” Lisa membidas.
“Bukan macam tu..kalau abah selalu je cuti, nanti pelanggan bising. Lama-lama kalau abah asyik cuti je mesti pelanggan lari. Depa fed up la bila mai asyik tutup ja..”
“Bukan sebab mama? Adik bukan nak suruh abah cuti panjang. Selalu la mai tengok Maktok. Bukan jauh pun. Maktok tu dah tua abah, selagi ada orang tua, kita kena hargainya. Kalau tak ada nanti menyesal pun tak guna. Jadi macam adik. Ibu pun tak ada. Ada abah pun asyik sibuk je..” Lisa semakin berani menyuarakan isi hatinya yang selama ini dipendam.
Abah hanya mendengar. En Othman duduk di kerusi manakala Lisa duduk dikatil. Lisa memandang tepat muka abah. Pandangan abah tidak fokus pada Lisa, abah memandang keluar tingkap. Lisa pandang jam, sudah 6.30 pagi.
“Abah dah banyak berubah sejak ibu takdak..” Lisa menyambung lagi.
“Abah tau adik sayang ibu. Abah pun..Tapi kita tak boleh nak mengulang waktu. Ibu dah lama tak ada. Adik kena terima mama sebagai pengganti ibu. Tapi abah tengok adik tak pernah berbaik dengan mama. Jangan ingat abah tak tau. Apa pun mama tetap isteri abah. Lisa kena hormat mama..”
“Bukan adik abah..Abah p tanya isteri abah tu..Apa yang adik buat salah kat mama? Selama ni pernah ka adik meninggi suara kat mama? Adik tak pernah rasa mama tu seperti ibu. Kalau tak ada Maktok entah macam mana nasib adik..Aril meninggal pun abah tak balik..”Lisa bersuara latar dan sudah mula sayu. Entah apa mama burukkan Lisa pada abah.
Abah diam saja. Terasa dengan kata-kata Lisa barangkali. Memang diakui semua ini salahnya. Abah terlalu memberi muka pada mama. Selalu menurut kata mama. Sejak ibu meninggal, abah dan Lisa semakin menjarak. Tambah mengeruhkan keadaan bila abah berkahwin dengan mama. Lisa sudah seperti tidak berapa diendahkan. Hanya material yang abah beri. Lisa tak perlu itu semua.
“Masa tu abah kursus dekat PD..”abah tidak mahu menambah api yang sedang membara. Abah tenang mendengar bebelan anak perempuan tunggalnya.
“Ok Lisa mintak maaf. Kalau abah tak endah kat adik takpa..tapi abah tak kesian ke dekat Maktok?” Lisa semakin galak berceramah.
“Abah tau anak abah baik, sama macam ibu. Dah..jom p mandi, solat dulu. Abah pun nak p solat dulu. satgi kita sambung..”
“Abah dah mula la nak tukaq topik..”
“Adik kalau berletiaq..memang ada ciri-ciri usahawan yang berjaya..abah mati esok-esok adik kena jaga restoren kita” Abah menyengih, tidak mahu Lisa terus berleter.
“Abah memang..adik cakap sikit, abah lagu tu la..Jangan mati dulu abah..abah muda lagi. Kalau dak takkan mama dulu tergila-gila..” ada nada perli dalam gurauan Lisa.
“Dah mula la tu..hehe” kata abah..
“Satgi adik p dapuq..abah p solat dulu naa..”
Mia Mukhisa membersihkan diri kemudian solat. Dia menghadap cermin solek, mengambil sikat dan menyisir rambut. Baru dua hari demam Lisa sudah perasan perubahan dirinya. Wajah Lisa sedikit cengkung. Matanya masih membengkak kerana terlalu banyak menangis. Terlalu banyak menghabiskan masa dikamar beradu juga. Lisa mengikat kemas rambutnya dengan ekor kuda.
Beep..beep..
“Hai Misae..mama apa khabar?jangan dera Shin Chan macam nie. Aku buat salah apa dekat ang? Plz let me know..”
Shin chan masih tak jemu menghantar mesej buat Misae. Walaupun tidak dibalas, setiap hari Shin Chan akan mesej walau hanya bertanya khabar. Lisa jadi serba salah. Tak patut aku buat Shin Chan macam ni. Dia tak salah pun..Aku yang selalu menggunakan situasi dengan menghukum orang yang tidak bersalah. Dia memang sahabat yang baik, pendengar yang setia..
“Aku tak sihat..demam nie.haha..sory tak reply, aku takdak krd..Shin Chan sihat?”
Lisa memberi alasan. Sengaja tidak mahu Shin Chan tahu hal sebenar. Dia tak pernah ceritakan tentang Aril pada Shin Chan.
“Demam gak ni..Demam rindu..Rindu gila dekat mama..Ingatkan aku buat salah apa. Hari2 dok tunggu msg ang. Macam orang mabuk kepayang.haha..Demam kuat ke sayang? Dah makan ubat?”
Lisa melihat skrin lantas menekan butang reply. Dia senyum sendiri. Terhibur dengan mesej dari budak nakal.
“Kuat jugak..Semalam tinggi panas badan aku. Kepala pun tintong!haha..Aku dah ambik ubat. Hari ni rasa ok sikit..”
“Alahai kesiannya mama..nak Shin Chan picitkan? Meh la kalau nak manja-manja.muahaha”
“Ceh! Abah n mama aku ada ni, nanti sambung..”
“Ok mama..Take care. Jangan lupa makan ubat. Selama kehilangan hang aku rasa sesuatu. Something yang aku sendiri tak faham. Mama rasa yang sama tak? I am someone else when I’m with you, someone more like myself. Bye..lain kali kalau tak ada kredit plz inform, aku boleh topupkan.hehe..miss u, always by ur side. Sayang mama..remember that..:)”
“Kalau tak ada kredit macam mana nak inform?haha.Tq Shin Chan. U such a good friend..sayang anak mama juga..:) bye..“
“More than a friend boleh?haha..Sebelum habis kredit la inform. Terima kasih mama sebab sayang Shin Chan”
Eh mamat ni tak habis lagi mesej dia..Aku dah bye tadi kan..Ok reply lagi…
“Dengan aku tak payah la nak bagi kasih, payah tau nak terima.haha..”
“Mama nie..noty!”
Lisa masih senyum. Malas mahu membalas. Biarkan! Memang dia sukakan Shin Chin. Tapi bukan semudah itu untuk jatuh cinta. Luka kehilangan Aril masih berdarah. Tak mampu membuatkan hati ini dimiliki sekali lagi!
“Sengih..sengih..pakwe dah mati pun seronok lagi..” mama datang mengeluarkan ayat yang menyakitkan hati. Lisa hanya diam. Cuba menahan sabar..
“Mama cuba hormat orang yang dah meninggal…kita pun bila-bila masa ja boleh mati..” Lisa terasa dengan ayat mama yang kasar, mama memang tak pernah sukakan Aril. Semua berkaitan dengan Lisa pun mama tak suka.
“Itu aku tau..Cepat keluaq makan. Abah dengan Maktok dah tunggu kat luaq. Boleh bangun kan?Bukan teruk sangat pun demam hang. Manja sangat hang ni! Tak pasai-pasai abah hang tutup kedai! Habis melingkup bisnes bapak hang tu kalau hang sakit sikit ja telefon..Sakit sikit ja kami kena mai sini. Hang bukan budak kecik!”
“ Adik tak suruh abah mai pun. Maktok yang call..”
Lisa menjawab sinis sebab dah tak tahan betul dengan mama yang bermulut longkang. Adoi mama ni memang buat aku panas hati. Sebab atas dasar dia orang tua ja aku patut hormat, kalau tak mahu saja aku balas kata-kata mama dengan ayat yang lebih pedas. Nak je aku ketuk kepala mama dengan senduk. Lisa menghembur kemarahan di dalam hati.
“Haa menjawab..menjawab” mama menjengil dengan matanya yang galak.
“Eleh..macam aku takut..” Lisa bersuara sekadar dalam hati.
Mama berlalu keluar kedapur, Lisa mengikut dari belakang.
“Makan ni Lisa..satgi boleh makan ubat “ kata abah.
“Man..Mona..makan-makan..minum ayaq tu..” Maktok ramah mempelawa abah dan satu-satunya menantu yang Maktok ada.
“Mak minum sekali..” mama pula mempelawa Maktok.
Ala depan maktok boleh la mama pura-pura baik. Menyampah!
“Nie Mat..Lisa kata Khamis depan dia nak p Shah Alam..Rumah tu kawan sebilik dia hat nama Ira tu. Ira tu selalu mai sini..”
“Kan elok kalau adik ikut ja kami balik Aloq setaq, boleh tolong-tolong kat restoren.” mama mempelawa. Lisa tahu mama tak ikhlas. Nak jadikan aku hamba abdi dia la tu. Pandainya berlakon. Isk geramnya..
“Boleh kan abah? Dua minggu lagi cuti sem. Adik boring. Lagipun teringin nak p jalan-jalan KL. Dah lama tak p sana..”
“Adik tak baik demam lagi dah cakap pasai nak p jalan..Kesian maktok ni dok sorang” Abah seperti tidak setuju.
“Plz..abah..adik bukan p sorang. Dengan Aya budak pendang tu..”
“Biaq kat Lisa la Mat..Kesian dia..cuti ni tak p mana pun..Hang pun dok sibuk ja. Mak tau Lisa lagu mana. Dia pandai jaga diri..Mak dah biasa pun dok sorang..” Maktok menyokong.
Mama memuncungkan bibir. Mesti tak setuju dengan permintaan aku tapi dia tak mampu melawan. Setakat nak tunjukkan taring di belakang abah dan Maktok mama beranilah. Akhirnya abah setuju. Tak sampai hati nak menghampakan Lisa saat Lisa kehilangan orang yang dia sayang. Mungkin ini cara untuk Lisa lupakan sekejap kesedihannya.
Malam itu mereka makan malam bersama. Selesai makan malam abah dan mama meminta diri untuk pulang.
“Hangpa tidoq la sini..Esok balik la. Malam dah ni..”Maktok cuba menahan. Lisa tahu abah cuma menurut kata mama. Kesian Maktok. Tak sempat Maktok nak bersembang panjang dengan abah.
“Esok bukak kedai mak. Nak balik pagi esok kalut pulak..”Mama menjawab.
“Lain kali kami mai lagi. Cuti panjang sikit Mak naa..Ni pun kelam kabut..” Abah sudah mengangkut beg masuk kedalam bonet kereta.
“Lisa jangan lupa makan ubat. Tak baik demam jangan harap nak p rumah Ira. Abah tak izin”
"Ala..abah dah setuju tadi..” Lisa mengangkat kening pada abah. Waktu bersalaman dengan abah, abah menghulur beberapa keping RM 50.
“Terima kasih abah! Adik janji balik rumah Ira adik turun dekat Shahab. Adik call abah mai ambik tau. “
“Tak cukup abah masuk dalam akaun pulak nanti. Belanja tu jimat-jimat” Nada mama tak puas hati. Macam Lisa tak tahu mama bermulut manis depan abah dan Maktok. Duit abah pun mama nak kontrol!
“Take care..ada apa-apa call abah. Mak, kami balik dulu..Insyaalah bila-bila mai lagi..”Abah bersalaman dengan maktok.
“Hati-hati bawak kereta tu..Assalamualaikum..”
Jelingan mama yang tak puas hati saat Lisa mengenggam duit diberi abah mengundang gelihati Lisa. Haha padan muka!
----------------------------------------------------------------------------------------
Beep..beep..
“Morning..belum bangun lagi ke mama Misae? Dah la tu sikit-sikit, bagi Shin Chan tido plak, asyik mama je, mana adil, cepat la bangun mama..”
Lisa menutup semula mata. Malas mahu mebalas..
Beep..beep..
“Mama sayang..”
Mata Lisa masih berat. Penangan ubat rasanya.
“Wekk..tak sayang Shin Chan pun. Aku ngantuk lagi ni. Ubat ni buat aku lalok ja. Meh la tido sekali...haha”
“Tak nak la tido dengan Misae. Mama tu busuk tak mandi lagi. Muka pun tak basuh lagi tu. P basuh muka tu dulu nanti baru kita tidur sekali ye..tapi mama nak ke tido dengan Shin Chan?hehe..”
“Ala tido dengan budak kecik apa ada hal. Tadika lagi..aku tak risau pun.hahaha..Eh aku wangi ok, pakai shokubutso..ajax fabuloso.keke..”
“Mama buat lawak..ok jom kita tido, peluk la mama, peluk la anak mama ni..hihi baru la best tido, tak rasa macam tido keseorangan.”
“Huh Shin Chan busuk.haha..”
“Busuk pun busuklah..janji mama peluk..”
“Amboi hang ni aku makin layan makin menjadi plak.haha..aku nak pergi cuti-cuti Malaysia tau. Hang nak ikut?”
“Eh betul ke mama? Nak pergi mana tu? Amboi p holiday tak bawak anak mama..Sampai hati mama, takpe nanti Shin Chan lari tak kembali baru tau.hahaha..”
Petang itu Lisa mengemas beg. Demamnya sudah beransur pulih. Riang tak terkata Siti Munirah mendengar berita Lisa dan Aya nak datang Shah Alam. Ira bunga sudah merancang dating bersama kekasih hati. Sambil menyelam minum air. Nampak lurus tapi sebenarnya nakal. Bagi alasan umi dan abah Ira nak jumpa Lisa, tapi sebaliknya ada agenda lain yang lebih utama. Rasa kelakar Lisa dengan perangai Ira Bunga yang selalu buat dia tersenyum.
------------------------
“Lisa, Aya..Lisa..Aya..”
Kedua gadis tersebut serentak menoleh apabila nama mereka dipanggil. Tubuh tegap dan tinggi itu sangat mereka kenali. Pemuda itu berbaju t-shirt polo dan berseluar pendek paras lutut dengan kacamata rayban. Lelaki disebelahnya berbaju belang dengan seluar yang lebih kurang sama.
“Eh Kimi..macam mana boleh jumpa kat sini?Ini..? ” Aya mengamati wajah lelaki disebelah Kimi.
“Ini Firdaus..budak DIM, tak kenal ke?
“Panggil Fir je..” Firdaus tersenyum ketika Kimi memperkenalkannya.
“Woo..pakwe si Ira tu kan?Baru ingat..patutlah rasa macam pernah tengok. Hangpa buat apa kat sini? Ira mana?” Aya kepoh bertanya.
Lisa dari tadi diam seribu bahasa, cuba menyembunyikan riak terkejut bila nampak Kimi bersama Firdaus. Apa pulak mamat perasan ni buat kat sini? Tak senang langsung aku nak holiday!
“Lisa..awat kurus sangat ni?” Kimi perasan wajah cengkung Lisa. Lisa buat bodoh seperti tidak mendengar pertanyaan Kimi.
“Eh..Ira mana? “ Aya menyoal lagi setelah menyedari soalannya tidak dijawab.
“Kelam kabut sungguh si Aya cantik manis nie.hehe..Ini begnya? Meh saya tolong. Jom masuk kereta dulu nanti saya cerita..”
BERSAMBUNG..
ishk..geram plak ngan mama dia..
ReplyDeletelama tul chii tunggu sambungan nya..akhirnya..keluar gak :)
owh.. mama mcm tu yg perangai.. bagi cili sikit.. heheh...
ReplyDeletebila nak sambung lagi ni..
nnati sy dtg baca yer..
ReplyDeletemesti ada kes mama tu x suka lisa... huhuhu baru sempat baca novel ni pn kutu oiiiii.....
ReplyDelete