Pages
▼
Monday, November 07, 2011
Tonton Online Cun Dan ASK 2011
Walaupun takbir raya masih sayu kedengaran, aku lupakan seketika entri tentang korban dan hari raya haji. Cerita nie agak basi, tapi aku gedik nak cerita jugak. Alkisah aku tak tahu langsung akan kewujudan Filem Cun sampailah aku tengok Anugerah Skrin Jumaat lepas. Nak kata jakun gila ke apa, memang betullah aku tak tahu langsung bila filem nie keluar. Masa tu aku tak ambil pusing sangat tentang filem. Almaklum sekarang nie banyak sangat filem yang dok tayang kat panggung saban hari.
Anugerah Skrin tahun nie sangat suram dan kurang meriah. Kerana kecangihan ipad, teknologi kadangkala menyusahkan. Sebagai pengacara, Ally Iskandar telah mencuba sedaya upaya untuk menarik perhatian penonton seterusnya memeriahkan suasana. Penonton tidak memberi kerjasama malah nak tepuk tangan pun malas. Aku puji sikap Ally yang sudah berpengalaman dan bersahaja. Rozita Che Wan langsung tidak menyerlah, mungkin kerana ini kemunculan pertama beliau sebagai pengacara rancangan besar. Rasa gementar turut terpancar di wajah disamping tutur bicara yang tak lancar. Belum cukup layak sebagai pengacara.hehe. Kita tengok saja macam mana Rancangan Nona tahun depan.
Aku puas hati bila hero Cun, Remy Ishak merangkul anugerah Pelakon Lelaki Terbaik Filem dan Nadiya Nisaa menang anugerah Pelakon Pembantu Wanita Terbaik . Remy Ishak ada kelebihan untuk pergi lebih jauh. Selain hebat di layar, beliau pelakon lelaki berpakej hero kulit sawo matang dengan wajah jejaka melayu tulen. Tang hidung tu mahai!haha..Nadiya Nisaa pula seorang pelakon hebat yang semakin meningkat naik.
Dek pengaruh Anugerah Skrin, aku dengan gigihnya bukak youtube kemudian gigih menonton Filem Cun dengan kelembapan celcom berukband. En suami balik dari tengok bola, aku layan sekali lagi Filem tu dengan en suami sampai pagi. Bukan senang aku nak tengok cerita melayu sampai dua kali. Mungkin kerana aku juga orang utara, filem nie betul-betul menarik perhatian aku. Orang dah lama tengok, aku jer terlepas keretapi.haha..
Ternyata Cun tidak menghampakan, lakonan mantap dari pelakon-pelakon hebat, penuh dengan adengan lawak jenaka dan permandangan serta suasana kampung yang cantik mendamaikan merupakan kelebihan filem ini. Tambah menghiburkan loghat utara yang sempoi dan selamber Remy Ishak (Atan) dan Faezah Elai (Kuntom Renjong). Maya Karin seperti biasa-biasa sahaja. Watak Nadiya Nisaa sebagai Manis, gadis senget yang 'istimewa' sangat menarik. Menjadi sungguh watak Manis tu. Layak benar menang anugerah.
Tidak terlambat untuk mengucapkan Tahniah kepada semua pemenang Anugerah Skrin 2011. Harapan aku tahun depan lebih meriah. Sayang sekali jika suasana majlis pengiktirafan penting begini tidak 'dihidupkan'.
* Kat red karpet ada seorang artis wanita 'hot' yang berfesyen lain macam. Baju beliau warna merah. Tahu tak siapa? kehkeh..
Celcom memang lembab kan!
ReplyDeletebee dah tengok , online juga kehkehkeh
ReplyDeleteYg paling akak trkilan tu Anugerah Skrin tu serentak dgn org yg sedang wuquf di arafah...TV3 ni selalu xpeka dgn prsekitaran....
ReplyDeleteBest ek PK cerita tu??????
@NzA
ReplyDeletebg sy best gak la.cuma ada beberapa scene yg agak menjengkel..boleh diterima kepala tintong sy la sbb byk yg slamber n lawak..:)
saya belum ada kesempatan nak tengok filem cun yang melecun tu.. nati ada masa terluang laa... saya sebenarnya suka layan citer org puteh jak.. ehehe
ReplyDelete@NzA
ReplyDeleteanugerah skin masa org sedang wukuf... vokal pula hari raya...huhuhu
cerita cun memang best,seronok dengar cakap loghat utara tau,hehe
ReplyDelete'CUN" pelakon die wanie tak minat, haruslah tak tengok..hehe..anugerah skrin pn xtgk..sape yg berbaju merah itu?huhu
ReplyDeletentah nak cakap apa pun tak tahu....dengar je la...
ReplyDeletejika di TAG bagaimana?
hehe!
akak tak tengok lagi CUN...teruja jugak nak tengok ni...
ReplyDeleteTapi anugerah skrin tu..mmng akak tak brpa minat...tak tgk...ngadap maharaja lawak mega lagi best...hihihi
Lahai..masa tu sy penah buat entri psl filem Cun..mungkin masa tu puan kutu terlepas membacanya..
ReplyDeletep/s: sy terpaksa atag awak..sori yaaaa izaraaa hehe
sy xtgk pun lg filem ni tp tahulah kewujudan filem ni.. hihii
ReplyDeletenk tgk on9.. brdband ni lmbap.. tu yg xsuka tu... ms blik beraya kt umah my perent, xterpikir pulak nk tgk cite ni.. mybe sbb sy dh lama x on9 kot.. hehee
first tau tntg filem ni masa baca2 review kat blog kakyong ... xsangke mmg menjadi yer filem ni
ReplyDeletesatu lagi drama "sanggul beracun" . teringin lak nk tgk sbb mng byk benor anugerah malam tu