Tahu tak apa itu antibiotik? Hari ini aku nak share kebaikan dan keburukannya. Antibiotik adalah sebatian kimia yang dihasilkan daripada pelbagai spesis mikroorganisma seperti bakteria dan kulat serta turut mengandungi bahan sintetik. Sejak ditemui pada tahun 1928 oleh Alexander Fleming, antibiotik menjadi subjek penting dalam perubatan. Penisilin yang ditemui saintis Perancis ini adalah salah satu antibiotik yang paling banyak digunakan dalam amalan klinikal.
Pakar dalam bidang perubatan mengakui antibiotik berupaya membunuh dan merencatkan aktiviti bakteria. Ia sekaligus berkesan untuk melumpuhkan kemampuan bakteria dari terus merebak. Namun mesti ingat, antibiotik berkesan untuk membunuh bakteria dan bukannya virus.
Kebanyakan penyakit biasa seperti batuk, sakit tekak dan selsema adalah berpunca dari virus. Penyakit begini biasanya akan hilang dengan sendirinya selepas beberapa hari walaupun kita tidak mengambil antibiotik. Jika doktor membekalkan antibiotik pada masa yang sama korang mengambilnya, 80% daripada antibiotik berkenaan merupakan suatu pembaziran kerana tidak memberi kesan kepada virus. Lebih teruk lagi ia membahayakan tubuh.
Penggunaan antibiotik memberi kesan sampingan yang tersendiri. Contohnya seperti loya, pening, muntah dan cirit-birit. Ada juga pesakit yang mengalami kesan sampingan yang teruk seperti sawan, pekak, rosak buah pinggang, hati dan usus.
Antibiotik tidak mengenal kawan atau lawan. Apabila mengambilnya, ia berfungsi sebagai pembunuh yang kejam. Keistimewaan yang dimiliki antibiotik akan membunuh bakteria tak kira bakteria baik atau jahat. So korang perlu teliti dan berwaspada untuk mengambil sebarang jenis antibiotik. Lagi baik menghindarinya dan buat ubat sendiri kat rumah kan? Boleh amalkan petua INI dan INI.
Tak tahan dg bau dia.. kalau anak2 dmm pun, paling susah nak bg makan adalah antibiotik
ReplyDeletewahh baru tau antibiotik tak membantu sangat pun kalau batuk sume tu..huhu..tp memang kalau sakit sikit2 wanie tak g amik ubat klinik pn..ade kelebihan dan kelemahan kan antibiotik ni..macam wanie ade allergy, lagi kena hati2..
ReplyDeletesaya xsuka makan ubat antibiotik kak.. hehe
ReplyDeletekalau akak lepas anak demam n ambil antibiotik akak ank beri mrk minum valkut.....
ReplyDeleteNasib baik tak suka Antibiotik...huhuhu thanks fo sharing...
ReplyDeletealamak! takutnya!
ReplyDeletesy baru ada 1 novel kanak-kanak [tak berbayar] ngan sebuah syarikat. dan pernah hantar cerpen kat majalah tak berbayar. sajak kat tempat tak berbayar. semua tak berbayar.... huhuhu
so, puan kutu try your bestlah! :)
hehee.. aku main balun jer sebelum nieh.. hek3.. bahaya eeh,, xamik dah pas nieh.. huhu
ReplyDeletejom baca kejap=0
http://lolz-l.blogspot.com/2011/12/tuntutan-ifc.html
sorang anak akak mmng alahan ngan penisilin......akak pernah 'terberi'penisilin padanya..teruk akak dimarahi oleh doktor...
ReplyDeletesaya pun jarang abiskan ubat antibiotik bila anak2 demam...
ReplyDeletepkongsian ilmu y bharga..
ReplyDeletelya byk ambik antiboitik..tu satu hal..ubat wajib mkn seumur hidup.. 30 biji sehari..huhhh..apa la nk jd dgn bdn lya ni..byk bahan kimia.
tak brp suke jg antibiotik...
ReplyDeletebhaya jugak kesan sampingan dia tu yer...
ReplyDeletesy kalau selagi tak tumbang giler2 tu sy takkan ambik ler panadol ke antibiotik ke ... bimbang kesan smpingan kan..
ReplyDelete