Pages

Friday, November 11, 2011

Rahsia Solat Dari Sudut Kesihatan



Kadang-kadang kita menganggap solat hanya satu ibadah yang menunjukkan ketaatan kita kepadaNYA, walhal disebaliknya ada hikmah tersembunyi tak nampak dari mata kasar. Aku jumpa artikel nie kat wall facebook en suami dan tertarik untuk share. Artikel yang agak panjang, aku dah cuba ambil isi penting tapi masih lagi jadi artikel panjang penuh dengan info.hehe. 




Cuba luangkan masa membacanya. Ini hasil kajian yang dilakukan berkaitan solat :



AKTIVITI OTOT - Profesor Dr Wan Abu Bakar Wan Abas

Manusia perlu sentiasa melakukan regangan dan senaman kerana otot menjadi lebih kuat apabila selalu digunakan. Kebanyakan otot serta sendi bergerak ketika solat. Hasil kajian mendapati solat yang membabitkan gerakan tubuh seperti berdiri, tunduk dan bongkok menyamai senaman ringan. Solat sama seperti terapi fizikal yang jika dilakukan secara berterusan dan betul akan menghasilkan kesan positif terhadap tubuh.

ISYARAT OTAK - Ng Siew Chok

Walaupun bukan Islam, Siew Chok kagum terhadap hasil kajian yang dilakukannya apabila mendapati keadaan dan pemikiran orang selepas bersolat tenang dan menyamai keadaan selepas bangun tidur. Gelombang otak mempunyai beberapa frekuensi irama yang dipengaruhi oleh keadaan fizikal dan emosi. Jenis gelombang otak Alfa (8-13 Hz) menunjukkan keadaan tenang. Berdiri seketika sebelum sujud dikatakan sebagai peringkat paling tenang kerana ketika itu, isyarat alfa meningkat secara mendadak. 


Solat juga meningkatkan penumpuan terhadap sesuatu perkara dan memperkuatkan kuasa otak. Selain itu, solat membolehkan seseorang menyediakan otak untuk lebih bersedia terhadap sesuatu cabaran yang perlu dihadapinya dalam aktiviti harian.

KOMPOSISI TUBUH - Dr Fatimah Ibrahim

Dalam kajiannya, model untuk mendapatkan komposisi tubuh terbaik adalah dengan melakukan lima perkara, iaitu solat lima kali sehari, memahami maksud bacaan dalam solat, solat berjemaah, rukuk dengan betul (90 darjah) dan melentikkan jari kaki ketika duduk antara sujud dan tahyat akhir. Orang yang tidak melakukan lima perkara ini mempunyai komposisi tubuh yang kurang baik.

Kajian juga mendapati secara keseluruhan orang yang solat berjemaah mempunyai kesihatan lebih baik berbanding yang bersolat secara bersendirian. Ketika berjemaah, orang yang melakukan solat bersentuh bahu ke bahu. Tubuh manusia seperti bateri. Ketika bersolat, cas tubuh manusia mengalir seperti dalam litar dan akhirnya meneutralkan cas tubuh. Sebelum solat, ada orang yang penat dan ada yang tidak penat. Ketika solat, orang yang tidak penat dan mempunyai cas positif akan mengalirkan cas positif kepada orang yang letih dan mempunyai cas negative. Ini menyebabkan orang yang bersolat jemaah mempunyai badan bertenaga dan lebih tenang.

Posisi tubuh (posture) dalam solat dapat mengubat sakit pinggang. Malah jika berjumpa doktor, pesakit disuruh melakukan senaman seperti berdiri dan membongkokkan tubuh yang menyamai gerakan solat. Keputusan positif itu adalah berdasarkan ukuran saintifik dengan meletakkan beberapa sensor (pengesan) di tulang belakang pesakit untuk melihat isyarat otot. Hasil kajian mendapati pesakit yang mengikuti terapi solat selama sebulan, iaitu dengan membuat rukuk 90 darjah, sakit pinggangnya berkurangan. Ini membuktikan terapi solat boleh digunakan untuk merawat sakit pinggang.

Jangan terkejut kerana solat boleh merawat Erektil Disfungsi (ED) atau lebih dikenali sebagai mati pucuk. Untuk lelaki normal, keupayaan seksual adalah tiga kali penegangan ketika tidur dan volum ketika ketegangan mesti lebih 200 peratus. Terapi dilakukan dengan cara melakukan solat sunat sebanyak tiga kali seminggu dengan setiap terapi sebanyak 12 rakaat atau kira-kira 30 minit. Ia dilakukan dengan mengukur zakar (pesakit diajar melakukan ukuran). Pada bulan pertama, tiada ketegangan langsung, tetapi selepas melakukan terapi selama dua bulan iaitu dengan melakukan solat tambahan, sudah ada ketegangan dan volum mencapai tahap normal.

Kajian juga mendapati ketika solat, keadaan sujud mencatatkan kadar denyutan paling rendah dan lebih baik berbanding ketika baring. Ini menunjukkan posisi tubuh ketika solat sangat bagus.






11 comments:

  1. solat mmg bnyk fadhilatnya..apa pon misti niat solat kerana Allah bkn krn lain kan..tiap apa yg Allah suruh kita buat dan tiap apa yg Rasullullah suruh kita amalkan ada rahsianya..

    ReplyDelete
  2. pkongsian ilmu y sgguh bagus... sbnarnya setiap xtvt solat tu pon dh mcm senaman kan... dan mberi mnfaat y baik utk kt.. sbb tu org y kuat solat, sht tubuh badannya

    ReplyDelete
  3. terima kasih atas perkongsian info yg sgt berguna..

    ReplyDelete
  4. islam adalah yang terbaik buat umat manusia.

    kat kedah panas ke. kat kl ni musim hujan. **mod lagu november rain**..

    ReplyDelete
  5. betul tu..sebab tu Allah mewajibkan kita solat 5 kali sehari...kalau blh bykkan solat sunat kan...

    ReplyDelete
  6. pernah dngar dah sal ni.. sememnagnya setiap ape yang allah perintahkan ader maksud tersiratnya.. bukan pahale semata2 tapi untuk kesihatan diri jugak.. :D

    ReplyDelete
  7. isyarat otak itu mmg tepat sekali kadang2 pun rasa hairan walau bagaimana stress selepas solat tenang jer...

    ReplyDelete
  8. terima kasih berkongsi.. a'a solat jugak satu senaman.

    ReplyDelete
  9. nice sharing akak..ade banyak kelebihan dari segi kesihatan kan..

    ReplyDelete
  10. info yg sgt bagus.. thanks muni kongsi info ni..

    ReplyDelete
  11. setiap sesuatu perintah allah tu pasti dan pasti ada kebaikannya ...

    ReplyDelete

Komen tanpa nampak kejanggalan ok!