Pages

Thursday, November 03, 2011

Debaran Episod Akhir Drama Soffiya



Pada yang mengikuti drama Soffiya mesti tertunggu-tunggu apa kesudahan cerita nie. Akulah tu.haha..Tak sabar rasanya nak tengok apa yang bakal terjadi pada watak jahat Fiona. Antara Kamal dan Ilyas siapa yang berjaya dapatkan Soffiya? Semuanya masih menjadi tanda tanya. Episod semalam, semua dah tahu tentang situasi sebenar anak dalam perut Fiona. Kegiatan Fiona menyebarkan gambar Soffiya pun dah terbongkar. Puas hati bila tengok Ilyas ceraikan Fiona.


Tapi hari nie jalan cerita macam mengharapkan supaya kita kesian dekat Fiona. Aku langsung tak puas hati. Dah sah-sah semua tu atas perbuatan sendiri, boleh lagi dia nak salahkan orang lain. Ugut nak bunuh diri konon..Serius aku mengharapkan Fiona mati dengan cara yang dashyat dan dapat balasan setimpal. Kejam gila aku!hoho. Tapi biar dia beranak dululah..Kesian kat baby dalam perut. Aku tak puas hati kalau kesudahannya Fiona jadi gila. Geram sangat aku dengan watak Izara tu.


Promo Drama Tentang Dhia yang bakal menggantikan Soffiya dah pun keluar. Drama Soffiya bakal melabuhkan tirainya Selasa depan, 8 November 2011. Dekat TV3 pun ada buka undian untuk menentukan kesudahan pilihan hati Soffiya, antara Kamal dan Ilyas. Macam-macam komen yang aku baca. Ada yang memilih Ilyas, ada juga yang memilih Kamal. Saingan begitu sengit antara mereka berdua. Dah macam pilihanraya ja. haha..Petang tadi Ilyas sudah mengatasi Kamal, tapi setakat aku menaip entri nie, Kamal pula mendahului. Pilihan aku sendiri? 




Aku tetap pilih Ilyas. Kesian jugak dekat Kamal kan. Semoga watak Kamal dimatikan kerana penyakit kencing manisnya tu. Tak pun tiba-tiba sakit jantung dan meninggal lepas tahu Fiona la punca Soffiya keguguran.muahaha. Apa pun kita nantikan kesudahannya nanti. Ada lagi dua episod, macam-macam boleh jadi. Siapa pilihan korang?


* Macam fanatik sangat aku dengan drama nie kan?haha..






16 comments:

  1. Hurmmm... Tak mengikuti sangat Kisah Soffiya ni. Tapi Fiza tak suka dengan watak Fiona yang Jahat.

    ReplyDelete
  2. ku pun sama pilih Ilyas.. lagipun Ilyas byk tahu pasal Sofiyya & Ilyas memang cinta kan Sofiyya kan, walaupun dia tahu status Sofiyya kan..

    ReplyDelete
  3. akak jarang2 tgk drama ni..tak tahu sangat pasal watak tu...tapi episod akhir rasanya nak tengok jugak...

    ReplyDelete
  4. susahhhh...
    tup2 smua x dpt..last2 soffiya y mati lak.. huhu..sbb adi xmuncul2 lg tu..kot2 dia culik soffiya ke... tp apa2 pon kesian kt adi..sbb jd g2 smasa nk slamatkn soffiya

    ReplyDelete
  5. hahaha..fanatik betul..mcm sy tgk drama filipina sanay wala nang wakas lah..siap ada 2 ending cerita sbb ada 2 hero..sy pilih hero lain mak sy hero lain..memula endingnya hero pilihan sy mak sy x puas hati..x lama tu ada ending hero pilihan mak sy pulak..sukalah dia..

    ReplyDelete
  6. alamak..kita tak tgk la drama ni..

    ReplyDelete
  7. layan jek drama Soffiya ni. best! tk sabar nk thu ap yg terjadi nnti.

    p/s : layan layan gak, solat jgn smpai lupa! ;)

    ReplyDelete
  8. huhuh..
    ayat pn kutu ni telah mnyebabkan sy teruja nak mnengok cerita ni..
    selalu dngar kwn2 dok cerita kat FB jer..
    nak tengok!!
    nak tengok!!

    ReplyDelete
  9. tak minat tgk fizo ni berlakon.. control macho je... cara ckp sume, adehhhh nampak sgt... soka watak fiona.. hambek ko kejam giler.. ala2 indon gituw.. hak3

    ReplyDelete
  10. hai muni..lamanya xsinggah sini..

    anah ingatkan semalam dah final, punyala tercongok depan tv skali tulis bersambung..xpasal2 lambat keluar makan..

    samala kita, mengharapkan kamal meninggal sakit jantung then soffiya kawin ngan Illyas. Fiona plak xcident..hahaha

    ReplyDelete
  11. sy mmg dah xsabar nk tunggu cite ni taamat.. mmg puas hati tgk kamal n ilyas dh tahu hal sbnar.. hihii

    tak sabar nak dorg tahu pasaal fiona yg buat sofiya keguguran.. br pdn muka.. hihii

    saya pilih ilyas.. sian ilyas kan.. hihii

    ReplyDelete
  12. sy pilih ilya jugak!! hihii

    mmg dah xsabar nk tahu kesudahan cite ni.. skit hati tgk watak fiona...

    ReplyDelete
  13. oho sume org demam demam drama ni. aku je yang imun dr tejangkir sama. muahahahaha..

    amboi mana blaja kata aku buat entry jiwang ni...hiihihihi..

    ReplyDelete
  14. chii pun rasa mcm last2 yaya ngan ilyas...sebab skrg ni yaya asik terpk pasal ilyas...

    rasanya watak kamal mcm nak out je walaupun chii harapkan soffi ngan kamal happy ever after..

    eh eh..jap..semlm nmpak mcm soffi loya je..dia preggy ke..ehehe..

    ReplyDelete
  15. samalah kita...sgt fanatik n takleh miss soffiya nih. pilih ilyas jugak...

    ReplyDelete
  16. xikuti cerita ni...bila abis????

    ReplyDelete

Komen tanpa nampak kejanggalan ok!