Pages

Saturday, December 10, 2011

Aiman Demam I Klinik Swasta Lebih Berkesan?



Aiman memang budak yang cerdas dan cergas. Alhamdulillah dia jarang sekali sakit sejak kecil. Kebanyakan korang dah tau aku kan kerja dalam kem, so memang ada kelebihan dari segi perubatan percuma di RSAT. 


Sejak di Johor lagi, kalau Aiman demam aku akan terus bawak pergi klinik swasta walaupun sebenarnya rawatan dari RSAT sangat setaraf. Malah suasana dan persekitaran yang lebih moden. Cuma kualiti ubatnya tu mungkin kurang sikit. Aku tahu korang pun mesti prefer ubat klinik swasta untuk anak, tapi sayangkan aku tak boleh nak guna kelebihan yang ada sebab anak aku tak makan saman kalau kena ubat kerajaan. Adakah ubat klinik swasta lebih berkesan? 



Sejak Aiman demam tiga hari lepas, dia tidur awal. Makan pun tak selera. Budak chubby tu jarang tidur awal, tu sebab lalok makan ubat agaknya. Kemarin demam dia macam dah ok, cuma selsema masih ada, kemudian batuk pula menyerang. Semalam petang aku rasa macam badan dia panas, aku pun bagi ubat demam. Lepas tu dia ok. 


Tiba-tiba malam tadi tengok macam dia tak selesa tidur, so aku dan en suami pergi klinik untuk ambil ubat Aiman. Masa tu jam sudah menghampiri 2 pagi. Hari tu masa ambil ubat en suami ok gak doktor dia. Yang ni dah la check tak sampai dua minit, sekali bila bayar mak ai..Tapi tak kisahlah sebab dah pagi, mesti dia bantai kaw-kaw punya kan. 



Yang aku peliknya bila doktor check terus tak demam. Walhal sebelum tu aku rasa badan dia panas. Kesimpulannya Aiman memang akan demand ubat swasta gak baru dia sihat. Kadang-kadang tak sempat makan terus baik. Apa-apalah Aiman. Janji anak ibu sihat sudah!







                                               


12 comments:

  1. wah, aiman demand orangnyer..
    hehe..

    ubat swasta dos/kualiti dia mungkin tinggi sedkit dri ubat kerajaan so memang patient cepat baik ^^

    ReplyDelete
  2. hehe kutu ,

    sorry bee sibuk betul 2-3 hari ni .. lagi sehari je contest berakhir ..huhu ..

    anak2 bee semua g klinik swasta , satu sebab tk nak ke klinik kerajaan , malas menuggu heheh

    ReplyDelete
  3. Ubat klinik swasta berbeza dengan klinik kerajaan. Kalau sakit pun memang pergi klinik swasta.

    ReplyDelete
  4. Aiman sesuai ubat klinik swasta jgk..yg pentg aiman sihat suda.

    ReplyDelete
  5. hehehe...nk ubat klinik mahal yea aiman..:D

    ReplyDelete
  6. mmg la, ubat swasta lebih mujarab berbanding dgn gomen ni... sy pong mmg ke klinik swasta je. gomen x jalannnnn

    ReplyDelete
  7. hahaahha... sengaja tu nak soh ayah dia kuor duit juga utk ubat dia...

    ReplyDelete
  8. hahahhah kelakar la aiman ni.. nak ubat yg ibu dia kene kuarkan duit baru nak baik.. ubat free xmau.. hihii xpa.. janji aiman sihat..

    ni mesti kes sbb dia xkisah ibu dia xbeli tuala baru sbb masih blh pakai.. kiranya duit dah jimat tang tu.. tp tang kesihatan dia, dia mmg demand la.. hihii

    comelnya aksi aiman ni..hihii sweet je...

    ReplyDelete
  9. eh nape jadi gitu..ubat yang same ke tak kak?

    ReplyDelete
  10. high maintenance ni..ehehe..

    xpe la. asalkan dia cepat sembh..tu pun da ok kan

    ReplyDelete
  11. biasa bwk gov je. kdg2 bwk jgk ke private. tp btl la. anak2 bila bwk je ke klinik, hlg sgla pns kt bdn tu.

    ReplyDelete

Komen tanpa nampak kejanggalan ok!